Monday, April 1, 2024

Keindahan Rasa di The George Penang | Makan Malam Sempena Ramadhan 2024 di Penang

Keindahan Rasa di The George Penang | Makan Malam Sempena Ramadhan 2024 di Penang

Keindahan Rasa di The George Penang | Makan Malam Sempena Ramadhan 2024 di Penang |  Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kita sudah menghampiri ke akhir Ramadhan 2024, semoga kita semua dapat menyempurnakan ibadah ini dengan sempurna hingga ke akhirnya, amiinn.


Untuk entry hari ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah lokasi yang menawarkan set makan malam istimewa bersempena dengan Ramadhan iaitu di The George, Georgetown, Penang. Ianya merupakan sebuah 5 star botique hotel, yang terletak di tengah-tengah bandara Georgetwon. Lokasinya sememangnya terpaling strategik. Manakan tidak, sememangnya kebanyakan kawasan tarikan pelancongna hanyalah dengan berjalan kaki tau3. Petik ja apa sahaja tarikan Pulau Pinang yang ada, contohnya seperti nasi kandar Line Clear, nasi briyani Hameediyah, cendol Penang Road, roti canai transfer road, roi canai argyll, roti bakar Hutton Lane, sup Hameed, bazar Chowrastar, Komtar, dan banyaaaakkk lagi tau3. Tidak cukup dengan itu, sememangnya hotel ini mempunyai daya tarikan tersendiri dengan reka bentuk serta hiasan dalamannya yang mengetengahkan ciri klasik dan mewah tau3.


Dan bersempena dengan tibanya bulan Ramadhan, pihak The George telah menyediakan tawaran menu berbuka puasa yang istimewa tau3. Ianya merupakan set hidang mengikut bilangan. Menu yang dibariskan mengetengahkan menu berasaskan masakan tradisi Melayu asli tau3. Nak tahu lebih lanjut, ajiiooom layan ceritera bergambar di bawah...........


The George, Georgetown Penang


Safron Dining, The George Penang


Mr Peter Ho, yang sangat peramah orangnya merupakan GM The George Penang


Set hidangan D : nasi briyani, sup ayam berempah, ayam maska merah, ikan masak berlada, udang masak diraja, dalca sayur, rendang daging, kambing kurma, papadom dan ulaman-ulaman bersama sambal


Set berbuka puasa, Keindahan Rasa di The George Penang

Pssttt, saya juga nak bagi some sneak preview bilik penginapan yang ditawarkan di The George. Secara totalnya, bangunan The George mempunyai 6 tingkat dan jumlah bilik yang ada adalah sebanyak 92 unit. Ini adalah termasuk 7 jenis bilik yang berbeza iaitu Deluxe, Executive Deluxe, Premier Deluxe, Governor Suite, Colonial Suite, Pearl Suite dan Heritage Suite. Ajiioom layan beberapa keping gambar yang sempat saya snap semasa room tour di The George
v
v
v
v
v
v
v
v



Pssstt, untuk full room review, tungguuuuuu pabila saya staycation disini tau3



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment