Friday, October 20, 2017

Le'Pak Kitchen | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Le'Pak Kitchen  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Le'Pak Kitchen  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Le'Pak Kitchen  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Selamat bertemu kembali (cecewah3 :P). Sudah hampir sebulan saya tidak berkesempatan untuk update blog seketul ini he3. Tiba-tiba kesibukan melanda. Dengan ujian kesihatan lebih dari seminggu. Alhamdulillah saya dan Boboboy sudah beransur sihat. Memang musim  sekarang DEMAM. Semoga kita semua lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan dengan baik ye.

Baiklah, sebenarnya entry ini sudah berada di dalam simpanan draft dari bulan lepas lagi. Makanya kali ini jom follow saya langsaikan entry hutang bagi sambungan sesi jalan-jalan cari makan di Taiping, Perak. Kali ini kita layan tekak ala-ala BARAT iaitu di LePak Kitchen. Nak tahu apa yang menariknya di sini, joooommm layan ceritera selanjutnya.


Menu Barat Dari Serendah RM5.00 Sepinggan | Le'Pak Kitchen

Menu Barat Dari Serendah RM5.00 Sepinggan | Le'Pak Kitchen  | Tak percayaaaaaa??? Betuuuullll, ini memang betuuulllll. Ini bukan cubaan, ini adalah benar-benar terjadi yer. Sepinggan Chicken Chop hanya RM5.00 tau3. Mana nak daaapaaattttt??? Hanya di Le'Pak Kitchen, Taiping.


Menu pilihan kami di malam kejadian

Beef Meatball (RM7.00) dan Chicken Chop (RM5.00)

Psssttttt, bagi tekak saya secara personal, gravy blackpepper dia sedap. Sedikit cair tapi rasanya sedap. Ayam chicken chop tu disaluti dengan tepung yang agak spicy dan rangup. Portion hidangan chicken chop memang tak masuk akal. Sebabnya harga hanya RM5.00, tapi set didatangkan dengan kentang goreng, coleslaw, salad, gravy dan seketul ayam. Berbaloi-baloi tau3. Untuk meatball tu, saya kurang sikit gemar dengan rasa dagingnya.

Ice blended chocolate

Psstttt, rasanya memang PURE. Pekat melekat tau3. Harganya saya dah lupa :P. Tetapi dalam range harga RM7.00-8.00.

Haaaaa, sakan Boboboy dok slurp2. Sampai naik julin biji mata he3

Action kitchen yang berkonsepkan OPEN

Susasan di dalam Le'Pak Kitchen

Pssstttt, table sitting memang banyak. Keadaan kedai yang luas dan bersih. Para pekerja juga tangkas clearkan table selepas pengunjung pulang tau3. Sebabnya bila lepas sahaja waktu maghrib memang FULL yer.


Sebenarnya, di Le'Pak kitchen ini pun ada disediakan menu shell out dan menu bergoreng lain. Menu western dia pun pelbagaaaaiiiiiii. Kalau anda berkesempatan singgah boleh la cuba juga yer.


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Le'Pak Kitchen 

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Le'Pak Kitchen  | Kalau anda bercuti-cuti di Taiping, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu-menu di Le'Pak Kitchen. Boelh rujuk maklumat seperti di bawah :


Le'Pak Kitchen

Alamat : 
Jalan Taman Kaya, Taman Sungai Mas, Taiping, Perak

No. Tel :
012-774 4018

Facebook :



~~~ The End ~~~

3 comments: