Thursday, April 5, 2018

Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang

Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang

Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang

Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang. APRIL 2108... sekarang sudah APRIL 2018... berhu-hu sajalah saya dengan blog kesayangan seketul ini. Sekejap ada sekejap tiada. Inilah yang terpaksa dilalui oleh part time blogger seperti saya. Apabila kerja dan kehidupan hakiki membuatkan segala jadual penuh, makanya terpaksalah me'mute'kan sementara blog kesayangan. Tetapi insyaAllah, saya akan tetap berblog tau3. Pasti jikalau ada kesempatan, coretan akan dibuat di blog kesayangan ini he3.

Uish, dah menjadi sesi luahan perasaan pulak entry ini. Berbalik kembali kepada motif entry ini, kali ini saya ingin berkongsi review sebuah tempat penginapan BAJET yang terdapat di Pulau Pinang. Haaaaaaaa, ini penginapan bajet yer semua, bukanlah penginapan berbintang-bintang. Walaubagaimanapun, bagi pengalaman peribadi saya yang menginap selama 2 hari 1 malam, ianya sesuai untuk percutian singkat keluarga. So, marilah kita sama-sama layaaaaannn review ikhlas dari hati seorang blogger gitew.


Leisure Cove Hotel & Apartment
Gambar ihsan dari laman web rasmi Leisure Cove


Deluxe Room (King Size Bed) | Leisure Cove Hotel & Apartments

Deluxe Room (King Size Bed) | Leisure Cove Hotel & Apartments | Untuk makluman, saya telah menginap di Leisure Cove Hotel & Apartments pada Oktober 2017 (nampak tak disitu #lontarbalakang :P). Ini kiranya seperti 'weekend getaway' untuk anak seketul saya. Motif utama cuma hendak luangkan masa malayan anak tidur di hotel dan mandi kolam renang/pantai.

Seperti biasa tempahan akan saya buat secara atas talian. Cumanya akibat dek kerana masa (dah namanya pun entry #lontarbelakang), saya telah terlupa tempahan dibuat di laman sesawang yang mana satu he3. Seingat saya, harga yang saya perolehi pada ketika itu kurang dari RM100.00/semalam. Anda boleh sahaja mencuba Traveloka atau Agoda atau Hotel.com atau Tripadvisor atau Booking.com atau Expedia. Haaaaaaaaaa, pelbagai option tempahan atas talian yang ada kan3. So silalah rajinkan jejari anda untuk search harga terbaik he3. Tanpa melengahkan masa lagi, jom layan ceritera review saya pada waktu kejadian.



Pintu masuk ke bilik Deluxe Room (King Size Bed), Leisure Cove Hotel & Apartments
Bersebelahan dengan pintu masuk adalah pintu ke ruang tandas/bilik air


Ruang meja kabinet TV

Psstt, bilik yang kami dapat pada hari kejadian mempunyai 'connecting room'. So maknyanya, jika anda datang ramai dan membuat tempahan lebih dari satu bilik, maka bolehlah request 'connecting room'. Dengan ini dapatlah berhubung antara dua bilik itu kan3.

Katil King yang luas dan selesa

Pssstttt, terdapat jugak almari baju dan ruang coffee making
v
v
v
Complimentary coffee/tea & mineral water


Bilik ini mempunyai kipas dan penyaman udara

Ruang tandas / bilik air

Tab mandi

Boboboy menikmati sesi rendaman buih di dalam tub mandi


Keluasan bilik bagi Deluxe Room ini memang luas tau. Kalau nak menginap beramai-ramai, boleh sahaaja bawa toto/comforter sendiri dan bentangkan di ruang hadapan rak TV. Boboboy memang berlari-lari sakan didalam bilik tau3.

Haaaaaa, sebelum saya terlupa. Ada satu maklumat penting yang perlu anda tahu apabila menetap disini, iaitu di dalam bilik TIADA kemudahan telefon disediakan tau3. Makanya jika apa-apa silalah 'tangkap' staff housekeeping ataupun sila rajinkan diri untuk turun ke lobby yer. Memang pada mulanya apabila saya mengetahui perkara ini, saya tidak berapa berpuas hati. Tetapi sepanjang menginap di sini, Alhamdulillah semuanya ok.


Rooftop Pool | Leisure Cove Hotel & Apartments

Rooftop Pool | Leisure Cove Hotel & Apartments | Kemudahan kolam renang bagi hotel ini terletak di tingkat atas sekali iaitu rooftop. Jom layan ceritera bergambar bagi sesi riadah kolam renang kami anak beranak.


Terdapat kolam renang kanak-kanak, kolam renang dewasa dan juga kolam jacuzzi

Dari ruang kolam renang memang anda boleh menikmatai pemandangan pantai yang cantik

Boboboy menikmati sesi renang di dalam kids pool 

Sarapan pagi di tepian kolam renang sambil melihat Boboboy berkuak lentang di dalam kolam renang kanak-kanak

Favourite spot Boboboy sudah pastinya jacuzzi pool

Boboboy berjacuzzi pool

Upah sekeping selfie dari Ibu dan Boboboy sebelum Ibu turut serta terjun ke dalam kolam

Video Ibu & Boboboy pooling session di pagi hari

Bagi kemudahan tepian pantai, harap maklum yang pantai bagi Leisure Cove Hotel & Apartments tidak sesuai untuk aktiviti riadah pantai ataupun mandi yer. Ini adalah kerana, pantainya merupakan port belayar (naik dan turun) para nelayan. Makanya, silalah menikmati kemudahan kolam renang sehingga lebam he3.

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Leisure Cove Hotel & Apartments

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Leisure Cove Hotel & Apartments | Kesimpulannya, memang hotel ini berbaloi dengan harga yer. Walaupun ianya bukanlah dalam kategori mewah ataupun hotel berbintang-bintang, tetapi kemudahan yang disediakan mencukupi. Maksud saya berbaloilah kemudahan yang disediakan itu dengan harga yang ditawarkan. Dah namapun HOTEL BAJET. 

Iyerlah, untuk makluman anda semua, kalau hendak diikutkan, kawasan tanjung bungah ini merupakan kawasan perlancongan juga kerana berdekatan dengan Batu Feringghi dan Gurney. Kebanyakan hotel yang ada adalah yang berbintang-bintang yang mana harganya tinggi, dan bagi motel/hotel bajet yang lain pula, kemungkinan masalah keselesaan (terutama bagi yang berkeluarga) akan timbul.

Saya secara peribadi, memang berpuas hati dengan Leisure Cove Hotel & Apartments. Keselesaan, kemudahan dan keselamatan adalah pada tahap yang baik. Memang sesuai untuk percutian keluarga. So, jika ada diantara para pembaca yang berminat dengan hotel ini, boleh merujuk perincian maklumat dibawah. Semoga dapat membantu ada semua.


Alamat : 
Leisure Cove Hotel & Aprtment
563, Jalan Wee Hein Tze,
Tanjung Tokong, 11200, Tanjung Bungah,
Pulau Pinang

No contact :
04-899 9593

Laman Web Rasmi : 
http://leisurecove.com.my/ 



~~~ The End ~~~

1 comment: