Tuesday, October 8, 2019

Barastar Cafe, Bandar Perda | Makan Best Di Penang

Barastar Cafe, Bandar Perda | Makan Best Di Penang

Barastar Cafe, Bandar Perda | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Inginkan port makanan barat ???? Mencari-cari port lepak santai ber-coffee-an terbaik???? Inginkan port gabungan makanan barat, asia dan ber-coffee-an di bawah satu bumbung????? Niindiaaaaaaa port baik punya di Pulau Pinang. Dijamin HALAL, diusahakan oleh pengusaha bumiputera #jomsupportbisnesorangkita. Meh sini kita borak santai apa yang menarik dan tertarik di Barastar Cafe, Bandar Perda.


Barastar Cafe, Bandar Perda
Jangan lupa #jomBarastarCafe

Seleksi Masakan Barat Dan Asia | Barastar Cafe, Bandar Perda

Seleksi Masakan Barat Dan Asia | Barastar Cafe, Bandar Perda | Sepertimana yang telah saya maklumkan di awal tadi, Barastar Cafe merupakan sebuah restoran yang menawarkan hidangan makanan yang berkonsepkan barat serta asia. Satu lagi yang unik ialah ianya menawarkan seleksi minuman 'COFFEE' yang original dibrew dari kaunternya. For sure la merupakan satu port kesukaan para coffee lovers kan3.

Barastar Cafe telah mula beroperasi pada tahun 2018. Sedari itu, ianya menjadi lokasi para pengunjung untuk menikmati hidangan minum petang, makan malam sehinggalah ke makan lewat malam. Seperti biasa, saya lebih suka berceritera secara bergambar kan3. Ajoooommm kita he3.

Ruangan outdoor di Barastar Cafe


Ruangan indoor di Barastar Cafe

Pssstt, ruangan outdoor lebih open manakala ruangan indoor lebih privacy dan berhawa dingin. Ruangan indoor ini juga merupakan lokasi yang sering digunakan untuk sambutan majlis khas (sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, dll) serta turut dijadikan ruangan untuk sesi seminar atau workshop

Kaunter pesanan dan bayaran


Haaaaa, inilah yang ISTIMEWANYA di Barastar Cafe
Kaunter coffee machine-nya yang KHAS dan TERSENDIRI


Pssstttt, setiap pesanan coffee memang akan freshly brew from this counter ok. Menggunakan bahan-bahan dan bijian coffee yang terbaik, dijamin halal, dan insyaAllah sedap setanding dengan popular mainstream coffee providers gitew


Bariiiissaaaaannnn menu dimalam kejadian

Pssstt, kalau nak ikutkan Encik Mohammad Noor (pemilik Barastar Cafe), rasanya penuh lagi meja kami ini. Tapi ku tahan juga jebat he3. Iyerla, memang pelbagai sungguh menu yang ditawarkan, ikutkan nafsu semua nak try kan3, tapi kena sedar diri juga la kan3, kang pecah usus memasing he3. Sebagai kesimpulan untuk menu-menu yang lain, to be continued gitew he3. Pemurah sungguh owner cafe. Moga terus murah rezeki, amin


Barisan minuman sejuk dan panas

Pssttt, antaranya adalah boba brown sugar milk, boba brown sugar chocolate, chocolate ice blended, infuse drink with herb, strawberry mango lemonade, teh ais kaw, coffee ais kaw, ice lemon tea, teh o ais. Dan tidak lupa SIGNATURE coffee dari Barastar Cafe........
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
(lama tak buat cenggini kan3 :P)
Caramel latte dan Hazelnut latte

Pssstt, sepertimana yang telah saya maklumkan di awal tadi, di Barastar Cafe, ianya mempunyai mesin coffee tersediri yang membolehkannya menghasilkan minuman çoffee segar (freshly brew its own original coffee). Selain dua menu diatas, terdapat juga Americano, mocha, cappucino, classic latte, vanilla latte, dan caramel macchiato


Creamy mushroom soup + garlic bread

Psssttt, sebagai pembuka selera, sudah pastinya lebih afdhal dimulakan dengan creamy mushroom soup dan garlic bread kan3. Tak namanya western la kalau tiada menu ini kan3. Untuk menu ini, memang pekat dan terserlah rasa lemak serta rasa cendawannya tau3. Ibu dah habis slurrrpp semangkuk baru teringatkan anak seketul, he3. Nasib baiklah Boboboy busy main time itu :P

Set meriah menimbun (3-4pax)
(lamb grill, fettuchinni al-fredo, meatball, fries, coleslaw + teh o ais)

