Pengalaman Genap 3 Minggu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan | Ceritera Penutup Tahun 2020
Pengalaman Genap 3 Minggu Perintah Pengawalan Pergerakan Diperketatkan | Ceritera Penutup Tahun 2020 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Allahu, kita telahpun menjengah ke suku pertama bagi tahun 2021. MasyaAllah, begitu cepat masa berlalu. Sekali lagi kita seluruh rakyat Malaysia diuji dengan penularan Covid19 sehingga memaksa perlaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dan Alhamdulillah, dengan Rahmat Allah, kita berjaya menurunkan lengkok jangkitan serta menamatkan PKP. Syukur Ya Allah, moga terus ada sinar yang lebih baik untuk kehadapan ini, amiiiinnnn.
Sebenarnya sata draft entry ini pada penghujung tahun lepas (Disember 2020), belum sempat nak published, dah kena PKP, he3. Tapi saya tetap juga nak coretkan kenangan di dalam blog ini. Ajooommmm layan coretan yang telah saya draft pada penghujung tahun lepas.
.
.
.
.
.
.
Hari terkahir bagi tahun 2020. Jangankan kata pejam celik pejam celik tak sedar dah habis setahun, Tahun 2020 ini lagiiiii istimewa sebab dirasakan seperti baru pejam tak sempat nak celik lagi pun dah habis ni haaaaa. Tapi apapun tetap berasa bersykur kerana dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan dapat mengharungi tahun ini sehingga akhir, Alhamdulillah.
Baiklah sebagai entry PENUTUP tahun 2020, kali ini saya akan berkongsi pengalaman peribadi terlibat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama genap 3 minggu. Enrty kali ini hanya merupakan catitan bebelan tanpa sebarang gambar untuk tatapan pencuci mata anda tau3, so sila bertabah he3.
Baiklah, untuk makluman pada tanggal 7 Disember 2020 saya sekeluarga merupakan antara penduduk yang terlibat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang. Pemakluman ini telah dibuat oleh MKN pada hari Sabtu, 5 Disember 2020. Saya berada dirumah ketika itu bersama Boboboy. Ayah eh pula berkerja. Tetapi pada ketika itu saya tidak tahu berita tersebut. Seterusnya sebelum maghrib, bos saya wasap bertanya kepastian sama ada saya terlibat dengan PKPD ataupun tidak. Dengan penuh yakin, berani kerana benar saya terus menyatakan TIDAK, he3. Selepas itu saya terus check FB page MKN, dan juga Penang Lawan Covid-19. Pada waktu tersebut, masih lagi keliru dengan kenyataan Menteri terlibat, kerana kawasan Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang sememangnya LUAS. Pada ketika itu tidak diberikan senarai terperinci flat/apartment/kondominium manakah yang terlibat. Pada sebelah malam telah mula tular wassap senarai nama flat/apartment/kondominium yang terlibat. Tapinya info ini masih diragukan kerana tidak diketahui asalnya la kan3. Apa yang mula meyakinkan saya pabila terdapat satu video Jabatan Penerangan Pulau Pinang yang mana memaklumkan nama2 flat/apartment/kondominium yang terlibat yang terlibat PKPD dan nama apartment saya tersenarai.
Encik suami masih lagi berada di dalam fasa penafian ketika itu he3. Dia dengan penuh yakin, berani kerana benar, tetap menyatakan adalah mustahil kawasan perumahan kami dikenakan PKPD, kerana flat/apartment/kondominium di kawasan itu lebih dari 10 blok. Tetapi, dek kerana puan isteri tetap kata kena sediakan payung sebelum hujan, makanya pada hari Ahad, 6 Disember 2020, kami sekeluarga keluarlah untuk membeli stok barangan dapur. Ini bukan pembelian panik ya, saya masih boleh mengawal diri. Dek kerana seolah-olah termakan kata-kata encik suami yang kami ni tidak terlibat PKPD, makanya saya hanya sparekan stok untuk tempoh seminggu sahaja. Selepas selesai, kami dengan tenangnya menikmati hidangan makan tengah hari di Pizza Hut, dan disambung dengan pencuci mulut di Baskin Robbins. Elok sebelum Asar kami sekeluarga telah kembali kerumah, dan kemudiannya encik suami keluar untuk berkerja sambilan (buat Grab Food).
Saya telah memaklumkan kepada bos yang kemungkinan besar saya terlibat dengan PKPD, tetapi final confirmation masih kena menunggu sehingga kawad duri dan post kawalan di pasang oleh askar dan polis la kan3. Ini kerana sememangnya tiada info rasmi atau hitam putih dari mana-mana pihak tentang nama flat/apartment/kondominium yang terlibat yang terlibat PKPD. Hanya bersandarkan cakap-cakap dari mulut ke mulut antara penduduk, serta pesanan dan video wasap itu sahaja. Akhirnya kira-kira jam 6.30 petang, 6 Disember 2020, sudah kelihatan trak-trak tentera membawa kawad duri dan palang sekatan jalan. Makanyaaaaaaa, sudah CONFIRM apartment saya juga terlibat PKPD. Terus laju wassap bos, wassap encik suami. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana pihak majikan sememangnya amat memahami.
Pabila malam, sudah mula viral pelbagai gambar (wassap/fb) warga asing mula melarikan diri dari kediaman di Persiaran Paya Terubong, Relau. Encik suami balik dari Grab Food dalam jam 11.00malam, itu pun sebab saya pesan awal-awal jangan balik selepas jam 12.00 tengah malam, kerana sudah semestinya tidak akan dapat masuk kan3, PKPD dah bermula. Setibanya dirumah encik suami memaklumkan memang ramai penduduk yang lari keluar. Sama naik ja warga asing dengan warga tempatan yang lari. Ini kerana kawsan parking sudah mula lengang, pengurangan ketara bilangan motor dan kereta. Askar dan polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana PKPD bermula secara rasmi pada jam 12.00 tengah malam.
