Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

11:39:00 AM

Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Masih lagi dalam fasa 'Media Review Buffet Ramadhan Best 2018 di Pulau Pinang'. Hari ini saya akan berkongsi ceritera Ramadhan buffet dinner di Eastin Hotel Penang. Jom bersama-sama saya menerokai warna-warni di malam kejadian gitew he3.


Ramadhan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang


Bertemakan Warna Warni Ala Kampung | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Bertemakan Warna Warni Ala Kampung | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Eastin Hotel Penang merupakan sebuah hotel kelas perniagaan antarabangsa kontemporari. Lokasinya yang strategik, iaitu berdekatan dengan 'waterfront development' di Queensbay, serta hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan kawasan bebas cukai Bayan Lepas, menjadikannya pilihan ramai.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, pasukan kulinari Eastin Hotel Penang telah menawarkan promosi istimewa beffet Ramadhan yang mengetengahkan barisan buffet yang bercirikan traditional dengan pelbagai pilihan deligasi masakan Ala Kampung. Ini dimeriahkan lagi dengan penggunaan tema 'Warna Warni Ala Kampung'. Dengan ini, tanpa melengahkan masa lagi, mari sertai saya menerokai kemeriahan warna warni yang disajikan di Eastin Hotel Penang.

Antara barisan buffet dan gerai aksi yang ada pada malam Ramadhan buffet dinner, Warna Warni Ala Kampung di Eastin Hotel Penang

Pasukan kulinari dari Swez Brasserie, Eastin Hotel Penang

Dimulakan Dengan Seleksi Pembuka Selera | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Dimulakan Dengan Seleksi Pembuka Selera| Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Seperti biasa, sudah pastinya sebagai mukadimah, mari kita layan ceritera bergambar seleksi pembuka selera di malam Warna Warni Ala Kampung, Eastin Hotel Penang.

Aneka ulam-ulaman (daun gajus, ulam raja, terung, kacang kelisa), sambal (belacan, cencalok, mangga muda, jelatah, kicap cili padi) dan ikan masin (gelama dan talang)

'Salad bar with condiments'

Aneka jenis jeruk buah

Pssstt, saya memang menyukai jeruk buah cermai dan jambu batu itu. Sedaaaappppp.

Ketupat, dan lemang berserta serunding (ayam & daging)

Seleksi Aneka Kerabu | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Seleksi Aneka Kerabu | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Sudah pastinya adalah WAJIB untuk menu bercirikan kerabu turut terhidang jika tema yang diketengahkan adalah 'Ala Kampung' kan3. Memang sinonim sangat. 

Haaaaaa, sila jangan rambang mata yer. Ini kerana buffet Ramadhan di Eastin Hotel menawarkan aneka pilihan kerabu. InsyaAllah, akan menambat hati para penggemar kerabu.


Aneka kerabu
v
v
v
v
Kerabu udang dengan soo hoon dan kerabu mangga

Kerabu sotong dan kerabu kaki ayam

Kerabu betik dan kerabu ikan bilis

Pssttt, sudah pastinya kerabu kaki ayam yang menjadi pilihan hati saya he3.

Seleksi Sup | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Seleksi Sup | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Bagi penggemar kambing atau penggemar makanan laut, atau kedua-duanya sekali, jangan bimbang, ini kerana Eastin Hotel Penang turut menawarkan seleksi sup bagi kedua-duanya.


Sup tulang rusuk kambing berempah

Pssttt, isi daging kambing yang memang mesra meresap rasa rempah ratus sup. 


Seafood tom yam putih

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Seterusnya, jom kita bersama-sama meneruskan penerokaan di malam Warna Warni Ala Kampung, Eastin Hotel Penang dengan hidangan utama. Iye, saya sedia maklum, sudah pastinya ini merupakan antara bahagian yang dinanti-nantikan kan3 he3.


Nasi putih dan nasi minyak puspawangi


Kambing panggang dengan sos capsicum berkrim serta 'chicken pomodoro'

Pssttt, isi kambing panggang memang lembut. Apabila dimakan bersama dengan sos capsicum berkrim memang penuh nikmat. Tanpa sedar saya telah makan dua keping he3. Kalau secara sedar tak tahu la berapa keping pulak yang saya makan kan3.

Pajeri mangga dan 'stir fried egg tofu with siew pak choy'

Ekor lembu masak ros dan daging kuzi

Sotong kembang masak cili kering dengan kekacang dan kam heong kupang

Udang masak tempoyak dan ketam masak cili ala temasik

Psstttt, haaaaaaa, menu ini memang menambat hati saya. Macam berjanji pulak ketam dan udang ini. Satu dimasak tempoyak, satu dimasak sambal. Dicampur keduanya sekali bersama memang warni warni sungguh malam saya pada hari kejadian. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin anda akan kata #eh3, peliknya campur masak tempoyak dengan masak cili, tapiiiiiiiiii, cuba anda campur jika anda jejak kaki ke buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang. Peerrrrghhhhh, saya slurrpp, sluurrpp, slurrppp sahaja kuahnya tau3

Seleksi Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Seleksi Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Juga merupakan satu 'section' yang terhangat di pasaran gitew kan3. Sudah pastinya bahagian gerai aksi. Sekali lagi para pengunjung akan terkesima dengan kewarna warnian yang ditawarkan di pelbagai seleksi gerai aksi di Ramadhan Buffet Dinner, Eastin Hotel Penang.

Gerai Aksi Kambing Golek
v
v
v
Kambing golek yang dipanggang dihidangkan bersama sayuran dan wedges berserta nasi istimewa

Psssttt, sudah pastinya ini merupakan gerai WAJIB pada setiap acara buffet Ramadhan kan3. Tambahan bagi penggemar kambing seperti saya dan suami. Sudah pasti WAJIB mencuba. Makanya apakah yang istimewa kambing golek di Eastin Hotel Penang. Haaaaaaaa, yang istimewanya adalah perapan daging yang berbbq itu. Sudah pastinya resipi rahsia lain daripada yang lain. Isi yang lembut, penuh jus dan berperisa rempah bbq. Wangiiiiii sahaja. Saya siap request bahagian kulit yang ala-ala rangup. Dicicah pula dengan sos tambahan
v
v
v
Pilihan sos pencicah (bbq, blackpepper, rosemary, thousand island dan mint mayonise)

Pssssttt, paling WIN sos bbq itu. Memang serasi bersama isi kambing panggang yang memang siap diperap bbq juga. Peerrghhhh, teringat-ingat dah ni haaaaaa. 

Gerai Aksi Gulai Kawah
v
v
v
 Kari kepala ikan salmon

Psssstt, salmon yang kucintai. #eh3. Saya nak pecah rahsia saya kepada para pembaca. Antara semua kepala-kepala ikan di lautan, kepala ikan salmon inilah yang menjadi pooojaaaann hatiku. Memang setiap kali kalau saya nampak ikan salmon, terus akan melompat-lompat seperti kera #eh3 keanak-anakan :p.

Gerai Aksi Sup Gear Box
v
v
v
Memang gedabak besar sungguh setiap ketul gear box di Eastin Hotel Penang

Pssstttt, oohoiiiii, geram betul melihat lelemaks itu. Kalau tak sayang kepala, memang saya ulang berkali-kali tau3. Tetapi malangnya saya mudah kena serangan sakit kepala kalau terlebih makan daging. Iyerlah, panas kan3. Tapiiiii, memang tak boleh tahan dengan godaan gear box ini.

Gerai Aksi Shawarma Ayam, Penang Char Koay Teow dan Mee Siam Berkuah
v
v
v
Shawarma ayam

Gerai Aksi Bubur Lambuk

Seleksi Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Seleksi Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Walaupun ini adalah antara juadah penutup, tetapi sudah pastinya ianya merupakan antara tarikan utama bagi mana-mana promosi buffet juga kan3. Tidak lain dan tidak bukan pencuci mulut.


Aneka buah-buahan tempatan dan import

Kek nangka manis

Pssstt, apa yang menjadi titik perhatian saya dan suami pada malam kejadian adalah NANGKAAAAA. Buah nangka dan kek nangka, peerrrgghhhh. Manis sungguh rasanya. Ini merupakan pertama kali saya nampak dan merasai kek nangka. Suka sangat dengan rasanya. 

Kek batik dan kek pandan kukus

Aneka kek dan kuih muih melayu

Aneka biskut Melayu dan kek ladu oren coklat


Sago gula Melaka

Bubur durian

Psssttt, haaaaaa, ada cerita disebalik bubur durian ni tau3. Semasa di awal ketibaan, saya sebagai blogger sudah pastinya akan memulakan sesi menangkap gambar. Encik suami menjadi peneman disisi la kan3. Iyerla menjadi pembantu peribadi puan isteri. Tolong buka penutup makanan, serta tolong cedok makanan semasa sesi bergambar gitew. Elok sampai ke destinasi bubur durian ini, encik suami buka sahaja penutupnya, terus senyum meleret-leret. Terus mula cakap nanti ambil dekat abang yang ini. Selagi tak ceduk ke mangkuk encik suami selagi itu la dia bergurindam tepi telingan puan isteri :p. Memang bau kuat menusuk kalbu tau3. Rasa durian itu memang terasa sangat. Asli dan original. WAJIB cuba.

Ais kacang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Sudah pastinya setelah berhempas pulas mengerah otot tekak dan perut :p. Maka dengan bangganya saya akan berkongsi rasa seikhlas hati saya, menu-menu pilihan pada malam kejadian he3. Jom layan bersama-sama.

Antara pinggan dan mangkuk saya bersama suami pada malam kejadian

Psssttt, ya ampuuuuunnn usus perutku. Memang berkerja OT pada malam kejadian he3 :p. Antara kesemua yang di atas, seikhlas hati yang meresap, menusuk kekalbu saya adalah >>>>>>>>>kambing golek, sup gear box daaaaannnnnn nangggkaaaaaa. Peerrghhhh, nangka dan daging seolah-olah menguasai diri saya dan suami pada malam kejadian. Memang manis dan juicy nangka (buah fresh dan kek). Ini merupakan kali pertama saya merasai kek nangka yer. Tapi memang teringat-ingat sehingga sekarang. Walaubagaimanapun, bagi otot tekak dan usus saya, top top meletop #eh3 yang paling WIN pada malam kejadian adalah......
v
v
v
v
v
v
Kepala ikan salmon

Pssstttt, segar bugar sungguh semua kepala ikan itu. Lemaknya, isinya serta tulangnya, semua saya kunyah dan telan hokeyh :P. Sedap dimakan goreng begitu sahaja. Rangup kriuk kriuk. Enak pabila dicicah di dalam kuah gulai yang pekat likat dan penuh dengan rasa rempah. Terasa diri sudah sampai ke  India telah kubelayar gitew he3. Sakan saya bermadah he3.

Seperti biasa, WAJIB belanja selfie suami isteri di malam kejadian :P

Pssttt, alkisahnya gambar ini menceritakan kronologi sesi ber-wefie suami isteri yang mengambil beberapa 'take'. Yang mana akhirnya encik suami sudah bosan maka mula menjeling, dan puan isteri membalas jelingan berserta tamparan di paha suami tersayam :P. Nampak suweeeett jer kan3, tapinya nak mendapatkan pose yang menepati citara seorang blogger memang sukar kan3 he3.

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang

Maklumat Buffet Dan Lokasi  | Ramadhan Buffet Dinner Di Eastin Hotel Penang | Untuk rujukan selanjutya, anda boleh rujuk risalah berserta maklumat lokasi di bawah.

Ramadhan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang

Tema
Warna Warni Ala Kampung

Tarikh
18 May 2018 - 14 Jun 2018

Masa
7.00 pm  - 10.30pm

Lokasi
Swez Brasserie

Harga
RM120 nett/dewasa, RM69.00 nett/warga emas & 50% diskaun/kanak-kanak

Promosi 'early bird'
RM100.00/dewasa

Laman sesawang

Facebook

Instagram




~~~ The End ~~~

You Might Also Like

2 comments

  1. Although this place is probably not cheap, but they are centrally located, have fabulous staff and delicious food, and most importantly, the best views of the city. I would definitely recommend these San Francisco venues for any kind of fancy event – all my friends talked about throwing parties here only.

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati