Thursday, May 25, 2017

Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017

Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017

Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017

Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017 | Assalammualaikum & selamat tengah hari semua. Hari baru dengan entry buffet baru, maka sila bertabahlah membaca yer he3. Sepertimana yang telah saya janjikan, untuk hari ini mari kita sambung satu lagi pilihan terbaik yang ditawarkan oleh Cititel Hotel Penang bersempena bulan Ramadhan yang akan datang.

Sebagai sambungan dari entry saya sebelum ini a.k.a Ramadhan Iftar Buffet Dinnerkali ini saya akan terus berkongsi dengan anda semua keistimewaan "Japanese Buffet Dinner" di Cititel Hotel Penang. 

Seleksi Makanan Panas & Sejuk | Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang 

Seleksi Makanan Panas & Sejuk | Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang | Bagi para penggemar masakan Jepun, Cititel Hotel Penang adalah merupakan tempat yang WAJIB anda cuba tau. Pilihan makanan yang disediakan memang pelbagai & bertingkek2. Ianya menggabungkan pilihan masakan panas & sejuk. Sesuai sangat dengan tekak halkum dan lidah saya ni he3.

Sebagai satu penambahan, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, walaupun masih mengekalkan 'weekend themed buffet', tetapi pihak cafe tetap akan menerapkan beberapa masakan yang bercirikan traditional Melayu. Ini khusus bagi memberikan kepuasan untuk para pengunjung yang menggemarkan masakan Melayu.

Tanpa rasa segan silu, saya buat pengakuan bahawa pada hari kejadian, hati saya memang berbunga-bunga dan muka  berseri-seri apabila melihat barisan menu-menu yang ada tau, he3. Jom, saya belanja anda semua apa yang ada dimalam kejadian itu.


Barisan menu utama yang panas & menyelerakan
(Salmon gead teriyaki, wok fried crab with chilli & garlic, stir fried prawns with salted egg yolk, baked mussels with chilli mayonnaies, beef teriyaki, spaghetti, fried rice)

Assorted sushi section

Miso broth (with salmon, corn kernel, chinese cabbage, daikon, shitake&tofu) and cauliflower soup

Mushroom Mushi

Assorted fried items (tempura, tarts, spring rolls, dim sum) & antipasto station (tomatoes, mushroom, capsicum, garlic)

Ramen & Udon Soup 

Rojak Buah

Kaunter Salad

Pelbagai seleksi pencuci mulut
(kek, puding, pastri, tart, mousses, japanese rice balls)

Chocolate fountain section

Chocolate pudding with vanilla sauce & sweetened red bean puree with glutinous rice balls


Aneka minuman panas & sejuk


Aiskrim

Tu diaaaaa... betul kan3. Memang bertingkek2 menu yag terhidang. Terus terang ada antara menu yang saya tak dapat cuba disebabkan kesengkakkan perut yang teramat sangat. Walaupun telah dicuba sehabis baik untuk makan dalam amaun yang sedikit, tetapi bila dah mula makan tu, memang tiada makna lagi perkataan "SEDIKIT" itu he3 :p.


Pilihan Hati Dari Seorang Blogger | Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang

Pilihan Hati Dari Seorang Blogger | Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang | Seperti biasa, sebagai kaedah bantuan, saya akan berkongsi dengan anda semua menu pilihan saya di malam kejadian. Silalah layan gambar berceritera di bawah ini dengan penuh kusyuk yer he3.

Antara pilihan menu saya pada malam kejadian
Menu paling WIN dihati saya adalah
v
v
v
v
v
v
v
v
Stir Fried Prawns With Salted Egg Yolk

Beef Teriyaki

Baked Mussels With Chilli Mayonnaies

Chicken Pie
Saya makan bertingkek2 dengan kombinasi terbaik dibawah ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Marinated Mushroom

Peerrrghhhh, memang feel betul bila satukan dua menu diatas ni tau. Ish3, ni sambil taip sambil diri sendiri terliur, he3

Spaghetti ni menu kesukaan anak seketul saya a.k.a Boboboy

Pssstt, dua kali tambah, & Boboboy request untuk kali ketiga he3

Salmon Head Teriyaki

Ini merupakan satu lagi menu yang sehingga hari ini saya menyesal sebab tidak cuba pada malam kejadian, sob3. Semua orang memang puji bertingkek2 menu ni tau


My 1st dessert plate 
Menu paling WIN untuk kategori dessert dihati saya adalah
v
v
v
v
v
v
v
v
Red Velvet Cake

Pssttt, yang ini pun kesukan anak sektul saya tau3



Ketiga2 tart diatas ni memang superb tau


Maklumat Buffet Dan Lokasi | Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Japanese Buffet Dinner Di Cititel Hotel | Sebagai penutup, sekali lagi saya saya akan berkongsi informasi berkaitan buffet dan lokasi hotel untuk rujukan dan kemudahan anda. 


Japanese Buffet Dinner 
(Every Friday)
Roast&Grill Buffet Dinner
(Every Saturday)
Western Buffet Dinner
(Every Sunday)


Dewasa RM95.00 nett 

Kanak-kanak RM48.00 nett 





PROMOSI early bird : 
(belian dari 1-31 May 2017) 
Dewasa RM76.00 nett 
Kanak-kanak RM38.40 nett 


Untuk Tempahan 
tel : 04-291 1128
email : fnb@cititelpenang.com 




~~~ The End ~~~

4 comments:

  1. Meriah menu2 ada menu Japanese juga menarik

    ReplyDelete
  2. Sedap -sedap menu di sini ye. Yang nak bertukar selera jepun boleh la ke sini.

    ReplyDelete
  3. dengar katanya sedap.... wow... !

    ReplyDelete
  4. Smuanya sdap...bw slps terawih😀

    ReplyDelete