Psssttttt, haaaaaaaa tengok pada nama sahaja pun dah tertarik kan3. Set ini untuk dikongsi bersama yang tersayang gitew. Tapi kalau rasa boleh ja nak melantak habiskan semua, ikut suka kau la yer he3 :P. Terdapat tiga jenis Set Meriah Menimbun ini, iaitu 1-2pax, 3-4pax ataupun 4-6pax. Makanya silalah pilih dengan bijak anak sapa la tu kan3 :P


Spaghetti seafood aglio olio

Pssstttt, seriously saya sukaaaaaaaa sangat2. Manis seafoods itu terserlah didalam gravy spaghettinya tau3. Ini sudah pastinya kerana makanan laut (udang dan calamari) yang digunakan segar. Haruman bawang putih juga merupakan daya tarikan menu ini. Menyesal tidak memilih menu ini pada malam kejadian. Dapat menumpang dua sudu dari blogger Akma pun dah terasa nikmatnya he3. Menu yang WAJIB anda cuba


Aglio olio chicken grill


Fettucini creamy chicken chop

Spaghetti bolognese chicken

Spaghetti tomyam pedas berdesing

Psssttt, unik dan tersendiri. Juga WAJIB anda cuba. Satu twist yang dilakukan oleh pihak owner. Campuran ciri masakan barat serta asia di dalam satu pinggan. Serasi bersama. Pedas memang pedas, tapi bagi saya masih lagi ditahap boleh diterima gitew. Gravynya pekat dan melekat pada spaghetti, memang enak dislurp3kan aja he3


Lamb grill

Psssttt, WIN menu ini. Memang kami sepakat semeja mengundi menu ini he3. Perapan yang simple, menyerlahkan rasa lemak dan manis isi daging serta lemak kambing itu. Terbaik pabila dicicah bersama sos black pepper. Memang terbaaaaiiikkkkkkk

Chicken chop

Pssstt, ini merupakan signature dish Barastar Cafe. Memang rangup, memang juicy isi dalamnya. Dimakan begitu sahaja atau dicicah didalam sos lada hitam istimewanya, ikut selera anda


Butter rice + chicken chop

Psssttt, haaaaa nindia menu pujaan hati Boboboy seketul. Sepinggan ini dia seorang sahaja yang habiskan. Tidak toleh kiri mahupun kanan. Suapan demi suapan sehingga licin sepinggan he3. Dipuji keenakan nasi serta ayam goreng tu sehingga kerumah ye


Minute steak

Psssttt, sekali lagi pihak Barastar menampilkan keunikan rasa yang tersendiri untuk menu ini. Merupakan kombinasi rasa asia dan barat. Kalau hendak tahu lebih dalam apakah rasanyaaaaaa, sila cuba sendiri he3


Crispy chicken chop burger

Psssttt, nindiaaaa menu terbaru dan masih panas di Barastar Cafe. Kerangupan chicken chop itu yang merupakan signature bagi Barastar memang tidak dapat dipertikaikan lagi tau3. Bagi peminat burger, WAJIB cuba.


Seketul anena dengan berketul2 Boboboy he3

Psssttt, sememangnya Barastar Cafe mesra kanak2. Amat sesuai untuk sekeluarga bersantai sambil menikmati makanan enak di Barastar. Ini kerana kita sebagai Ibu Bapa tidak perlu risau tentang anak2 kita. Selain menyediakan ruang duduk yang selesa, luas serta mesra kanak2, pihak cafe juga menyediakan play tools untuk anak2 mengisi masa lapang mereka sementara para Ibu Bapa bergosip #eh bertukar idea gitew he3

Wajah penuh gembira Ibu dan Boboboy di Barastar Cafe

Kami blogger Pulau Pinang bersama tuan empunya Barastar Cafe, Encik Mohammad Noor dan isteri

Pssttt, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohammad kerana sudi menerima kunjungan kami pada malam kejadian. Tidak jemu-jemu melayan kerenah dan bebelan kami serta keriuhan anak2 kami yang hanya 3ketul tetapi dia punyaaaa buat ghaaamaaiii seolah-olah 30ketui he3 :P. Harap2 tak serik la ya, dan semoga ada kerjasama akan datang, amin

Apa yang boleh saya katakan kunjungan saya yang menyeberangi laut (cecewaaaaahh, iyerla, dari dalam Pulau Pinang ke tanah besar Pulau Pinang tuuuuu :P), berbaloi-baloi. Pasti akan ada kunjungan yang seterusnya bersama ahli keluarga.

Sekali lagi, 'calling all western foodies, coffee lovers', inginkan makanan barat dan minuman coffee yang yang dijamin Halal, sedap dan berbaloi-baloi dengan nilai wang anda, inilah lokasinya. Perincian maklumat Barastar Cafe boleh rujuk di bawah.


Barastar Cafe
No 32, Lorong Perda Utama 7,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam, Penang
(lorong Petronas Bandar Perda)
Waktu operasi setiap hari
4.00pm - 1.00am



~~~ The End ~~~

1 comment: