TEMPO DULU BBQ DINNER | MAKAN MALAM DI COURTYAD BY MARRIOT PENANG
TEMPO DULU BBQ DINNER | MAKAN MALAM DI COURTYAD BY MARRIOT PENANG | Assalammualaikum dan selamat pagi semua para pembaca kesayangan. Ya Allah, sekali lagi ku tenggelam dek arus kesibukan kehidupan hakiki. Makanya senyap seketika blog kesayanganku ini. Tapi kini ku kembali. Kembali untuk mencoretkan, kembali untuk berkongsi tentang tawaran menarik untuk para pembaca setia blog kesayanganku ini, haaaa gitcheewwwww.
Baiklah, moh la kita terus kepada tujuan sebenar, timbulnya entry untuk hari ini, iaituuuuuuu untuk berceritera tentang tawaran buffet makan malam terkini dari Courtyard By Marriot Penang. Buffet makan malam istimewa ini ditawarkan untuk tempoh terhad sahaja tau3. Bermula dari 13 September 2024 sehingga 30 November 2024, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, dari jam 6.20 petang sehingga 10.00 malam. Tema yang diketengahkan ialah "Tempo Dulu BBQ Dinner".
Perkataan "Tempo Dulu", di dalam bahasa Indonesia bermaksud "masa dahulu". Ini adalah merupakan satu penghormatan nostalgia kepada tradisi masakan masa lalu Indonesia. Di Indonesia, makanan sentiasa memainkan peranan penting dalam menyatukan orang ramai, dengan resipi turun-temurun, yang selalunya menggunakan bahan-bahan yang ringkas namun penuh dengan rasa. Buffet makan malam "Tempo Dulu BBQ Dinner", ini bertujuan untuk mengembalikan semula detik-detik tersebut, dengan menawarkan para tetamu dengan cita rasa asli warisan Indonesia melalui hidangan tertua zaman dahulu. Baiklah, tanpa melengahkan masa, ajiiooomm kita layan ceritera bergambar keenakkan menu yang di tawarkan di buffet makan malam "Tempo Dulu BBQ Dinner" di Courtyard By Marriot Penang.
Buffet makan malam "Tempo Dulu BBQ Dinner" di Courtyard By Marriot Penang
Seafoods on ice dan sashimi bersama dressing, sos & condiments
Pssttt, port wajib untuk penggemar sashimi dan juga fresh raw seafoods naaaaa. Seriously memang kena sungguh keenakan rasa dan kesegaran salmon serta oyster itu weeeeiiii. Anda boleh lihat sendiri saiz hirisan salmon dan juga saiz oyster itu, puas hati sekali ngap dan berkali-kali ngap, he3
Terdapat juga aneka jenis kerabu, tauhu bergedil, sotong kangkung, rojak buah, gado-gado, cucur udang, kuah kacang, sos sambal pencicah, sup ekor, serta sup labu sebagai pilihan menu pembuka selera anda tau3
Pssttt, wajib untuk menikmati sup ekor itu, sotong kangkung itu, serta tahu bergedil itu tau3
MENU UTAMA
Barisan pilihan menu utama seperti ayam bakar taliwang khas Lombok, ikan siakap bakar Jimbaran, opor ayam kuning jawa timur, rendang daging minang, pecel lele, padang fish masak lemak, petai sambal udang berlado, ayam kalio, kentang goreng berlado, serta sayur kacang goreng rempah
Pssstt, memang terserlah menu bercirikan masakan asli Indonesia di dalam menu utama ini kan3. Terpaling unik semestinya ayam bakar Taliwang, ikan bakar Jimbaran, opor ayam Jawa serta rendang Minang ituuuuuuuuuu
Terdapat juga aneka jenis keropok goreng serta sambal pencicah pelengkap hidangan utama tau3
KAUNTER AKSI
Beef pepperoni with mushroom pizza & chicken satay pizza
Psssttt, ninjiiiiiaaaaa forever favourite Boboboy seketul pabila berkunjung ke Courtyard by Marriot Penang ni tau3. Hand craft pizza by the Chef. Lembbuuuiiiittt di dalam dan rangup-rangup di hujung-hujung. Dengan topping yang meriah dan tidak kedekut langsung. Memang layan la pabila nikmati berkeping-keping
Bakso
BBQ section
Pssttt, limelight of the night ni wweeeeeiiiiii. Seriously memang the best of the best of the best hat ni ooiiiii. Limited item, dengan kambing eh, dengan steak eh, dengan udang eh saja. Tapiiiiiiiiii, setiap satunya memang terbaik dari segi rasa tau3. Tersangat fresh, dan terserleah keaslian kemanisan dan kewangian aroma setiap satu itemnya. Gravynya pun walau nampak simple, cair-cair ja, tapiiiiiiiiiii, penuh rasa tau3. Memang terbaik tak taaaaaauuuuu nak habbaaaaiiiqqqqq weeeii. WAJIB, terpaling wajib tau nikmati sepuas hati section BBQ ni tau3
PENCUCI MULUT
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment