Thursday, March 25, 2021

Citarasa Nusantara Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang

Citarasa Nusantara Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang

Citarasa Nusantara Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan sekali lagi. Hanya berbaki kurang dari sebulan kan3, Alhamdulillah. Pastinya pada setiap tahun, bulan mulia yang penuh barokah inilah yang dinantikan oleh muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga di Ramadhan kali ini, segala amal ibadat kita diterima Allah, amiiiiinnnnn.


Berbalik kepada tujuan entry pada hari ini, setelah hampir 2 tahun saya tidak berkongsi dengan para pembaca tentang tawaran Buffet Ramadhan, entry kali ini boleh dianggap sebagai 'ice breaking' entry. Seingat saya, entry terakhir saya berkongsi tawaran Buffet Ramadhan yang best di Pulau Pinang ialah pada tahun 2019. Makanya, mari, mari, marriiiiiiiiiiii. Mari kita mulakan review Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 di Penang, dengan seleksi tawaran yang disediakan oleh Royale Chulan Penang. 

 

Tediaaaaaa, Boboboy seketul senyum sakan di malam Media Review Buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang


Gabungan Hidangan Resepi Seantero Nusantara Pastinya Menarik | Citarasa Nusantara Di Royale Chulan Hotel Penang

Gabungan Hidangan Resepi Seantero Nusantara Pastinya Menarik | Citarasa Nusantara Di Royale Chulan Hotel Penang | Tahun ini Royale Chulan Penang mengetengahkan hidangan yang bertemakan Citarasa Nusantara. Pihak pengurusan hotel telah memastikan perlaksanaan adalah secara norma baharu serta mematuhi SOP pencegahan Covid-19. Ini demi kebaikan semua serta turut sama-sama membantu mencegah penularan wabak Covid-19. Mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan dan wabak ini cepat berakhir.


Sudah semestinya, sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Royale Chulan Penang, pasti akan menyajikan pelbagai juadah yang pasti tidak akan mengecewakan dan untuk kali ini ianya diinspirasikan dari hidangan citarasa nusantara. Sudah semestinya ianya akan dapat menambat hati serta selera pengunjungnya.


Tanpa membuang masa lagi marilah melayari keunikan Citarasa Nusantara tersebut dengan membaca entry seterusnya ini, hasil nukilan ikhlas dari hati saya, haaaaaa gitcheeeeew, he3.


PEMBUKA SELERA


Bahagian pembuka selera

Kurma, semestinya wajib sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa

Aneka seleksi kerabu
(kerabu timun, kerabu kacang, kerabu kerang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, kerabu taugeh, dan acar rampai)

Ulam ulaman bersama aneka jenis sambal/pencicah (sambal belacan, cincalok, air asam kerisik, kicap manis bawang, jeruk bawang, dan minyak bawang putih)


Telur masin, ikan masin dan juga ikan kering


Aneka jeruk buah dan juga buah-buahan segar


Pssssttt, sememangnya kesegaran dan kemanisan buah-buahan ini membuka selera



MENU UTAMA


Barisan buffet bagi menu utama


Nasi Briyani Nazareth

Psssttttt, hat ni WAJIB ambil weeeeiiiii. Seriously, Boboboy seketul 3 kali tambah. Makan nasi begitu sahaja pun dah shedapssssss. Secara peribadi bagi saya, inilah menu THORBAIK malam itu.


Nasi Hujan Panas Daun Pudina

Pssst, ini pun 'all time favourite' kami anak beranak. Every single year, untuk buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang, WAJIB ambil he3. Dasar perut nasi begini laaaaaa. Tak Penang la wei kalau bukan peminat nasi tumeh. Mengkala kata dapat nasi tumeh yang shedaps, memang habis hatiiiiiii dok pulun he3.



Ayam Masak Merah Lebuh Acheh

Daging Masak Kerutuk

Pssstttt, feel maciam di Hari Raya pabila gue-kan Nasi Briyani dan Nasi Hujan Panas bersama-sama Ayam Masak Merah dan Daging Masak Kerutuk. Ni sambil dok menaip sambil menjejes air liur ni weeeii. Dugaan yang harus ditempuhi saban tahun oleh para blogger di kala melunaskan tanggungjawab sesebuah food review :P

Udang Harimau Goreng Berlada

Ikan Goreng Bawang

Sayur Lemak Utara


KAUNTER AKSI (INDOOR)


Royale Kambing Golek

Pssssttt, manis dari isi dan lemak kambing itu tidak akan dapat saya lupakan hingga saat ini. Sememangnya lembuuuiiiiitttt, dan saya siap boleh sedut slurp2 jus asli dari hirisan isi daging dan lemak kambing itu sendiri weeeeiiii. Saya memang menikmatinya begitu sahaja tanpa sebarang sos pencicah (air asam, dll). Perapan yang digunakan tidak over powering sehingga menutupi kelebihan rasa asli daging kambing itu sendiri. So semestinya kalau anda berkunjung ke Royale Chulan, sila jangan lepaskan peluang menikmatinya tau3

Satay ayam dan daging, serta seleksi ikan bakar bersama kuah kacang, nasi impit, timun, bawang dan air asam

Murtabak Ayam

Burger Cincang Ismid Ulam Raja

Psstttt, semestinya pertama kali melihat, yang terlintas di fikiran adalah UNIK. Saya suka, saya suka. Boboboy seketul pun sokaaaaaaaaaaaaa. Ini merupakan satu menu yang lain dari yang lain. Sekali lagi pihak Royale Chulan Penang sentiasa dapat menawan hati pengunjungnya dengan menyajikan menu yang FRESH. Patty daging yang segar dan berjus, dimasak di depan mata anda dan anda dapat menikmatinya panas2. Peeerrrrghhhh, sekali lagi saya terkenang dan terliur sendirian he3.

Penang Char Koay Teow

Royale Shell Out

Pssssttt, peminat makanan laut, WAJIB nikmati. Segala ketam, udang, kepah, tiram, slipper lobster, jagung, adaaaaaaaaaa di dalamnya. Rasa kuahnya sedikit pedas2, manis2, dan masam2.

Kari Kepala Ikan Mamu Labu


KAUNTER AKSI (OUTDOOR)


Sup Tulang Rawan dan Sup Soto Ayam bersama condiments

Psssttt, sup tulang rawan pun kesukaan saya. Lembuuiiiiiit sungguh lelemak dan isi daging yang melekat pada tulang temulang itu. Sekali sedut terus cerna :P. Kuah sup pun penuh rasa manis bahan tumisan dan juga manis dari isi dan tulang daging. WAJIB cuba.

Bubur Lambuk dan Royale Ayam Goreng Berempah

Chulan Pasembur

Aiskrim, ABC dan cucur goreng (Ubi keledek, pisang dan jagung)

Minuman panas dan sejuk
(Air mata kuding, soya, cincau kurma, sirap bandung, nenas, teh tarik dan kopi tarik)



PENCUCI MULUT


Barisan buffet bagi pencucui mulut 

Pencuci mulut bertemakan traditional
(Bubur kacang hijau bersama pulut dan roti benggali, serta aneka kuih muih)

Aneka jenis kek, mouses, puding, dan jeli, serta mini creme brulee, sago gula melaka, nata de coco, creme caramel dan french pastries

Psssttt, sememangnya tahun ini MERIAH sungguh seleksi pencuci mulut dari Royale Chulan Penang. Saya dimaklumkan ada Chef Pastry baruuuuuu. Bukan setakat meriah, dan sedap mata memandang segala barisan menu pencuci mulut ini taaaauuuu, rasanya pun THORBAIK.

Coffee section


MENU PILIHAN HATI

Our 1st plate

Psssttt, seperti yang diwar-warkan, kami anak beranak dasar perut nasi, so sah-sah la dimulakan dengan nasi kan3 :P

Ninjiaaaaaaaa, velanja gambor Boboboy seketul menikmati his 1st plate

Psssttt, nak tau sedap ka tak sedap, tuuuuuuuuuu sila tengok, Ibu belum mula jamah, Boboboy punya pinggan nasi dah nak licin, he3. Tak toleh kiri kanan dah anak seketul tu mengkala kata dapat Nasi Briyani dan Nasi Hujan Panas dari Royale Chulan Penang taaaaaauuuuuuu. 


Pinggan mangkuk kami berikutnyaaaaaaaaa......

Pssstttt, keempat-empat pinggan dan mangkuk di atas memang THORBAIK. Dari kambingnya, ke sup tulangnya, ke shell outnya, dan hingga ke burger cincangnya. So anda WAJIB cuba taaaaaauuuu. Tak coba mesti menyesal :P

Boboboy menikmati Burger Cincang Ismid Ulam Raja

Seterusnya lagiiiiiiiii.........

Last but not least, Boboboy menikmat his dessert plate
v
v
v
v
v
v
v
Pssstttt, inilah merupakan pencuci mulut paling WIN di hati kamu dua beranak di malam kejadian itu tau3. Terus cair didalam muluit tema eh. Sangat sesuai untuk manusia yang sangat sukakan pencuci mulut tetapi tidak berapa gemar yang manis terlebih. Ini kerana memang seimbang kelembutan teksturnya, rasa manisnya, rasa lemaknya serta kewangian menunya itu.


Ye laaaaa, ye laaaaaaaaaaa, yang ni yang last :P

Ninjia selfie sekeping dua cap Ibu dan anak seketul yang kenyang tersandor
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaaaa, akhir sekali tersandar lena Boboboy seketul didalam kereta

 

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Di bawah ini saya kongsikan bersama untuk rujukan para pembaca yang berminat untuk turut serta merasai buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang.

 

Tema

Citarasa Nusantara Ramadhan

 

Tarikh

Bermula 16 April 2021

 

Lokasi

Sri Tanjung Cafe,

Royale Chulan Penang

 

Harga

RM88 nett/dewasa, RM68.00 nett/warga emas & RM48nett/kanak-kanak (6-12thn)

 

Promosi 'early bird'

Buy 5 FREE 2

(belian voucer dari 4 Feb. - 3 Mac 2021)

 Buy 5 FREE 1

(belian voucer dari 4 Mac - 3 April 2021)

Buy 8 FREE 1

(belian voucer dari 4 April - 9 May 2021)


Laman sesawang

royalechulan-penang

 

Facebook

royalechulanpenang

 

Instagram

royalechulanpenang





~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment