Pengalaman DIY Dengan Printcious.com | Peribadikan Hadiah Secara Istimewa
Pengalaman DIY Dengan Printcious.com | Peribadikan Hadiah Secara Istimewa
Pengalaman DIY Dengan Printcious.com
| Peribadikan Hadiah Secara Istimewa | Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Lanjutan dari entry saya sebelum ini (boleh rujuk SINI),
maka dengan pantasnya saya sendiri telah mencuba perkhidmatan dari
Printious.com. Sudah tentu yang menjadi pilihan hati saya untuk mencuba DIY
adalah ‘custom mug printing’. Nak tahu hasilnya??? Jom sama-sama layan ceritera
saya.
My own ‘custom mug’
yang dibuat secara DIY dari hati seorang blogger gitew
Sudah pastinya dengan
menggunakan perkhidmatan dari Printious.com
Mudahnya Aplikasi Merekabentuk Atas Talian | Pengalaman DIY Dengan Printcious.com
Mudahnya Aplikasi Merekabentuk
Atas Talian | Pengalaman DIY Dengan Printcious.com | Anda tidak perlu risau
tentang perihal untuk merekabentuk dan membuat pesanan melalui Printious.com.
Ini adalah kerana semuanya mudah dan hanya dihujung jari anda.
Dilakukan diatas talian, didalam
laman sesawang Printious.com (sudah semestinya) dan hanya akan mengambil masa
beberapa minit. Psssttt, opppsss, sorry saya agak menipu disitu. Bagi
pengalaman peribadi saya sendiri, ianya mengambil masa hampir sehari. Haaaa,
nak tahu kenapa?? Bukan disebabkan Printious.com, tetapi disebabkan diri saya
sendiri. Iyerlah jenis tamak haloba kan3, macam-macam gambar saya nak letak,
macam-macam reka bentuk yang saya nak cuba, tu belum lagi termasuk macam-macam
produk yang saya nak buat. Nasib baiklah saya memang dah nekad nak mencuba
custom mug dari Printious.com he3. Sebenarnya secara total, kalau tidak silap
saya telah buat dalam 7 jenis rekebentuk mug tau3. Sedangkan saya hanya ingin order
dua :p.
Final order details
Setelah selesai pesanan di atas
talian, ianya hanya akan mengambil masa 3 -7 hari untuk kita menerima barang
pesanan. Bagi kes saya, memang tepat 3 hari saya dapat barang DIY saya. Berbunga-bunga
hati ini, tapi kutahan jebat dari un-boxing parcel Printious.com di pejabat.
Ini kerana nak memberi ‘privellage’ kepada anak seketul a.k.a Boboboy la kan3.
Jom layan keterujaan anak seketul meng-unboxing gitew.
Produk Berkualiti Dan Unik | Pengalaman DIY Dengan Printcious.com
Produk Berkualiti Dan Unik |
Pengalaman DIY Dengan Printcious.com | Untuk makluman anda, untuk tempahan mug
saya ini, saya telah memilih untuk menempah sebiji ‘colour mug’ dan sebiji
‘magic mug’. Jom layan ceritera bergambar dan video di bawah untuk gambaran
lebih jelas hasil mug yang saya dapat.
My customize coffee
mug (colour mug & magic mug)
Kualiti gambar yang dicetak memang memusakan. Maksud saya,
gambarnya resolusi tinggi dan tidak pecah-pecah atau kabur. Tekstur permukaan
(kawasan bercetak) luar dan dalam mug juga baik dan kemas. Saya memang berkenan
sungguh dengan hasil yang penuh magical bagi ‘maguc mug’ saya. Boboboy seketul
pun teruja pabila magic mug bertukar dari kosong (berwarna hitam) kepada
permukaan bergambar. Jom layan video di bawah untuk gambaran lebih jelas.
Pertukaran dari sejuk kepada panas a.k.a dari permukaan mug hitam kosong kepada bergambar
Pertukaran dari panas kepada sejuk a.k.a dari permukaan bergambar kepada mug hitam kosong
Jikalau anda juga berminat,
cepat-cepatlah terjah Printcious.com. Untuk perincian boleh juga rujuk entry
saya sebelum ini di SINI.
~~~ The End ~~~
lepas ni boleh meniaga mug he he ..
ReplyDelete