Wednesday, May 2, 2018

Jom Beriftar Di The Wembley Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Jom Beriftar Di The Wembley Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Jom Beriftar Di The Wembley Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Jom Beriftar Di The Wembley Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Selamat kembali bekerja selepas bercuti sempena Hari Buruh. Jangan ada yang 'Wednesday blue' yer he3. Harini ini kita akan langkau entry WW, dan saya akan jamu anda semua dengan ceritera media review buffet Ramadhan 2018 yang seterusnya iaitu di The Wembley Hotel Penang.


Webley Cafe, The Wembley Hotel Penang
Media review buffet Ramadhan 

Pssttt, jutaan terima kasih kepada Ms Jay & Ms Nicole diatas jemputan dan layanan mesra sepanjang majlis. Tidak sabar menantikan kerjasama yang akan datang yang lebih meriah gitew kan3 he3


Jom Beriftar dengan 'Sumptuous' Buka Puasa Buffet | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Jom Beriftar dengan 'Sumptuous' Buka Puasa Buffet | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | The Wembley Hotel Penang adalah merupakan sebuah hotel di bawah St Giles Premier Hotel. Ianya mempunyai pelbagai cawangan diseluruh dunia seperti di Asia, Australia, Europe, dan North America. Bersesuaian dengan konsep asas St Giles Premier Hotel yang menyinar dengan ciri-ciri kemewahan vantage, maka bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan, buffet yang ditawarkan juga memaparkan tema yang sama iaitu Jom Beriftar dengan 'Sumptuous' Buka Puasa Buffet. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama melihat sendiri kerlipan kemewahan pada malam kejadian.


Barisan buffet yang berkelipan dengan kemewahan dan lampu lip-lap di acara media review buffet Ramadhan Jom Beriftar dengan 'Sumptuous' Buka Puasa Buffet, di Wembley Cafe, The Wembley Hotel Penang

Pssstt, rekaan dalaman Wembley Cafe memang terselah ciri-ciri kemewahan. ditambah dengan kerlipan lampu chandelier yang tergantung dan barisan buffet serta 'table sitting' yang turut melengkapi konsep vantage mewah.


Muka keceriaan kami sekeluarga sementara menantikan acara bermula

Psstttt, ni kira few snap diawalnya sahaja yer. Pabila dah masuk ke snap yang tiga mulalah dua ketul jejaka kesayangan saya bertukar.....
v
v
v
Seketul Boboboy dengan memek muka yang entah apa-apa dan seketul lagi suami tersayang dengan senyuman yang dah tak berapa nak ikhlas :P
Seterusnya....
v
v
v
Seketul tuan blog yang tidak diendahkan sob3
Seketul suami yang dah mula sibuk dengan handphone, dan seketul Boboboy yang mula sibuk dengan godies bag dari The Wembley Hotel Penang :P

Permulaan Dengan Seleksi Pembuka Selera  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Permulaan Dengan Seleksi Pembuka Selera | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Pada setiap buffet pastinya ianya harus dimulakan dengan pembuka selera. Uniknya di Wembley Cafe ini, pembuka selera yang disajikan adalah berkonsepkan kemewahan pelbagai unsur masakan (barat, timur dan tempatan). Nak tahu apa yang mewahnya, jom layan ceritera bergambar di bawah dengan barisan seleksi pembuka selera pada malam kejadian.


Seafood on ice
(snow crab leg, ketam bunga, tiram, kupang, scallop, udang harimau, slipper lobster, yang enak dicicah bersama lemon, sos tabasco, oriental dressing dan sos koktail pedas)

Pssttt, mewah kan3. Dengan tiramnya, dengan snow crabnya, dengan lobsternya, dengan udangnya. Peerrrghhhh, pasti ini akan menjadi titik fokul penggemar makanan laut segar.

Pizza


'Mixture' pembuka selera bercirikan masakan barat, asia dan sudah pastinya tempatan dengan sate ayam&daging, fried dim sum, fish&chips, keropok (ikan&papadom) serta pelbagai sos pencicah yang boleh disesuaikan dengan citarasa masing-masing

Jeruk buah tempatan, keju, biskut dan kekacang


Salad dengan pelbagai jenis 'dressing' yang boleh dipilih

Pembuka selera bercirikan kemelayuan iaitu ulam-ulaman dengan pelbagai sambal berserta ikan masin dan tidak ketinggalan buah kurma



Pembuka selera  bercirikan masakan timur iaitu Japanese cuisine
(shashimi, shushi dan cold cuts dengan pelengkap/pencicah seperti shoyu, sweet sauce, wasabi dan jeruk halia)


Seleksi Hidangan Utama  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Masih mengekalkan konsep 'mixture' antara ciri-ciri masakan barat, asia dan tempatan, seleksi hidangan utama yang diketengahkan oleh Wembley Cafe ini sudah pastinya unik dan lain daripada yang lain.

Kacang panjang goreng dengan lobak merah dan telur  (Malay style) 
Tauhu dengan kerabu mangga bersama sos cili manis


Ayam percik
Ayam masak lemak cili api


Kari Nyonya ikan siakap
Daging masak berlada


Baked scallop with chilli mayo
Udang goreng berkari


Sotong masak kunyit
Isi udang lipan goreng telur asin


Spaghetti with asian prawn broth


Nasi goreng dengan kerepek XO

Hidangan 'Carving' Dengan Kuzi Kambing  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Hidangan 'Carving'  Dengan Kuzi Kambing | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Kuzi kambing ini adalah merupakan antara tarikan di buffet Ramadhan dan merupakan 'speciality' chef Kam, Eksekutif Chef bagi Wembley Cafe.


Kuzi kambing bersama sos pencicah dan nasi beriani
v
v
v
v
Sos pencicah khas dari resipi rahsia Chef yang memang enak dimakan bersama kuzi kambing

Kuzi kambing yang penuh dengan rempah ratus


Nasi beriani


'Lor Ark Stall'  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

'Lor Ark Stall' | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Haaaaa, ini merupakan satu menu yang paling unik (pada pandangan saya) dan sukar untuk didapai di hotel lain. Memang setiap tahun, ianya merupakan gerai yang WAJIB saya kunjungi apabila menjamu selera di buffet Ramadhan The Wembley Hotel Penang ini.

Lor Ark Stall
v
v
v
Ayam, itik, tofu dan telur

Pssstttt, kesemuanya adalah hasil perapan istimewa. Memang boleh dihidu dan dirasai segala rempah ratus. Sepertimana yang telah saya maklumkan, ini antara makanan WAJIB yang saya ambil pabila berkungjung di buffet Ramadhan Webley Hotel Penang. Segala itik, ayam, telur, tofu dan kaki ayam itu direbus dalam rempah ratus yang menghasilkan rasa unik dan 'broth' yang penuh rasa. Terasa segar pabila menghirup 'broth' herba bersama isi itik dan ayam yang dihiris. Peerrghhhh, teringat la pula he3.


Terdapat juga bubur nasi kosong yang boleh dimakan bersama condiments asas

Seleksi Sup  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Seleksi Sup | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Bagi penggemear daging, jangan risau. Ini kerana 'craving' anda yang dahagakan ketulan daging ketika berbuka puasa pasti akan tertunai di Wembley Cafe he3. 

Gear Box
v
v
v
Sup Gear Box dan sup cendawan

Psssttt, nampak tak pekat dan likat kedua-deua sup diatas. Walaupun berbeza latarbelakang #cecewaahh. Satu berasakan tempatan dan satu lagi berasaskan barat, namun rasa kedua-duanya memang sama isitu SEDAP, sekian he3


Kemeriahan Dan Kemewahan Pencuci Mulut  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Kemeriahan Dan Kemewahan Pencuci Mulut  | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Akhirnya, kita tiba juga ke bahagian yang paliiiiiinngggggg meriah dan mewah (bagi saya la kan3), iaitu bahagian pencuci mulut a.k.a DESSERT. Makanya sebelum kita sambung, adalah lebih afdhal jika saya maklumkan terlebih dahulu bahawasanya bahagian ini panjang yeeeerrr. Anda akan dihujani dengan gambar-gambar yang bertingkek-tingkek gitew :P. Sila bertabah, tarik nafas dan mulaaaaaaa..................

Sebahagian 'dessert section' di buffet Ramadhan Jom Beriftar dengan 'Sumptuous' Buka Puasa Buffet, di Wembley Cafe, The Wembley Hotel Penang
v
v
v
Pelbagai jenis kek, tart, pastries,jelly dan kuih muih tempatan

Pssttt, untuk makluman anda, ISTIMEWAnya dessert di Wembley Cafe pada tahun ini adalah kerana ianya menawarkan seleksi pencuci mulut yang berasaskan DURIAN. Iyeeerrrrr, durian tau3. creampuffnya, keknya. Haaaaaa, apa tunggu lagi penggemar durian, sila serbuuuuuu he3.


Terdapat juga pulut dan lemang berserta serunding

Bahagian aiskrim dan chocolate fountain

Aneka pilihan subjek yang boleh dicelup-celup didalam likatan coklat cair dan seterusnya diakhiri dengan taburan 'topping'

Aiiiisskrrriiiiiimmmmm

Psssttttt, Ok ini memang mencabar. Mencabar sangat untuk saya sebagai blogger sambil menaip sambil menjeling aiskrim diatas. Boleh ketagih tau makan aiskrim ini. Kononnya nak one scoop, last2 habis sehingga 3scoop he3.

ABC

Pssttt, sila abaikan jelmaan entiti dibelakang gerai ABC ini yer :p

Seleksi buah-buahan tempatan dan antarabangsa serta rojak buah

Minuman sejuk

Minuman panas

Pssttt, ini semua barisan minuman orang ada-ada gitew kan3 :p. Iyerla segala mak nenek jenis coffee anda boleh cuba rasai disini. Saya nak sebut nama satu-satu pun tak reti. Yang pastinya encik suami memang menyukai secawan expressonya.


Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di The Wembley Hotel Penang | Seperti biasa saya akan berkongsi menu pilihan dari hati seorang blogger. Iyerlah saya faham tekak kita asing-asing, citarasa pun bukannya semua sama kan3. Apapun, perkongsian saya ini diharap dapat memberi serba sedikit panduan cecewah untuk anda. Itu sahaja.

Kami tiga beranak yang kegembiraan sewaktu menjamu selera

Psssssttt, mahunya tak gembira. Dengan seleksi pilihan makanan yang memanggil-manggil kan3 :p


Seorang sepinggan gitew

Psssttt, jangan tertipu yer. Ini pinggan permulaan sahaja. santek berseri ja susunannya sebelum di robek-robek he3. Sepinggan Ayah punya, sepinggan Ibu punya dan sepinggan Boboboy punya.

Semangkuk sup Gear Box

Pssttt, Ibu dan Ayah berkongsi yer. Kawal la kononnya :P. Ikutkan nafsu serakah memang bertambah, tapi kutahan juga jebat. Memang slurp-slurp sahaja lelemak dan daging itu tau3. Lembuuutttttt, wangiiiiiiiii. Anda dapat rasai tak bila saya cakap wangi? Bettuuulll, memang wangi. Saya ni sampai sekarang macam terbau lagi wanginya bau rempah ratus sup itu bersama bau daging dan lemaknya. Beginilah nasib seorang penggemar daging seperti saya he3. Aduuiiiii, mengucap lagilah saya sambil menaip.


Pinggan dan mangkuk pencuci mulut pilihan hati kami tiga beranak
v
v
v
Tu diaaaaaaaaa
Boboboy dok slurp sakan aiskrim coklat dia he3

Antara semua, yang paling WIN dihati saya adalah.......
v
v
v
Braised duck and chicken

Pssttttt, seedaaaappp, memang sedaaappppp. Alahaaiiii, sedap sangat. Iyerla, susah saya sebagai orang Melayu untuk dapat merasai dan menikmati hidangan seperti ini. Memang sebenarnya memang disini sahaja saya dapat merasainya. 

Udaaannggggg lipaannnn

Psssttt, enak diratah begitu sahaja. Rangup dan lemak manis udang itu dilengkapi lagi dengan rasa masin dan lemak dari telur masin. Memang menu terbaik la.


Creeaaamyyyyy mushroom soup

Psssttttt, haaaaaa, dari tahun lepas membawa ke tahun ini. Kesukaan yang yang tidak dapat dibendung lagi bagi Boboboy. Dia memang ingat dan akan fokus pulun sup cendawan ini tau3. 


Puteri bersiram

Pssstttt, sekali lagi sila benarkan saya meroyan kesedapan. Memaaaannngggg sedaaaaaaap ya amattttt. WAJIB yerrrr memang WAJIB cuba yang ni.


Maklumat Buffet Dan Lokasi | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Maklumat Buffet Dan Lokasi| Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Untuk rujukan selanjutya, anda boleh rujuk risalah berserta maklumat lokasi di bawah.






Tema
'Sumptuous' Buka Puasa Buffet

Tarikh
31 May 2018 - 14 Jun 2018

Masa
7.00 pm  - 10.00pm

Lokasi
Wembley Cafe

Harga
RM120 nett/dewasa, RM84.00 nett/warga emas (55th keatas) & RM 60.00 nett/kanak-kanak (6-12thn)

Promosi 'early bird'
RM96.00 nett/dewasa

Laman sesawang

Facebook





Last but not least, saya belanja gambar penuh kegembiraan bersama-sama dengan rakan blogger dan keluarga di malam kejadian.



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment