Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2017

3:50:00 PM

Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2017

Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2017

Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2017 | Assalammualaikum & selamat petang semua. Oklah, untuk entry kali ini saya ingin sambung lagi kisah perkongsian pilihan Buffet Ramadhan yang best di Pulau Pinang. Iyerla, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi kan3. Kalau nak dikutkan memang bertingkek2 pilihan yang ada dalam memilih lokasi berbuka puasa bersama keluarga. Dengan Penang yang memang dikenali sebagai syurga makanan, dari pilihan buffet ramadhan di hotel, bazar ramadhan & tidak ketinggalan restoran-restoran. So, sebagai satu kaedah bantuan (cecewah) untuk anda semua, bolehlah (kalau sudilah kan3) anda rujuk review dari saya yang tak seberapa ini (cecewah lagi :P).

Untuk kali ini saya akan berkongsi pengalaman menikmati Buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang. Untuk makluman semua, dahulunya hotel ini dikenali sebagai The Royale Bintang Penang yer (dibawah jenama Royale Chulan Hotel&Resorts & diuruskan oleh Bousted Hotels&Resorts Sdn Bhd).


Wefie sebelum menikmati juadah berbuka puasa di Royale Chulan Penang

Pelbagai Seleksi Makanan Bertempat di Sri Tanjung Cafe | Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang 

Pelbagai Seleksi Makanan Bertempat di Sri Tanjung Cafe | Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Untuk tahun ini, Royale Chulan Penang menawarkan seleksi pilihan makanan yang bertemakan "Selera Ramadhan, Macam-macam Ada........". Ianya memberi peluang untuk para pengunjung merasai sendiri menu-menu masakan yang bercirikan sajian traditional tempatan dari Pulau Pinang.

Dengan mengetengahkan konsep "buffet line & action stall", maka dengan ini silalah bertabah dengan menunya yang bertingkek2 he3. Oklah, tanpa membebel lebih panjang, adalah lebih afdhal jika kita teruskan sahaja ke ceritera bergambar dibawah he3.

Antara susun atur 'table seating' di dalam Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang
Luas & selesa


Buffet Line Main Dish 1
v
v
v
Nasi putih, udang masak sweet&sour, spaghetti sambal sotong, daging salai pulut kuah lemak & ikan keli goreng berlada

Buffet Line Main Dish 2
v
v
v
Nasi tomato, ayam masak merah madu, kari ikan tenggiri bendi, kambing bahmia, mix vegetables, & kepah masak cili padi pedas

Buffet Line Main Dish 3
v
v
v
 Kerabu (taugeh, pucuk paku, tanghoon, sotong), acar timun nenas, acar rampai, sambal ikan bilis tempe & rojak buah

 Condiments (sambal belacan, tempoyak, budu, sambal belimbing, sambal pudina, air asam limau, sambal cili mangga, tartar sauce, 1000 island, & shallot vinaigrette) & ulam-ulaman kampung (6jenis)

Keropok (ikan & papadom), telur masin & ikan masin

Buah-buahan & tauhu sumbat

 Dessert Line 1
v
v
v
Sago gula melaka, manggo pudding & mini cream caramel


Chocolate bread&butter pudding, apple strudle & sago pengat pisang

 Dessert Line 2
v
v
v
Pandan panna cota, orange&lime mousse, chocolate  fruite mousse &  fuit jelly shooter


Assorted french pastries & butter cake

Assorted Malay kuih

 Action Stall Roti Canai & Murtabak

Action Stall Penang Char Kway Teow


Antara seleksi 'action stall' di luar kawasan cafe

Action Stall Nasi Beriani Gam & Kambing Panggang Golek 

Action Stall Sate Ayam & Daging

Action Stall Ikan Bakar


Action Stall Cucur Kerang Berlauk

Action Stall Ayam Goreng Berempah

Action Stall Apam Balik


Action Stall Sushi Sotong Kerabu Mangga, Brown Cuttlefish & Sup Tulang Rawan Berempah

Action Stall Ais Kacang & Aiskrim


Action Stall Jus & Teh Tarik

Haaaaaa, macam mana??? Pening nak buat pilihan?? He3. Apapun nasihat saya untuk anda semua, biar rasa sedikit2 tapi dapat menikmati semua juadah, supaya tak menyesal apabila telah pulang nanti :p.

Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang

Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Setiap kali review makanan, saya pasti akan kongsi dengan anda semua tentang makanan kegemaran saya pada malam kejadian kan3. So kali ini, masih serupa. Kalau tekak anda adalah sama seperti tekak saya, maka silalah pastikan anda juga cuba seleksi makanan seperti saya he3.

Paling WIN
Nasi beriani & hirisan kambing panggang

Pssttt, saya makan tanpa berkuah langsung yer, memang tip top (3kali tambah :P)

Untuk plate ini, saya paling suka kepah masak lemak ituuuuuuu
Slurp2, saya hirup kuah eh tau3

Sate ayam dengan kuah kacang pun superb
Peberet anak seketoi iols ni tau3

Untuk dessert pulak, yang menjadi pilihan hati Boboboy dah tentu la ABC kan3, untuk saya pulak
v
v
v
v
v
v
Sagu Gula Melaka
Memang WIN.........
Cukup lemak
Cukup lembut
Cukup manis


Inilah bukti muka kegembiraan kami 3 beranak menikmati juadah berbuka puasa di Royale Chulan Penang

Ikhlas dari hati......
~~~ TERIMA KASIH ~~~
Ms Vayshnavee & Ms Jacklynn for the invitation
Baru sekali jumpa dah mesraaaaaaa

Haaaaaaaaa, anak seketoi berbunga2 mendabik perut kekenyangan he3

Last but not least
Saya layoq sekali lagi gambar Kambing Panggang Golek yang merupakan signature dish WAJIB cuba di Royale Chulan Penang

Maklumat Buffet & Lokasi | Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang 

Maklumat Buffet & Lokasi | Selera Ramadhan, Macam-macam Ada Di Royale Chulan Penang | Kepada anda semua yang berada di Pulau Pinang atau yang berdekatan atau yang tiba2 berada di Pulau Pinang & berdekatan, silalah jangan segan2 untuk mencuba Selera Ramadhan, Macam-mcam Ada di Royale Chulan Penang. InsyaAllah anda akan balik dengan perut kenyang dan hati yang lapang he3. Untuk maklumat terperinci tawaran & harga buffet boleh rujuk di bawah yer sayang-sayang semua.







~~~ The End ~~~

You Might Also Like

5 comments

  1. Salam Sha.nice entry..rumah pun dah baru..keep it up! he he.

    ReplyDelete
  2. Ishk...issshhkkkk...ishkkkkkkk... rase nk memnangis perut ni tgk makanan tu semua

    ReplyDelete
  3. Banyaknya stall,nak makan semua mesti tak larat. Cucur kerang tu, 1st time saya tengok.

    ReplyDelete
  4. kita pantang tengok part dessert tu... aiyaaaa

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati