Monday, March 9, 2026

Seribu Satu Rasa Malaysia di Lexis Suites Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

Seribu Satu Rasa Malaysia di Lexis Suites Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

Seribu Satu Rasa Malaysia di Lexis Suites Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kita sambung lagi lokasi berbuka puasa best di Penang dengan Lexis Suites Penang. Sememangnya saban tahun sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Lexis Suites Penang tidak akan melepaskan peluang untuk menawarkan buffet berbuka puasa untuk para pengunjung. Dan untuk tahun ini dengan sukacitanya mempersembahkan Bufet Makan Malam Ramadan bertemakan “Seribu Satu Rasa Malaysia” yang akan berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam bertempat di Roselle Coffee House. 

Terpaling menarik untuk tahun ini ianya mengangkat keunikan cita rasa tempatan dan antarabangsa, dengan menampilkan lebih 100 hidangan istimewa yang diinspirasikan daripada pelbagai negeri di Malaysia serta sajian Timur Tengah dan Nusantara. Meh sini saya share pengalaman sewaktu menikmati juadah berbuka puasa di LExis Suites Penang. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah.


Seribu Satu Rasa Malaysia di Lexis Suites Penang 


Barisan pembuka selera, antaranya seperti aneka jenis ulam ulaman bersama sambal, seafodd on ice, aneka jenis kerabu dan ikan masin, kurama, rojak buah, bubur lambuk, buah-buahan serta yang terpaling menarik adalah pembuka selera dari timur tengah seperti humus, salad couscous, dan tabbouleh salad


Barisan menu utama seperti nasi tomato, nasi mandy, ayam masak merah, ayam percik kelantan, rendang daging minang, sambal petai udang, sotong masak hitam, ikan masak tempoyak, ayam perap Turki, kebab kofta daging lembu, dan ikan bakar


Kaunter satay ayam dan daging bersama kuah kacang, nasi impit, bawang dan timun


Kaunter ikan bakar dan roti John


Kaunter kebab ayam


Kaunter kambing golek


Kaunter Noodle dengan Mee udang


Kaunter sup tulang & gearbox


Barisan pencuci mulut dengan aneka jenis kek, puding, jelly, chocolate fountain, kuih muih tempatan dan juga sentuhan timur tengah seperti kunafa dan baklava


Section untuk kudapan anak-anak


ABC dan aiskrim


Barisan pilihan minuman panas dan sejuk


Seribu Satu Rasa Malaysia di Lexis Suites Penang 


Harga Promosi
RM128 nett – Dewasa
RM98 nett – Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM68 nett – Kanak-kanak (7–12 tahun)


Nikmati tawaran eksklusif:
Beli 10 orang, PERCUMA 1 orang
Tempahan 20 orang ke atas layak menikmati harga istimewa
Kelainan Setiap Minggu

PAKEJ ISTIMEWA (Korporat & Kerajaan)


Bufet Ramadan kali ini turut menampilkan tema berbeza setiap minggu:
Minggu Pertama: Cita Rasa Kampung & Hidangan Timur Tengah
Minggu Kedua: Selera Utara & Pesta Sajian Arab
Minggu Ketiga: Warisan Nusantara & Malam Sajian Arab
Minggu Keempat: Rasa Borneo Bertemu Sajian Timur Tengah



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment