Friday, February 10, 2017

Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet | Tempat Penginapan Bajet & Menarik Untuk Keluarga di Pulau Pangkor

Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet | Tempat Penginapan Bajet & Menarik Untuk Keluarga di Pulau Pangkor

Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet | Tempat Penginapan Bajet & Menarik Untuk Keluarga di Pulau Pangkor

Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet | Tempat Penginapan Bajet & Menarik Untuk Keluarga di Pulau Pangkor | Assalammualaikum & selamat petang. Baiklah, hari ini saya akan sambung lagi ceritera percutian keluarga saya sempena sambutan ulang tahun kelahiran saya dan Boboboy ke Pulau Pangkor. Kali ini saya akan 'review' tempat penginapan kami di Pulau Pangkor, iaitu Pangkor Inn Chalet yang terletak di Teluk Nipah. Seperti biasa saya akan tempah penginapan lebih awal secara online dan untuk kali kedua laman web yang menjadi pilihan saya adalah Traveloka. Yerla, sekarang ni memang "IN" laman web ini, sebab ianya sentiasa menarik dengan adanya kupon diskaun istimewa tau. Memang jimat bertingkek2 tau3. Tak percaya ??? Sila klik NEXT :P.


(gambar ehsan google)




RM63.16 nett untuk satu malam
Murah3
Berbaloi3
Suka3
He3

Konsep Chalet Dalam Taman (Kehijauan) | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet 

Konsep Chalet Dalam Taman (Kehijauan) | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet | Untuk makluman, dari pertama kali saya survey secara online tentang Pangkor Inn Chalet ni saya dah jatuh hati. Sebabnya walaupun merupakan chalet bajet, hiasan persekitaran chalet ini menarik. Konsep kehijauan dimana menyejukkan mata yang memandang. Tapi apa yang WIN adalah chalet ini ada kolam renang. Haaaaa, kalau dah ada anak seketul tu, pergi bercuti dimana2 pun, asas utama yang dititikberatkan adalah kewujudan pool. Iyerla dah itu yang merupakan kesukaan anak seketul tu kan3.  

Dah la tu, kolam renang memang betul2 depan pintu chalet, suka3. Kiranya buka2 pintu terus nampak pool. Unit chalet yang kami dapat bukanla betul2 depan pool, tapi tepi pool he3. Oklah, jom kita layan gambar berceritera.


Gambar atas ~ dua unit chalet yang betul2 di hadapan pool
Gambar bawah ~ pintu masuk utama ke Pangkor Inn Chalet

Pssttt : Nampak tak dibahagian atas kolam renang & laluan2 didalam chalet ini terdapat jaringan tumbuhan hijau2 tu kan3. Kalau anda nak tahu, itu merupakan tanaman anggur tau. Iyer, anggur. Selain meredupkan & menyejukkan suasana, anda jugak boleh sahaja menikmati buah anggur itu secara percuma tau3. Cumanya semasa kami sekeluarga di sini, buah yang tinggal dah sedikit, tapi tetap dapat merasa jugak sedikit he3. 

Unit2 chalet yang ada

Pssstt : Masih diredupkan dengan tanaman jalar pokok anggur. Untuk gambar yang di atas, unit chalet kami ialah yang saya bulatkan (berwarna merah). Terletak di tepi kolam renang he3.

Unit chalet kami a.k.a bilik 001

Ruangan dalam unit chalet kami : 
Terdapat satu katil queen, 2 tilam single, selimut, tuala, tv kotak, almari kotak, & tandas

Pssttt : Tolong 'bear in mind' ini penginapan bajet yer. So bilik dia biasa2 sahaja. Jangan expect macam bilik hotel pulak yer :p. Yang penting kebersihan dia OK.

Elok sampai, rehat sebentar terus Boboboy ajak 'poolin'
Ayah & Opah dah hanyut tertido dalam chalet, so Ibu sorang saja layan anak seketul tu

Lepas beberapa jam, Opah pun join sesi 'poolin'

Kemudian sesi poolin Boboboy dengan Ayah pulak

Psstt : Kiranya Boboboy 'poolin' dari tengah hari sampai kepetang tau3 (2.30pm-5.30pm). Nak ajak dia berhenti kena umpan nak main pasir dekat pantai, kalau tidak, memang jangan harap la nak naik he3.

Lokasi & Maklumat Contact | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet 

Lokasi & Maklumat Contact | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy : Pangkor Inn Chalet | Jika anda berminat untuk bermalam di Pangkor Inn Chalet, boleh rujuk maklumat dibawah ini yer. Harap membantu. Lagi satu lebih mudah tempah lebih awal secara online terus kepada pemilik chalet atau melalui traveloka he3.




Pangkor Inn Chalet

Alamat : 

Lot 4444, Teluk Nipah,

32300, Pulau Pangkor 
Perak Darul Ridzuan


No telefon :

017-467-3477



Whats App. ; 

0174673477 MANSHOR 
0173370667 AISHAH 

Blog :



~~~ To Be Continued ~~~

10 comments:

  1. wah bestnya bercuti :D lama tak cuti2 malaysia huhuhu
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sha,

    Blog Sha tempat saya buat rujukan bila bercuti especially bila ingin ke Penang nanti..

    Seronok tengok Sha bercuti bersama keluarga.. Keep it up! :-)

    ReplyDelete
  3. murah chaletnya sis... sgt berbaloi....

    ReplyDelete
  4. Pangkor ni tempat fav percutian sy jugak.

    blogwalking dar sweetsourleyra.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. murah la chalet tak sampi 100 pun, bukk bilik terus nmpk pool, mengelenjat la boboiboy nak swimming..hahha

    ReplyDelete
  6. Murahnya kalau RM60+ je.... Bilik mahal2 pun bukan nak tido sangat kan...

    ReplyDelete
  7. teringin bebenor nak pi Pangkor. Nanti la cuti sek kita pi sana. abe kie folo sini ye?
    no 261. tq

    ReplyDelete
  8. mcm best je. rasanya tahun ni mmg jalan2 sekitar malaysia je agaknya. ada byk lagi tempat belum diagak :o

    ReplyDelete