Makanya secara rasmi detik jam 12.01 tengah malam, 7 Disember 2020, bermulallah PKPD di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang. Secara keseluruhannya terdapat 11 blok bangunan flat/apartment/kondo yang terlibat, dengan anggaran awal MKN 10ribu penduduk.
Kami mula dibanci oleh Jabatan Kesihatan Negeri untuk ujian swab pada hari kedua PKPD, dan pada hari ketiga PKPD, kami 3 beranak selamat menjalankan ujian swab. Alhamdulillah ujian swab dipermudahkan. Tidak la rasa sakit, cuma sedikit pedih di bahagian rongga hidung. Ibu sangat berbangga dengan Boboboy kerana memang tenang ja anak seketul Ibu Ayah itu buat ujian swab tau3. Boboboy siap persoalkan Ayah kenapa menangis (mata berair ja pun, kerana encik suami penghidap resdung) :P, he3. Boboboy kata dia tak rasa sakit apa pun, rasa geli-geli ja haaaaaa, he3. Bagi setiap unit hanya seorang ketua keluarga/rumah yang akan memakai gelang putih, yang dibenarkan untuk, keluar mendapatkan bekalan makanan, tetapi terhad didalam kawasan PKPD sahaja. Isi keluarga/rumah yang lain perlu memakai gelang pink, yang bermaksud tidak dibenarkan sama sekali keluar dan wajib kekal didalam rumah sepanjang masa. Makanya Ayah gelang putih, Ibu dan Boboboy gelang pink.
Keputusan swab tidak akan dimaklumkan, hanya mereka yang positif sahaja akan mendapat panggilan untuk dikuarantinkan di hospital. Makanya bermula hari seterusnya, adalah beberapa kali terdengar siren ambulans, yang menandakan sedang angkut pesakit positif Covid-19. Sekali masuk kadang sebiji sahaja, kadang-kadang 2 biji. Saya mengambil inisiatif menghubungi JKN untuk mengetahui keputusan ujian swab kami sekeluarga. Agak lambat menerima keputsan kerana pada hari ke 9, baru keputusan kami bertiga keluar. Alhamdulillah, semua negative.
Bagi Ibu dan Boboboy seketul, kami memang tiada masalah untuk duduk didalam, terperap, dan tidak keluar langsung dari rumah. Ayah eh la yang dok ghaplah, he3. Nasib baik Ayah boleh juga ambil peluang hirup udara luar, dengan berjalan kaki atau bermotorsikal di dalam kawasan PKPD dengan alasan membeli barangan keperluan :P.
Sepanjang 3 minggu walaupun tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan PKPD, tetapi kita masih boleh mendapatkan keperluan di luar kawasan melalui kaedah delivery. Penghantaran hanya sehingga ke pondok post polis utama. Makanya memang agak kerap jugalah saya membuat pesanan penghantaran he3. Segala barang basah keperluan masak, makanan segera dan lain2. Ayah eh la tukang pick up. Alhamdulillah cukup makan kami 3 beranak dikala PKPD.
Cumanya saya amat terkilan dengan bantuan makanan atau keperluan bagi kawasan kami. Iyerla, bagi kami yang berkemampuan, boleh beli sendiri tak mengapalah, tidak terkesan jika tiada bantuan. Tetapi bagi keluarga yang terkesan, yang tidak mampu, bagaimana?? Apa yang saya nampak, pada hari pertama PKPD, tokei2 cina (tokei kilang) yang menghantar berkotak2 bantuan bekalan makanan kepada pekerja warga asing mereka. Untuk orang tempatan tiada apa2 bantuan sehingga sudah masuk penghujung minggu kedua PKPD. Sama ja JKM ka, ADUN ka, apa ka. AJK komuniti perumahan kami pun maklumkan mereka pun belum ada apa2 info tentang bantuan walaupun nama sudah diserahkan.
Walaupun septtnya PKPD disambung sehingga 31 Disember 2020, tetapi akhirnya ianya diumumkan TAMAT lebih awal iaitu pada 27 Disember 2020. Mengikut laporan, sejumlah 5585 saringan dilakukan dan 113 kes positif.
Setelah diumumkan TAMAT PKP, sekali lagi yang menyakitkan hati, pabila warga asing yang bersepah2 terjerit2 terlompat2 terkinja2 seperti kebinatangan. Dengan berbaju tido, seluar pendek, tak pakai baju, berkain pelikat, bersepah memenuhi koridor dan juga tangga. Bukan sekejap tau. Dari mula dimumumkan sebelum jam 5petang, sehingga nak dekat Maghrib. Kegilaan apakah. Dah TAMAT, kau merambus keluar sudah la. Yang nak terjerit2 mcm beruk tu buat apanya. Tular habis video beruk2 ni tau. Orang lain, kawasan lain, ada juga PKPD, tak pernah pula saya tengok viral bersorak mcm org gila bila tamat.
Pada 28 Disember 2020, proses memotong gelang dijalankan. Alhamdulillah, sesudah pemotongan gelang bertebaranlah semua manusia di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang. Saya dan suami mula berkerja pada keesokan harinya. Tidak lama selepas itu satu Malaysia pula dilaksanakan PKP. Beginilah ketidak tentuan hidup kita selagi dibelenggu oleh Covid19. Kita perlu redha dan mendoakan semuanya akan kembali seperti biasa, aminnnnn.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment