Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang
Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang
Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Hari ini merupakan Jumaat terakhir di bulan Syaaban. Jumaat akan datang kita akan menyambutnya di bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah, kita akan bakal berjumpa sekali lagi dengan bulan mulia bagi semua umat islam.
Pada 3 May 2018, Royal Chulan Penang telah mengadakan media Review bagi buffet Ramadhan 2018. Saya telah diberikan kesempatan untuk sama-sama terlibat di dalam acara yang meriah tersebut. Dengan ini mari saya kongsikan bersama anda ceritera di malam kejadian.
Media review buffet Ramadhan 2018, Hotel Royale Chulan Penang
Bertemakan Bazaar Ramadhan | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Bertemakan Bazaar Ramadhan | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Pada tahun ini, pihak Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang telah mengetengahkan tema yang berkisar tentang 'Bazaar Ramadhan'. Sudah pasti anda semua tahu, betapa meriah dan pelbagainya pabila kita mengunjungi bazaar Ramadhan kan3. Haaaaaa, itulah yang ingin ditonjolkan di buffet Ramadhan Royale Chulan Penang.
Dari atrium hotel sehingga ke dalam kawasan Sri Tanjung Cafe, ianya akan ditransformasikan menjadi bazaar makanan sepertimana bazaar Ramadhan sebenar. Meriah, pelbagai dan menarik bukan. Dipenuhi dengan gerai-gerai makanan yang seringkali kita temui di bazaar Ramadhan popular serata Malaysia gitew. Sudah pastinya akan menggamit selera anda InsyaAllah.
Untuk makluman para pembaca, pihak Sri Tanjung Cafe telah menyediakan senarai menu-menu yang berbeza SETIAP hari. Yaaaaa, memang setiap hari. Ini bagi memberikan kepelbagaian. Tetaaapiiii, anda jangan pula risau tidak dapat menikmati hidangan yang anda minati. Ini kerana pihak cafe akan memastikan menu terbaik dan 'best selling' WAJIB ada pada setiap hari. Perubahan dan penambahan hanya akan dibuat bagi beberapa menu di dalam bahagian pembuka selera, gerai aksi dan juga pencuci mulut.
Baiklah, tanpa melengahkan masa, adalah lebih afdhal sekiranya saya berceloteh dan berceritera secara bergambar kan3. Barulah sedaaapp mata memandang dan mudah otak menghadam kan3 he3.
Susunan meja dan sebahagian ruangan di dalam Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang
Pembuka Selera Dan Salad | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Pembuka Selera Dan Salad | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Mari kita mulakan dengan juadah pembuka selera berserta salad yang ada ditawarkan di Bazaar Ramadhan, Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang.
Meja buffet bagi pembuka selera dan salad
Tauhu sumbat
Gado-gado
Rojak buah
Pasembor
Buah-buahan segar
Jeruk buah
Ulam-ulaman kampung
Sambal budu, tempoyak dan belimbing
Pelbagai kerabu (kaki ayam, taugeh dan lain-lain)
Papadom, telur maisn, sambal belacan dan ikan masin
Pajeri nenas
Sambal ikan bilis
Kerabu pucuk paku
Kerabu daging bakar
Pssstt, harap maklum, pada malam kejadian, sebagaimana ianya merupakan media review bagi buffet Ramadhan, makanya menu yang terhidang adalah merupakan sebahagian sahaja daripada menu keseluruhan yang akan didapati pada buffet Ramadhan yang sebenarnya. Bagi seleksi pembuka selera, selain menu di atas, terdapat juga kepelbagaian bagi menu yang berasaskan salad (seperti vermicelly salad, salad telur puyuh, potato salad, seafood cocktail salad, caesar salad,tomato moza salad, thai papaya salad, kimchi salad), kerabu (seperti kerabu sotong,kerabu ulam kampung, kerabu jelly fish, kerabu ikan masin, kerabu terung berlada, kerabu thai chicken, kerabu ulam raja, kerabu kacang botol, kerabu udang kerisik, kerabu jantung pisang) serta menu lain seperti cous cous ikan bilis dan urap pucuk ubi udang kering. Haaaaaaaaaa, macam-macam adaaaaaa. Ini baru pembuka selera yer he3.
Hidangan Menu Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Hidangan Menu Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Masih mengekalkan ciri kepelbagaian pada setiap hari, hidangan menu utama juga sudah pastinya akan menarik.
Barisan buffet bagi menu utama
Pilihan nasi putih dan nasi tomato
Pssttt, pertukaran menu juga akan melibatkan menu seperti nasi dhal, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi kerabu dan nasi goreng ikan masin
Ayam masak merah madu
Kurma kambing kentang
Daging kerutuk
Rendang kerang
Sambal sotong
Paru goreng berlada
Asam pedas ekor lembu
Stir fry blackpepper chicken
Japanese beancurd with oyster egg sauce
Psssttt, menu utama lain yang anda boleh nantikan semasa buffet Ramadhan di Sri Tanjung Cafe juga termasuk kepah masak cili padi, spagheti sambal sotong, kari ikan tenggiri bendi, sweet sour prawn, ikan keli goreng berlada, telur dadar berlauk, stir fry mix vegetables, kambing bahmia, kari ikan masin nenas, ayam masak opor, udang masak tomato, stir fry chicken with blackpepper, tenggiri goreg berlada, gulai lemak pucuk ubi, ayam percik, stir fry squid with dried chili, udang goreng bawang, ayam masak kuzi, daging masak kicap berempah, telur goreng tiga rasa, ayam masak padang kota, daging tetel gulai minang, gulai ikan masin nenas, stir fry ginger beef, nestum prawn, telur bistik dan kari mamak telur ikan. Tu diaaaaaa haaaaiiiihhhhh.
Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Menawarkan sehingga 11 gerai aksi pada setiap malam, menjaminkan kemeriahan seperti benar-benar berada di bazaar Ramadhan.
Gerai aksi di dalam (indoor) Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang
v
v
v
Gerai asam laksa
Gerai roti canai dan murtabak berserta kuah kari dan dhal
Gerai apam balik (pilihan 'filling' jagung manis, pisang dan peanut butter)
Gerai kambing golek dan nasi arab
Gerai sup tulang rawan berempah
Gerai ikan bakar
Gerai ayam goreng berempah
Gerai sate ayam dan daging
Gerai cucur kepah berlauk
Gerai bubur lambuk dan pulut kuning
Gerai ABC
Gerai minuman sejuk
Pssstt, gerai lain yang ada adalah hainanese chicken rice, beef curry noodles, nyonya curry mee, wanton noodle soup, hokkien prawn noodle dan chee cheong fun
Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Tidak kurang hebat juga tawaran menu-menu bagi seleksi pencuci mulut tau3.
Barisan buffet bagi pencucui mulut di dalam Sri Tanjung cafe, Royale Chulan Penang
Kuih muih tempatan, assorted cake & tart serta cream puff
Chocolate eclairs
Cendol pudding
Agar-agar santan
Assorted fruit jelly
Manggo puding
Strawberry mousse
Mini cream caramel
Pandan panna cotta
Lemon tart
Sago gula melaka
Pengat pisang
Chocolate bread and butter pudding
Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Setiap kali apabila tiba dibahagian ini, saya pasti akan teruja tau3. Sentiasa rasa tidak sabar untuk berkongsi dengan para pembaca, diantara kesmua menu yang bertingkek-tingkek yang telah disenaraikan di atas, mana satukah yang berjaya menambat hati nurani saya serta suami.
Segala pinggan, mangkuk, piring serta gelas kami suami isteri pada malam kejadian di Sri Tanjung Cafe, Royale chulan Penang
Pssstttt, menu yang WIN dan kekal di hati kami berdua adalah.........
v
v
v
v
Ayam goreng berempah
Kerabu daging
Segala mak nenek puding, cream caramel serta sago gula melaka
CKT
Pengat pisang
Daaaaaaaaannnn, yang paling tttopppp tooppp meletopppssss pop pop fire cracker #eh3 ialah.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Cucur kepah berlauk
Psssstttt, memang dari tahun lepas membawa ke tahun ini dan insyaAllah ketahun depan, iniiiiiilah menu 'killer' (bagi tekak saya la kan3) di Royale Chulan Penang. Sungguh semerbak bau eh, rangup kriuk2 diluar, lembut dan berisi didalam. Lagi peerrghhh pabila dicicah bersama kuah kacang ituuuuuuuu. WAJIB cuba.
Kami sebagai rakan media yang hadir bergambar kenangan bersama pihak team pengurusan serta kitchen di malam media review buffet Ramadhan, Bazaar Ramadhan, Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang
Kami tiga anak dara pinggiran #eh3
Sebenarnya seketul sahaja ja anak dara yang tinggal antara bertiga di atas ini
Cer tekaaaaa yang mana satu :P
Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Di bawah ini saya kongsikan bersama untuk rujukan para pembaca yang telah berminat dan akan berminat untuk turut serta merasai buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang.
Tema
Bazaaar Ramadhan
Tarikh
18 May 2018 - 13 Jun 2018
Masa
7.20 pm - 10.00pm
Lokasi
Sri Tanjung Cafe,
Royale Chulan Penang
Harga
RM88 nett/dewasa, RM58.00 nett/warga emas & kanak-kanak
Promosi 'early bird'
RM70.00 nett/dewasa, RM40.00 nett/warga emas & kanak-kanak
(belian voucer dari 1 April - 15 May 2018)
Laman sesawang
Facebook
Instagram
~~~ The End ~~~
Wah banyak nya menu dia 😱 hehe nmpk sedap je suma
ReplyDelete