Friday, January 24, 2025

Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Makan Best Di Penang

Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Makan Best Di Penang

Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Baiklah, hari ini saya akan berkongsi sebuah lagi port mapkan best di Penang. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown, dan nama eh Restoran Ayam Goreng Kee Chap.


Dari nama pun dah nampak unik kan3. Bukan setakat nama eh ja tau3, konsep yang ditampilkan juga unik tau3. Cozy, simple dan unik. Haaaaa, nak tahu lebih lanjut, ajiom layan ceritera bergambar pengalaman saya sekeluarga menikmati hidangan menu dari Restoran Ayam Kee Chap dibawah...............


Restoran Ayam Goreng Kee Chap


Menu utama pilihan kami di hari kejadian
v
v
v
v
v
v
v
v

Nasi goreng ayam Kee Chap, RM9.90 sahaja


Psssttt, nasi goreng eh macam smokey2 and ada rasa halia. Ayam goreng kee cha itu memang best makan panas2 tau3. Dicicah bersama dengan sos sambal istimewa Kee Chap itu lagi mengancam rasanya. Manakan tidak, ayam goreng Kee Chap ini merupakan resepi warisan sejak dari tahun 1998 tau3


Mee goreng ayam Kee Chap, RM9.90 sahaja


Sos sambal signature dari Restoran Kee Chap


Psstt, hanya RM 13.00 sebotol tau3. Boleh dimakan terus, dan membuat penaik rasa


Keropok lekor dengan sos sambal istimewa Kee Chap, RM7.90


Pisang goreng Kee Chap, RM8.90


Psssttt, pisang goreng ini istimewanya ialah bancuhan tepung resepi istimewa tersendiri dari Kee Chap tau3. Tidak akan dapat dekat tempat lain


Teh tarik ais


Pssttt, untuk air, terdapat dua pilihan iaitu teh tarik ais ataupun lemonade. Hanya tambah RM3 boleh dapat free flow drinks ok. Memang berbaloi-baloi


Bagi yang berminat ingin cuba boleh rujuk perincian dibawah ini :


Restoran Ayam Goreng Kee Chap
No 172, Lebuh Mc Nair, Georgetwon, Penang (berdekatan Deen Maju)
FB : Ayamgorengkeechap
IG : ayamgorengkeechap



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment