Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

3:16:00 PM

Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Kurang dari sebulan, kita akan menyambut ketibaan bulan mulia bagi umat Islam iaitu Ramadhan Al Mubarak. Di kala itu, sudah pastinya 'berbuka dimana?' akan menjadi persoalan popular.

Baru-baru ini saya telah diberi kesempatan untuk turut serta di dalam media majlis review bagi pelancaran Ramadhan Buffet Dinner di Lexis Suites Penang. Mari sertai saya menerokai keunikan buffet Ramadhan di Lexis Suites Penang.

Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan, Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang 

Bertemakan Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Bertemakan Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Lexis Suites Penang merupakan salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang yang pastinya akan menjadi pilihan para penggemar buffet. Berkesinambungan dengan kedatangan Ramadhan, pihak Lexis Suites Penang akan menawarkan pakej buffet Ramadhan dengan bertemakan Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan.

Menawarkan pilihan sehingga 100 menu masakan yang pelbagai. Daripada menu yang bercitarasa tempatan dan juga antarabangsa. Dari barisan 'buffet line' ke 'action cooking stations'. Hasil air tangan Eksekutif Chef, Chef Johno Fong bersama-sama barisan pasukan kulinari, sudah pastinya menu-menu yang terhidang akan menambat hati para pengunjung.

Antara barisan ''buffet line' di Rosselle Coffee House, Lexis Suites Penang

Psssttt, untuk makluman, 'buffet spread' yang akan ditawarkan pada bulan Ramadhan yang sebenar, akan lebih pelbagai. Sepertimana yang telah saya nyatakan di awal tadi ianya sehingga 100 menu masakan yer para pembaca. Manakala menu yang saya kongsikan pada hari ini adalah merupakan sebahagian sahaja dan merangkumi menu-menu utama dan 'speciality'. Seperti kebiasaan juga, menu untuk setiap malam adalah mengikut 'rotation' yang ditetapkan oleh ketua Chef. Dengan ini pilihan yang ada adalah dijamin meriah dan pelbagai insyaAllah.

Seleksi Pembuka Selera Dan Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Seleksi Pembuka Selera Dan Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Kita mulakan penerokaan dengan seleksi pembuka selera dan pencuci mulut yang ditawarkan pada malam kejadian he3.

Barisan 'buffet line' bagi pembuka selera dan pencuci mulut di Rosselle Coffee House, Lexis Suites Penang
v
v
v
v
Antara perincian menu yang ada :
Jeruk buah, buah-buahan tempatan, 'chocolate fountain' serta kurma

Pssttt, sudah pastinya 'chocolate fountain' menjadi antara titik fokus kan3. 

Kuih muih, snek dan biskut tempatan serta keropok/papadom
(biskut almond london, biskut badam coklat, biskut dam aji, kuih ondeh-ondeh, kuih lapis, kuih talam, pisang goreng, dan cekodok pisang)

Pssstt, saya terasa seperti telah tiba hari terbuka Hari Raya Aidilfitri pada malam kejadian kerana nikmat merasai segala biskut hari raya seperti rempeyek, tart nenans, putu beras, kuih dam. Aduiiiilaaaa, teringat-ingat la pula sambil menaip ni. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini untuk meneruskan tanggungjawab melangsaikan entry review ini, AMIN, he3.

Pulut daun palas, pulut kuning, nasi impit dan serunding

Pssstt, haaaaaaa nampakkan??? sekali lagi memang seperti berhari raya. Untuk makluman anda, pulut kuning Lexis Suites Penang ini memang sedaaaaappp. Cukup lemak, cukup rasa. Kalau saya ni tak beringat mahu berketul-ketul pulut itu saya makan.

Aneka kerabu dan telur asin

Ulam-ulaman serta sambal pencicah

Rojak Mambo

Pelbagai jenis kek, ceam puff dan mousses
(kek karot, kek strawberry, kek coklat)

Pssttt, rambang mata dengan juadah pencucui mulut di bahagian ini. Saya nak pecah rahsia ni haaa, semua kek di atas saya ambil tau2. tak boleh tahaaaaann. 

Ais kacang, aiskrim Nestle, aiskrim batang a.k.a aiskrim malaysia dan jajan/keropok paket

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Baiklah, seterusnya kita teruskan penerokaan dengan hidangan utama yang ditawarkan pada malam kejadian he3.

Gulai Udang Galah

Psssstt, ini merupakan 'signature dish' dan pastinya akan menjadi rebutan para pengunjung. Kuah gulai ini memang uumpphhhhh, sesuai sangat pabila isi udang galah dan roti benggali dicicah kedalam kuah yang pekat itu dan dimakan. Aduuiiiiii, sekali lagi terliur. Nasib seorang blogger makanan kan. Isu terliur yang tiada kesudahan he3

Selfie sekeping tuan blog dengan seketul udang galah he3

Nasi Hujan Panas

Udang nestum 

Ketam masak lemak

Ikan sweet & sour

Ayam percik serai wangi negeri sembilan dan ekor lembu masak merah

Gulai kampung ikan tenggiri dan gulai ayam kentang muda

Rendang daging dendang sayang dan sotong gong po

Hong Kong kailan berbawang putih dan ikan masin serta sayur lodeh

Psssttt, menu utama yang pelbagai dan cukup rasa ini pastinya tidak akan mengecewakan tekak para pengunjung. Ianya mengetengahkan masakan melayu asli dan juga campuran makanan cina dan india serta ada sedikit ciri-ciri fusion.

Seleksi Hidangan 'Speciality' | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Seleksi Hidangan 'Speciality' | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Akhirnyaaaaaa, kita tiba di bahagian yang dinanti-nantikan iaitu hidangan 'speciality' ataupun kepakaran bagi Buffet Ramadhan Lexis Suites Penang. Nak tahu apakah menunya, jom bersama-sama sekali lagi meneroka ceritera bergambar di bawah.


Kambing golek in the house uols

Psssttt, perapan kambing disediakan dari rempah ratus buatan 'homemade' Chef sendiri tau3. Inilah rahsia keunikan rasa yang terhasil. Memang ngam betul tau dimakan bersama nasi. Rempah ratus ini meresap sehingga kedalam isi kambing. Wangi semerbak, menggoda jiwa pabila lalu lalang berhampiran. Dengan ini dinasihatkan, apabila tiba waktu bulan Ramadhan nanti, sila jangan lalu lalang berhampiran kambing golek ini tau3, takut kurang pahala puasa pulak dok terliur he3 :p.

Encik suami berjejak kasih dengan kawan lama, Chef Azhari

Psstttt, encik suami saya ni dulu masa zaman muda remaja kerja di hotel jugak yer. Sebab itu kalau pergi hotel-hotel dalam Penang ni , memang akan ada adegan jejak kasih. Lama jugalah encik suami berkecimpung dalam dunia perhotelan, rasanya dekat 7 tahun.

Sup Gear Box

Psstttt, peerrrghhhhhh memang gedabak besar tau gear box di Lexis Suites Penang ni. Kuah tu jangan cakaplah, memang penuh rasa rempah dan lemak manis dari gear box. Memang terbaik.

'Emperror Seafood' sup

Bubur lambuk Kampung Melayu

Seleksi Hidangan 'Penang Street Delights' | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Seleksi Hidangan 'Penang Street Delights' | | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Tungguuuuuu duluuuu. Belum habis yer. Iyeeerrr, belum habis lagi perkongsian seleksi menu pada malam kejadian. Sila bertabahlah anda (seperti bertabahnya saya ini sambil menaip sambil telan air liur he3) untuk meneruskan lagi penerokaan Buffet Ramadhan Lexis Suites Penang. Kali ini, jom kita lihat barisan menu yang didalam kategori  'Penang Street Delights'.

Laksa

Pssttt, oohooiiiiiii kuah laksa ituuu. Kuah laksa itu sungguuhhhh menggamit. Saya masih boleh terasa wangi rasa ikan yang serasi bersama otak udang dan juga bunga kantan. Sekali suap, semerbak didalam mulutku ini he3.

Mee kari ketam

Keropok lekor

Sate ayam, sate daging dan kuah kacang

Barisan minuman sejuk dan panas yang boleh anda pilih

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Sudah namanya pun blogger makanan, dan dalam tugas review makanan, makanya sudah pastilah WAJIB untuk mencuba SEMUA hidangan kan3. Kalau iyer pun tidak mampu kesemua, tetapi sah-sah WAJIB mencuba majaroti menu yang ditawarkan. Barulah boleh berkosngi rasa dan pilihan hati dari perspektif kaca mata seorang blogger.

Sejak dari dulu saya sudah pasti jikalau berkunjung bagi review buffet, konsep yang saya amalkan adalah biar sedikit-sedikit, tetapi rasa semua he3. Pssstt, walaupun banyak je menu yang masuk dari anak tekak dan kedalam perut saya yang jauh dari sedikit :P. Apapun, jom saya kongsi menu apakah yang menjadi pujaan hati saya.

Our bowl of the Udang Galah

Psssttt, seriously WAJIB cuba makan dengan roti. Memang terasa umpphh kombinasi kuah gulai, isi udang dan roti. Perfect match

Our main dish plates

Psstttt, saya paling suka ekor masak merah. Sekali lagi memang uumppphh bertingkek2 tau ekor tu. Ya Allah, memang sedap tak tahu nak cakap. Compliment to the Chef for this SUPERB menu. Paling WIN.

CKT kambing

Pssstttt, unik kan3. Kali pertama saya menjumpai dan merasai CKT kambing. Peergghhh, memang terasa kombinasi yang unik.

Mangkuk laksaku

Pssttt, this is how I LOVE my laksa to be. Simply just the laksa + the gravy + otak udang + bunga kantan. Peerrghhhhhhh.

Teh tarik 'berhantu'

Psstttt, nak tahu kenapa saya kata 'berhantu'???. Sekali rasa confirm akan nak rasa lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Saya sebenarnya pada malam kejadian mengalami sakit tekak. Memang dalam tempoh pantang ais. Tapiiiiiii, semua disebab Encik Suami, yang saja menayang bergelas-gelas teh ais yang dia ulang-ulang minum. Saya cuba rasa dan sesudah itu saya pun sama naik bergelas-gelas teh ais. he3

Penghahrgaan khas buat Mr Jason Chee kerana sudi mengundang kami untuk turut serta pada malam Media Review Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang


Antara rakan media yang hadir bersama-sama


Akhir sekali WAJIB selfei sekeping tuan blog dengan encik suami kesayangan he3

Maklumat Buffet dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang

Maklumat Buffet dan Lokasi | | Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang | Saya pasti sudah ada diantara pembaca blog saya yang sudah tidak sabar untuk merasai sendiri keunikan dan kemeriahan juadah Ramadhan Buffet Dinner Di Lexis Suites Penang. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk perincian di bawah.


Ramadhan Buffet Dinner

Tema 
Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan

Tarikh 
31 May 2018 - 14 Jun 2018

Masa 
6.30pm - 10.00pm

Lokasi 
Roselle Coffee House, Lexis Suites Penang

Harga
RM 98.00 nett (Dewasa), RM70.00 nett (Warga Emas), RM50.00 nett (Kanak-kanak)

Promosi ' early bird'
RM 70.00 nett (Dewasa), dari 17-23 May 2018
RM 78.00 nett (Dewasa), dari 24 - 30 May 2018

Laman Sesawang
www.lexissuitespenang.com

Facebook
Lexis Suites Penang

Instagram
lexissuites




~~~ The End ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati