Alhamdulillah Boboboy Ada Ibu, Ada Mak, Ada Mama | Al-Kisahnya Anak Nan Seketul
Alhamdulillah Boboboy Ada Ibu, Ada Mak, Ada Mama | Al-Kisahnya Anak Nan Seketul | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kali ini izinkan saya membebel berjela-jela tanpa gambar berceritera yang bertingkek-tingkek seperti kebiasaan entry saya sebelum ini naaaaaa. Ini merupakan sesi mencatat, sesi berkongsi rasa, sesi meluah perasaan seorang Ibu tentang anaknya nan seketul gitchew.
Ninjiaaaaaa anak nak seketul itu
Baby Ibu Ayah
Abang Ibu Ayah
Bam bam boooommmmm Ibu Ayah
Pipi paaaauuuu Ibu Ayah
Bagi yang follow blog saya atau yang mengenali saya secara alam maya mahupun nyata, rasanya sudah pasti mengetahui yang anak nan seketul saya a.k.a si Boboboy ni sedari baru lahir di dalam jagaan arwah Opah eh sahaja (pabila Ibu Ayah kerja la kan3). Pabila arwah Opah telah tiada, yang mana ketika itu Boboboy berusia 6tahun, saya masih tidak menghantar Boboboy ke pengasuh mahupun taska. Hanya tadika pada sesi pagi sahaja. Selesai sesi persekolahan pagi, Boboboy akan datang ke ofis sehingga tamat waktu kerja Ibu, dan terus kami bersama-sama pulang kerumah. Kemudiannya tadika Boboboy ada membuat sesi transit (sehingga petang), barulah Ibu teruskan persekolahan Boboboy dari pagi sehingga petang. Kiranya bila Ibu tamat waktu kerja, baru Ibu ambil Boboboy dan kami pulang bersama-sama. Tetapi pabila tiba musim cuti sekolah hujung tahun, sekali lagi Ibu usung Boboboy ke ofis Ibu setiap hari.
Sebenarnya Ibu memang tidak senang hati dan takut untuk melepaskan Boboboy kepada orang lain yang tidak dikenali. Itu merupakan FOBIA Ibu sedari awal lagi. Alhamdulillah, Ibu mempunyai bos yang sangat memahami, sentiasa cuba yang terbaik untuk memahami kondisi stafnya serta cuba sedaya mungkin untuk tidak menambahkan beban stafnya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Memanglah Ibu dapat mengagak bahawa pasti akan timbul isu (sooner or later) kerana membawa anak ke tempat kerja, tetapi Ibu sebaiknya mengelakkan sebarang masalah serta sentiasa memastikan segala kerja dan tanggungjawab Ibu tidak terjejas sepanjang Boboboy ada. But still, even kalau kita tidak mempunyai masalah dengan bos dan kerja kita sendiri, bos2 yang lain atau rakan sekerja yang lain kita tak tahu kan3. So, buat masa itu, Ibu just go with the flow selagi tiada isu ditimbulkan.
Seterusnya, apabila Boboboy memasuki darjah satu, Ibu daftarkan sekolah kebangsaan (pagi) serta KAFA (petang), yang dekat dengan ofis Ibu. Kerana sekali lagi Ibu masih FOBIA lepas anak ke tangan orang lain. Makanya Ibu memang set dah untuk uruskan anak nan seketul itu sendiri. Pagi hantar kesekolah, tengah hari ambil dari sekolah dan bawa ke pejabat untuk makan serta salin baju untuk sesi KAFA, kemudian hantar ke KAFA. dan akhirnya bila tamat kerja ambil Boboboy dan terus pulang kerumah bersama-sama. Jika tiba musim cuti sekolah, sekali lagi Ibu akan angkut Boboboy ke ofis bersama Ibu. Masih dengan konsep, biar didepan mata Ibu, tidak akan melepaskan kepada orang yang tidak dikenali. Alhamdulillah sekali lagi bos sangat memahami dan bertolak ansur.
Rutin ini berlarutan sehinggalah penghabisan sesi persekolahan darjah satu Boboboy dan tiba musim cuti sekolah hujung tahun yang panjang ituuuuuuu. Pada ketika itu, bos menasihatkan untuk mula mencari pengasuh atau transit untuk anak nan seketul. Saya faham dengan kerisauan bos tentang isu anak di tempat kerja. Tidak mahu terus menyusahkan bos, makanya degan berat hati saya mula mencari pengasuh seawal 2 bulan sebelum tibanya cuti sekolah. Memang saya totally tiada saudara mara atau kenalan yang boleh ditumpangkan anak seketul itu. Makanya opsyen yang ada hanyalah mencari secara dalam talian iaitu iklan FB. Ramai yang saya jumpa, ramai yang saya buat lawatan untuk meninjau kesesuaian untuk meletakkan anak seketul itu, dan tidak ada satu pun yang meyakinkan hati. Ciwi??? Banyak songeh??? Over react??? Ada aku kessaaaahhhh. Yang penting, sebelum apa2, sebelum meletakkan anak seketul ketangan siapapun, Ibu kena yakin, Ibu kena senang hati dengan orang itu kan3.
Akhirnya dengan izin Allah, out of sudden ada rakan sekerja yag menyuarakan adik iparnya mengasuh budak. Setelah berhubung, dan meninjau sendiri, akhiiirnyaaaaa Ibu sedap hati he3. Makanya bermulah rutin baru Ibu menghantar Boboboy ke rumah Mak (pengasuh) sebelum Ibu pergi kerja. Dari hari pertama sehingga habis cuti sekolah, Alhamdulillah semua sangaaaaaattt baik. Sehingga hari terakhir di rumah Mak, memang dah setkan akan menghantar kembali Boboboy bila ada mana-mana cuti sekolah lagi selepas itu. Mak siap wasap lagi seminggu selepas itu yang rindu dengan Boboboy, anak nan seketul tu pun sama rindu Mak dia. Alhamdulillah, serasi sungguh mak dengan anak seketul tu he3.
Tibanya semasa PKP, memang la Boboby #dudukdirumah sahaja dengan Ibu. Setelah PKPP, Ibu dah mula bekerja dan sekolah masih belum dibuka, Boboboy sambung duduk dengan MAK. Kemudian sekolah kebangsaan (pagi) mula dibuka, tetapi KAFA (petang) masih tidak dibuka, sekali lagi Ibu mula pening. Ini kerana rumah Mak dekat dengan rumah kami. Boboboy bersekolah dekat dengan ofis Ibu, yang mana jaraknya jika tidak sangkut jam dalam 15-10minit, tetapi jika sangkut jam boleh jadi lebih dari sejam tau3. Makanya Ibu tidak akan sempat untuk menghantar Boboboy ke rumah mak selepas selesai sesi sekolah pagi, dan kembali semula ke ofis, yang mana waktu rehat Ibu cuma satu jam. Makanya Ibu kena mencari semula pengasuh yang berdekatan dengan ofis Ibu. Sekali lagi Allah permudahkan jalan. Ibu rakan sekelas Boboboy rekemen pengasuh yang sama untuk anak dia. Alhamdulillah, lega la hati ni sebab Boboboy bersama kawan sekelas dia di rumah pengasuh kan3. Rumah pengasuh pun satu tempat dengan KAFA tau3. Pabila berjumpa dengan pengasuh pun sedap ja rasa hati Ibu ni haaa. Kali ini Boboboy dapat Mama pula. Alhamdulillah, dengan Mama pun Boboboy serasi, tambahan sebab bersama rakan sekelas kan3.
Kiranya rutin sekarang ini, jika cuti sekolah, Boboboy akan duduk dengan Mak. Bila bersekolah dan tiada KAFA, Boboboy akan duduk dengan Mama. Untuk masa kedepan ni, Ibu plan nak sambung ja duduk dengan Mama walaupun KAFA bermula. Ini kerana sebelum ni kan Ibu kena bawa Boboboy ke ofis untuk makan dan salin baju sebelum ke KAFA. Memang tak sempat nak mandi ka rehat sekejap ka sebelum mula sekolah agama petang. Rushing la juga sebab kena siapkan dalam tempoh sejam lunch break Ibu kan. Dah ada rumah Mama, so lebih baik Ibu akan ambil dan hantar ke rumah Mama, so bolehlah fayyad makan, mandi dan rehat sekejap sebelum ke sekolah agama petang. Dah KAFA dengan rumah Mama tempat yang sama, so mudah sangat-sangat la.
So huntung anak seketul ni, sekarang dah ada Ibu, ada Mak dengan ada Mama kan3. Alhamdulillah.
~~~ The End ~~~