Friday, August 30, 2019

Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul

Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul | Assalammualaikum dan selamat pagi. Sebelum ini saya telah membuat satu entry food eview di #Penang Uptown @Bukit Jambul, dan untuk entry kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca Majlis Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian Uptown yang telah berlangsung pada tanggal 25 Ogos 2019.


Ketibaan YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Luar Malaysia

Ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato' Ahmad Razif Hamzah, Ketua Eksekutif #Penang Uptown @Bukit Jambul

Ucapan perasmian oleh YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Luar Malaysia


Penyampaian sijil penyertaan kepada yang terlibat

Majlis gotong royong penyediaan kenduri rakyat


YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya turut tidak melepaskan peluang turun padang dalam menyediakan gulai kawah batang pisang

Suasana kemeriahan di hari Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Antara lauk pauk kenduri rakyat di majlis Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul

Pssstttt, ini barulah betul2 kenduri rakyat. Menu yang disajikan bertemakan masakan kampung. Antara yang terbaik adalah gulai kawah daging lembu dan batang pisang, ulam-ulaman tempatan, sambal belacan dan air asam. Perrrghhhh, sehingga kini saya masih lagi terkenang-kenang gulai kawah ituuuu, memang terbaiklah

Aneka minuman panas dan sejuk juga disediakan



Persembahan artis jemputan Mawi dan Pak Long

Acara menandatangani 'plague' perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul
Gambar dari FB page uptownbukitjambul


Pelbagai jenis gerai makanan, pakaian, aksesori serta macam-macam lagi yang terdapat di #Penang Uptown @Bukit Jambul




Ibu dan Boboboy menanti untuk dikendurikan #eh3, menanti untuk makan lauk kenduri :p


Last but not least, meh sini Ibu belanja pinggan Ibu dan Boboboy di hari kenduri gitew

Pssssttttt, meleleh lagi air liur Ibu eh weeeeiiiiiiiii. Seriously memang sedap nak matiiiikkkkk gulai kawah daging batang pisang ni taaauuuuu. Tiga kali tambah Ibu tau3


Bersempena dengan ketibaan hujung minggu ini, adalah amat sesuai untuk berkunjung ke #Penang Uptown @Bukit Jambul bersama keluarga serta sahabat handai. Selain dari pelbagai gerai makanan/pakaian/aksesori dan lain2, pihak pengurusan Uptown juga kerap membuat aktiviti-aktiviti untuk memeriahkan lagi suasana. Untuk perincian lebih lanjut, boleh rujuk maklumat di bawah:



Waktu Operasi : 6.00pm keatas




~~~ The End ~~~
1

Wednesday, August 28, 2019

Cucu Opah | Wordless Wednesday #8/2019

Cucu Opah | Wordless Wednesday #8/2019 | Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Cucu Opah

Al-Fatihah
Norsiah Binti Dahanan
1 Jun 1960 - 20 Julai 2018



~~~ The End ~~~
2

Tuesday, August 27, 2019

Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch | Makan BEST Di Penang

Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch | Makan BEST Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang. Bertemu kita di minggu terakhir bulan Ogos 2019. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas serta hidup di atas muka bumi ini. 


Baiklah, sebenarnya entry kali ini, saya ini berkongsi sebuah port makan BEST yang menawarkan menu UNIK dan WAJIB cuba jika berkunjung ke Pulau Pinang. Sebelum itu, jikalau kita sebut tentang roti bakar kacang phool, sudah pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah negeri Johor kan3???? Iyerla, antara pioner yang memperkenalkan menu roti bakar kacang phool di Malaysia ialah restoran yang terletak di Larkin Johor kekdahya. 



Dahulunya, saya memang teringiiiiiinnnnnn sesangat untuk cuba merasai apakah itu roti bakar kacang phool. Akhirnya lebih kurang 4 tahun lepas, saya mendapat tahu ada sebuah gerai di Pulau Pinang, iyyeeeerrr di dalam pulau negeri Pulau Pinang, ada menawarkan menu roti bakar kacang phool ini. Makanya lelaju la saya mengajak Mr Hubby untuk mencubanya dan saya telah jatuh cinta dengan roti bakar kacang phoolnya. Sekarang ini, Alhamdulillah Nazzeeras' telah membuka cawangan tau3. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nazzeeras' Cafe, jom bersama-sama saya selanjutnya.

Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch 


Menu Unik Roti Bakar Kacang Phool Dan Pelbagai Lagi | Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch

Menu Unik Roti Bakar Kacang Phool Dan Pelbagai Lagi | Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch | Sepertimana yang telah saya maklumkan di awal tadi, pertama kali saya mencuba menu roti bakar kacang phool di Nazzeeras' adalah di gerai pertamanya di Tanjung Tokong. Semenjak dari itu, kerap jugalah saya berkunjung ke gerai ini dek kerana ketagih menu roti bakar kacang phoolnya he3. Tidak disangka ianya sudah melebihi 4 tahun, dan sekarang gerai ini telah membuka sebuah lagi cawangan terbarunya di Penang Science Cluster. 

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang blogger Penang, telah berkesempatan untuk menikmati beberapa menu signature serta terbaru dari Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch. Jom seperti biasa, kita layan ceritera bergambar di hari kejadian.

Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch  terletak berhampiran dengan pengkalan Ferry/Jeti Pulau Pinang serta berhadapan dengan bangunan Wisma Kastam

Boboboy seketul posing dihadapan Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch 

Psssstttt, untuk makluman, kawasan persekitaran ini telah diubah suai menjadi sebuah walk-away area yang saangaaattttt cantik tau3. Menjadi sebuah lagi port untuk bergambar serta beriadah. Makanya memang wajib singgah la ya jikalau berkunjung ke Pulau Pinang

 Interior di dalam Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch 

Psstttt, untuk makluman, Nazzeeras's Cafe ini terletak di dalam bangunan Penang Science Cluster. Yang mana pabila anda masuk sahaja kedalam Penang Science Cluster, anda akan terjumpa Nazzeeras's Cafe terlebih dahulu (seperti gambar di atas), dan kemudiannya barulah anda boleh menjumpai Penang Sciece Cafe yang merupakan sebuah ruang sosial awam yang menyediakan pelbagai kemudahan yang berkisar tentang sains dan teknologi. Perincian tentang ini insyaAllah akan saya ceritakan di entry khas yang lain nanti ya

Kawasan kaunter bayaran dan dapur Nazzeeras' Cafe yang see through konsepnya

Aneka kek, brownies, pie, muffin dan roti di Nazzeeras' Cafe, Penang Science Cluster Branch 

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Barisan menu pilihan kami di petang kejadian

Kacang Phool Set (Beef, Garlic Cheese Toast)

Pssssttt, untuk kacang phool set ini, ianya merupakan set yang didatangkan bersama roti Benggali serta kuah kacang phool. Kuah kacang phool ini merupakan tekstur kuah yang pekat serta berempah hasil daripada adunan kacang 'fava' (kacang phool/parang), ayam/daging, tomato, serta rempah ratus/herba/kari. Untuk menu ini anda boleh membuat pilihan bagi kuah phoolnya (vegetarian/ayam/daging) serta rotinya (plain/butter/cheese/garlic/garlic cheese/french toast). Jika anda ingin tahu apakah itu kacang phool, WAJIB cuba menu ini tau3

Chilli Dip Set (Beef)

Pssssttt, untuk menu ini, ianya juga merupakan set roti serta kuah kacang phool. Tetapi untuk kuahnya, ianya diberikan sedikit 'twist' yang mana ianya merupakan hasil daripada adunan kuah kacang phool yang ditambah dengan cheddar, mozarella, feta, bawang serta cili. Untuk menu ini anda juga boleh membuat pilihan bagi kuah phoolnya (vegetarian/ayam/daging)

Huevos Racheros

Psssttt, menu ini berasal dari Mexico (kuah salsa serta telur). Tetapi di Nazzeeras', ianyanya diberikan twist tempatan dan ditambahkan dengan roti bakar

Cheesy Melts (Beef)

Pssssttt, untuk menu ini,  anda juga boleh membuat pilihan bagi intinya (vegetarian/ayam/daging/pepperoni/mix). Roti bakar ini merupakan kombinasi Nazzeeras' signature bbq sos, caramalized onion, bersama inti pilihan serta mozarella. Merupakan menu puuuujaaaaaann hati Boboboy seketul sedari dahulu lagi he3

Nazzeeras' