Thursday, February 9, 2017

Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang | Makan Best Di Pantai Remis, Perak

Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang | Makan Best Di Pantai Remis, Perak

Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang | Makan Best Di Pantai Remis, Perak

Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang | Makan Best Di Pantai Remis, Perak | Assalammualaikum & selamat pagi. Selamat bercuti semua. Cepat betul masa berlalu, hari ini dah khamis cuti Thaipusam, then Jumaat kerja sehari lagi dah masuk hujung minggu semula. Pejam celik pejam celik kita pun dah masuk ke bulan kedua untuk tahun 2017. Nanti dalam tak sedar juga tiba2 dah sampai ke pertengahan tahun dan akhir tahun 2017. Putaran masa yang berlalu dengan cepat kan3. Oppss, sorry lari tajuk pulak bebelan saya. Oklah, jom saya kembali kepangkal jalan. Dalam entry sebelum ni saya ada sebut tentang percutian singkat kami sekeluarga sempena ulang tahun kelahiran saya dan Boboboy kan3, so untuk makluman semua kami ke Pulau Pangkor.

Memang dah menjadi tabiat saya, kalau bercuti tu wajib ada plan JJCM he3. Senarai dalam tangan saya lebih tertumpu untuk JJCM di Pulau Pangkor sahaja. Tapi Alhamdulillah along the way pergi & balik dari Pulau Pangkor, dapat jugak port makan best yang boleh dijadikan rujukan JJCM he3. Dasar 'pemakan' sungguh saya ni kan3 :P. Oklah, untuk entry yang pertama ini, saya nak kongsi dengan anda semua satu port makan best di Pantai Remis, Perak. Kiranya anda pasti akan melalui jalan ini jika menghala ke Pulau Pangkor dari arah Utara a.k.a Penang (saya pakai waze yer, so silalah setkan waze anda untuk ke Pulau Pangkor & insyaAllah anda akan lalu jalan yang sama he3). Kedai ini betul2 di tepi jalan (sebelah kiri), & dari jauh anda boleh nampak sign board warna merah. Kedai apakah?? Nak tahu?? Betul nak tahu??? Sila klik next untuk baca lebih lanjut he3 :P


Professor Cendol, Pantai Remis, Perak

Cendol & Laksa Sedap | Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang

Cendol & Laksa Sedap | Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang | Dengar nama kedai pun dah tentu anda semua dah boleh teka gerai ini menghidangkan juadah apa kan3. Tapi, walaupun nama kedai ini "Cendol', ianya turut menyediakan beberapa menu tambahan yang lain yer. Apa yang pasti konsep kedai ini mengetengahkan menu cendolnya, yang mana berharga RM2.00 sahaja semangkuk & anda boleh tambah cendol itu seberapa kali yang anda mahu sehingga anda puas. Tawaran ini sah hanya untuk menu cendol sahaja yer, tidak boleh digunapakai untuk menu2 yang lain he3.

Kami sekeluarga sampai awal, rasanya dalam 11.00++pagi. So memang tak ramai orang lagi. Konsep serving adalah 'order & pick up di kaunter". Makanya bila sampai sila cop tempat, mula beratur untuk order, ambil makanan anda dan terus duduk untuk menikmatinya. Oklah, jom kita sambung ceritera bergambar.


Kaunter 
~ gambar atas : kunter order
~ gambar bawah : kaunter ambil makanan

Pssstt : FYI menu lain yang ada selain cendol adalah, rojak buah, sotong kangkung dan laksa. Kalau tidak salah ada juga nasi ayam, tapi saya tak berapa nak ingat :P. 

Pekerja Professor Cendol menyediakan cendol untuk pelanggan


Menu pilihan hati :
Cendol (RM2.00/mangkuk), laksa (RM3.00/pinggan) & sotong kangkung (RM5.00/pinggan)

Pssttt : Taste wise bagi tekak kami sekeluarga, yang paling win ialah laksa dia. Kuah memang seedaaaappp. Saya hirup hingga titisan terakhir he3. Bagi cendol pula, rasa dia ok. Sesuai dengan harga dia, bahan2 dalam cendol tu taklah pelbagai (yang ada cendol, kacang merah dgn bola sagu), tapi kuantiti cendol memang banyak, penuh mangkuk. Kami tak tambah pun tau, nak abeskan semangkuk pun sengkak kekenyangan, inikan pulak nak tambah :P. Yang paling saya rasa kecewa ialah sotong kangkung. Cebisan sotong yang ada hanya 7-8 hirisan kecil sahaja, yang lebihnya batang kangkung he3. Rasa sos pun kelaut :P. Bagi saya memang tak worth it dengan harga dia. 

Secara keseluruhannya, makanan dekat Professor Cendol ni OK & harga memang mampu beli. Cumanya patut diperbaiki lagi rasa bagi menu yang dihidangkan terutama sotong kangkung itu he3. Saya pasti akan singgah lagi Professor Cendol kalau lalu dikawasan ini, & yang pasti saya akan repeat laksa & cendolnya.

Lokasi & Maklumat Contact | Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang

Lokasi & Maklumat Contact | Professor Cendol : RM2.00 Layan Sampai Kenyang | Saya pasti ada yang mula berminat untuk mencuba Professor Cendol ni kan3. Jadinya untuk memudahkan anda, saya akan kongsi lokasi & maklumat perhubungan yang boleh anda gunapakai yer.

Alamat :
65, A101,
Kampung sungai Tuntong,
34900, Pantai Remis, Perak
No Telefon :
018-4044292 / 012-4425141
Laman Web :
www.professorcendol.com



~~~ To Be Continued ~~~

3 comments:

  1. kenapa nama professor... tuan kedai tu professor ka

    ReplyDelete
  2. eh nape tak tahu ni, ada kedai laksa & cendol yg sedap kat perak, kena pergi terjah nih..

    ReplyDelete