Tuesday, February 7, 2017

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran | Happy 5th Birthday Boboboy

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran | Happy 5th Birthday Boboboy

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran | Happy 5th Birthday Boboboy

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran | Happy 5th Birthday Boboboy | Assalammualaikum & selamat pagi. Adduiiiii la hai, mood menulis agak kelaut (macam biasa :P). Bila bz kerja tak sempat nak menaip, tapi bila tak berapa bz masih tak menaip jugak. Banyak benda sangat yang nak dicoretkan sampai dah tak tahu nak mulakan yang mana satu. Inilah yang jadi kalau asyik tangguhkan entry kan3, he3. So sebelum kemalasan menjadi semakin nazak, adalah lebih baik  saya 'start with something'.

Kali ini saya akan mulakan dengan ceritera sambutan ulang tahun ke 5 anak seketul a.k.a Boboboy. Walaupun sebenarnya sambutan ulang tahun yang ke 4 a.k.a tahun lepas punya masih belum sempat lagi Ibu nak coret dalam blog :P, tapiiiiiiiiii, marilah kita layan ceritera sambutan yang terkini dahulu yer he3. FYI, birthday Ibu & Boboboy jatuh pada bulan yang sama a.k.a Januari. Secara tepatnya tarikh lahir Ibu >> 8.1.1981 & Boboboy >> 12.1.2012. So memang tiap2 tahun sambutan adalah secara bersama2. Mudah & jimat motipnya kan3, he3.


Alhamdulillah
Amzar Fayyadh Bin Mohamad Johari is 5 years old
Moga anak Ibu & ayah sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah sentiasa hendaknya AMIN
Moga menjadi anak yang soleh & kebanggaan Ibu & Ayah AMIN


Celebration Bertingkek2 | Sambutan Ulang Tahun Kelahiran 

Celebration Bertingkek2 | Sambutan Ulang Tahun Kelahiran | Alhamdulillah, dapat juga puaskan hati anak seketul sempena birthday dia. Walaupun sambutan secara sederhana tapi bertingkek2 (macam biasa a.k.a tiap2 tahun selagi bulan Januari selagi tu la dok sambut birthday anak seketoi tu he3 :P). So, untuk rangkuman sambutan bagi tahun 2017 sila rujuk gambar berceritera di bawah ya (dengan kaedah penceritaan berdasarkan gambar, baru lebih jelas suasana & kaedah kejadian yang berlaku kan3).

Pre-birthday celebration
Tanggal 11 Jan. 2017
Simple cake cutting ceremony 

Psssttt : Birthday anak seketul tu kan jatuh pada weekdays, so on the birthday day memang tak boleh buat celebration la kan. Memang kami dah plan nak celebrate on the weekend, tapi macam mana pun the day before the birthday itself tetap kena ada small ceremony. Jadilah setakat tiup2 lilin, nyanyi lagu birthday & potong2 kek kami2 saja. Motipnya asal ado, he3 :P.

Setel dah pre-celebration, so next one ialah present hunting. So on the weekend (14/1/2017) tu memang bangun ja terus pergi breakfast & mulakan the hunting. On the week before Boboboy birthday, memang Ayah dah tanya dekat Boboboy nak hadiah apa. Anak seketul tu lajuuuuu ja jawab nak 'car' :P. Hadiah dari Ibu, Ibu la decide (tapi Ayah yang bayar :P). Nak tahu hadiah apaaaaaaaa?? Jom layan gambar lagi he3.


The car control hunting

Pssstt : Sebenarnya dah lama anak seketoi tu request nak car control, tapi Ibu tak bagi sebab sebelum ni dah pernah ada (masa tu Boboboy umur 1year ++ & car control tu Ayah yang punya :P). Rosak a.k.a lingkup sebab 'mekanik' Boboboy 'pomen' sakan.

The birthday present from Ibu & Ayah

Pssstt : Alhamdulillah, sekarang dah berusia 'sebulan' kedua2 hadiah ini & kedua2nya masih berfungsi. Harap2nya 'nyawa' dua ketul hadiah ni bertahan lama la :P.

 Balik 'present hunting' terus test drive

Psssttt : Memang tak payah susah2 ajar cara nak control, sebab Boboboy memang dah reti. Mana taknya, memang dok main car race PS2 Ayah eh :P. Staff cina kedai car control tu pun terkejut sebab anak seketul ni tahu cara nak main he3.

Setel 'present hunting', next one ialah birthday vacation. Yang ni la yang Ibu & Boboboy nanti2kan he3. Tabah menanti tibanya hari bahagia #eh3 :P. Oleh kerana Ibu bz sangat2 masa awal tahun, so cuti2 terpaksa ditunda ke akhir bulan Januari (22-24 Jan. 2017). Dari 'oversea' ke 'oversea' tema percutian kali ini he3. Yerla dari Pulau Pinang ke Pulau Pangkor ja sebenarnya. Ceritera terperinci nanti saya up dalam lain entry yer. Tungguuuuuuuu..........

Balik dari birthday vacation sambung pulak dengan birthday celebration dekat school Boboboy pulak. Sama jugak, just a small & simple celebration. Ini kiranya kali pertama dapat celebrate birthday anak seketul dekat school. Memang sukaaaaaaaaa sangat2 tau3. 

Sebenarnya, sebelum plan Boboboy birthday celebration dekat school, saya ada tanya dengan pihak sekolah tentang arrangement birthday celebration dekat Tadika Perkim (a.k.a school Boboboy.....haaaaa, entry tentang school Boboboy pun saya belum sempat nak up...sabar yer, saya pelan2 kayuh he3). Dimaklumkan bahawa sambutan akan dibuat secara beramai2 & dikumpulkan untuk beberapa bulan. Untuk anak2 yang lahir pada bulan Januari, Februari & Mac, sambutan akan dibuat pada bulan Mac. Dengar saja hal tu, saya terus 'haaaaaaa..........'. LAMBATnya, sob3. So, saya request untuk buat sambutan pada bulan Januari jugak & tarikh yang kami pilih 25.1.2017. Jom layan gambar berceritera sambutan hari lahir Boboboy dekat Tadika Perkim Pulau Pinang.

 The goodies & cake

Pssstt : Goodies memang sedia untuk satu sekolah. Jumlah pelajar dalam 78 orang sahaja. Memang konsep sekolah ni, Ibu Bapa akan sediakan goodies untuk satu sekolah. Bukanlah pihak sekolah yang arahkan, tapi memang begitu konsepnya. Boboboy sendiri untuk bulan Januari tu dah 3 kali dapat goodies. Ibu bapa pelajar2 memang akan sediakan goodies untuk semua. Motipnya kesian pulak kalau hanya sediakan untuk kelas anak sendiri sahaja kan3. Bukannya ramai sangat pun satu sekolah tu kan3.

Anak2 menikmati makanan (bihun sup mak cik ton) terlebih dahulu sebelum acara sambutan dimulakan

Pssstt : Sambutan dibuat pada waktu rehat (pagi) yer. Untuk makluman, total kelas ada dalam 5 kelas. Setiap kali waktu rehat, hanya akan ada dua kelas turun ke kafe untuk makan dalam satu2 masa, sebab cafe tadika ni limited space he3.

Anak seketul dok syok layan bihun sup makcik Ton he3

Pssttt : Boboboy tambah 4 mangkuk hoooiii. Tekuzat Ibu & Opah :p. Cikgu memang ada beritahu Boboboy minta tambah bila makan, tapi saya ingat dalam sekali dua saja. Sekali on the day, hasil penangan bihun sup mak cik Ton, sampai 4 pinggan Boboboy tambah he3. Memanglah sekali tambah tu cikgu letak 'secoet' sahaja. Anak2 yang laen pun semua pakat tambah. Tapi paling WIN Boboboy & sorang kawan gegirl dia, sampai 4 kali tambah tau3 he3. Ibu dah cakap kat cikgu masa yang tambahan ke 3 tu "ehhh...cikgu sudah la tuuuu...banyak sangat dah tambah tu". Cikgu siap kata "takpaaaaa, makan sampai kenyang baru kuat & pandai belajar". :P

Setel santap bihun sup, maka acara 'cake cutting' pun bermula

Psssttt : Nampak daakkk??? Manja terlebih anak seketul tu dengan Cikgu Zaily dia. Memang Boboboy suka & sayang dekat cikgu dia ni. Lembut jaaaaa orang dia. Nampak sangat penyabar tau3. Cikgu2 yang lain ada la nampak tegas2 sikit. Tapi cikgu kelas Boboboy ni memang lembut habis. Tu yang Boboboy suka pergi school tu he3. Asal sampai sekolah saja mulut dah tanya "Cikgu zaily ada dak lagi?" :P

Penuh setia Boboboy terpacak pegang pisau nak potong cake he3

Video acara nyanyian & cake cutting Boboboy 5th birthday celebration di Tadika Perkim Pulau Pinang


Alhamdulillah, semua perancangan sambutan ulang tahun kelahiran Boboboy yang ke lima berjalan dengan lancar. Yang paling penting anak seketul tu GEMBIRA sangat2. Syukur di atas kesempatan & rezeki yang Allah kurniakan. 

Antara semua sambutan, saya paling gembira & berpuas hati dengan sambutan di Tadika Perkim. Ya Allah, bila tengok gembiranya, terujanya, & anak2 yang sangat2 menikmati kek yang dibeli, memang PUAS hati. Sebak dalam gembira. Tak tahu nak terang macam mana perasaan tu. Seronoknya Ya Allah. InsyaAllah untuk sambutan birthday secara beramai2 pada bulan Mac nanti, nak turut serta celebrate sekali lagi birthday Boboboy. InsyaAllah kalau ada rezeki. Tolong la doa2kan yer. AMIN.



~~~ The End ~~~

3 comments:

  1. wah meriah sungguh sambutan hari jadi boboiboy...tp bab tambah bihun sup sampai 4kali tu memang win..hehehe

    ReplyDelete
  2. brapa kali potong kek ni...sonok dia no

    ReplyDelete
  3. hppy belated besday for boboboy, alolo mulat pipi, geram tengok rasa nak cubit2 je, banyak jugak sampi 5 kelas, ramai kawan rambut

    ReplyDelete