Monday, May 29, 2017

Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017

Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017

Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017

Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017 | Assalammualaikum & selamat tengah hari semua. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin & muslimat. Moga Ramadhan kali ini membawakan keberkatan untuk kita semua.

Alhamdulillah, kita telah pun memasuki hari ketiga berpuasa. Saya pasti menu untuk berbuka puasa menjadi salah satu 'concern' kan3. Tambah-tambah bagi kita para wanita & Ibu. So pada hari ini, dengan penuh rasa bertanggungjawab (cecewah), saya akan meringankan beban anda. Saya akan berkongsi dengan anda semua satu tempat/lokasi yang boleh anda masukkan di dalam senarai berbuka puasa anda iaitu di Georgetown City Hotel.


Ibu, Opah & Boboboy 
Keterujaan kami 3 beranak untuk menikmati juadah berbuka puasa di Georgetown City Hotel

Mengimbau Kenangan Dengan Tema Selera Kampung | Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel

Mengimbau Kenangan Dengan Tema Selera Kampung | Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Bersesuaian dengan tema yang di ketengahkan, menu-menu yang ditawarkan bersempena dengan buffet ramadhan adalah secara keseluruhannya bercirikan hidangan traditional Melayu. Walaupun begitu, diselit juga serba sedikit hidangan-hidangan lain seperti berasakan BBQ, chinese style, mamak style & juga fusion style. Untuk makluman anda semua, menu yang dihidangkan adalah berbeza untuk setiap hari tau. Tanpa membebel dengan lebih panjang, mari kita layan ceritera bergambar pada hari kejadian di Georgetown City Hotel.

 Barisan pertama Buffet Line a.k.a Ulam-ulaman section & BBQ section

Ulam-ulaman section
v
v
v
v
 Ulam-ulaman bersama air asam & sambal belacan

Tauhu sumbat, keropok, papadom, kerabu taugeh & kerang, ayam & tanghoon, kerabu betik & ikan masin

 BBQ section
v
v
v
v
Pelbagai jenis ikan, ayam, kambing, sosej & daging lembu

 Bubur & Sup section
v
v
v
v
Bubur lambuk & sup kambing

Main Menu section
v
v
v
v
 Nasi putih & nasi beriani

 Daging rendang, ayam masak ros, dalca, & 'stir fried black pepper prawn'

 'squid thai style', 'fried mixed vegetables', 'fillet seabass with kerabu sauce' & 'braised lamb with rosemarry sauce'

 ABC corner & Mee Ketam
v
v
v
v
ABC topping
+
 Aiskrim

Mee Ketam

Fruits & beverages section
v
v
v
v
 Minuman panas

Aneka pilihan buah-buahan

Dessert section
 v
v
v
v
Rojak Buah


 Assorted pudding & cake

 Assorted Malay traditional kuih

 Kurma, sago gula melaka & bubur kacang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel

Menu Pilihan Dari Hari Seorang Blogger | Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Menu yang bertingkek-tingkek, tetapi sudah pasti akan ada menu yang bertakhta di hati kan3. So, mari sini saya kongsikan bersama anda semua, apakah menu yang terus terpahat di hati saya pada malam kejadian tersebut.


Sekali lagiiiiiiii
Sila jamu mata dengan gambar kami 3 beranak sebelum kami mula santap he3

My 1st full plate

My 1st BBQ plate

My 1st dessert plate

Pssttttt, semua yang saya dedahkan disini hanyalah "1ST PLATE' yer. Untuk pinggan kedua, ketiga dan seterusnya 'nan-hado' saya snap gambar kerana kusyuk menikmati :P he3


Minuman panas & sejuk pilihan kami

ABC yang penuh ketamakkan kekacangan he3

Mangkuk penutup saya pada malam kejadian a.k.a mee ketam

Antara semua menu dan pinggan yang tercetus pada malam kejadian itu, menu paling WIN dihati saya adalah......
v
v
v
v
v
v
v
BBQ

LAMB CHOP
&
CHICKEN CHOP

Psstttttt, saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi untuk BBQ section memang SUPERB tau3. Perapan grill dia tip top, di tambah lagi dengan sos black pepper, peerrghhhhh. Memang meletop-letop dalam mulut. Lagi satu, lamb dia memang leeemmbuuuttttt & juicy. Memang bila kita kunyah tak terasa, tahu-tahu jer dah nak habis sepinggan. Dengan itu saya sanggup ulang beratur 3-4kali tau3. Oppssss, terbocor rahsia saya he3 :P


MEE KETAM

Pssstttt, kuah mee ketam ni memang seeeedaaapppp. Tak perlu nak ambil isi ketam yang menari-nari dalam periuk itu, kuah dia sahaja dah cukup. Saya ni sebenarnya dah nyaris-nyaris nak skip merasa mee ketam ini sebab dah full-loaded pada malam kejadian. Tapi disebabkan hasutan rakan-rakan blogger, saya tepis jugak sedikit ruang untuk masukkan mee ketam ni he3 dan ternyata kali ini saya nyaris nak tambah untuk mangkuk kedua. Dasar tak sedar diri perut dah overloaded he3

Dessert paling mengancam a.k.a SAGO GULA MELAKA & BLACKFOREST CAKE

Pssttt, aduuiiii, dugaan betul buat entry food review masa berpuasa. Lagi hazab bila tengok semula menu pujaan hati diri sendiri. Menangis sambil taip. Nak jilat skrin tak boleh sebab saya front office, ramaaaiii orang depan ni haaaaaa sob3


Maklumat Buffet & Lokasi | Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel

Maklumat Buffet & Lokasi | Ramadhan Iftar Buffet Dinner di Georgetown City Hotel | Untuk makluman terperinci bagi tawaran buffet dari Georgetown City Hotel, anda boleh rujuk risalah dibawah.



Buffet Ramadhan Dinner : Selera Kampung di Georgetown City Hotel, Pulau Pinang




~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment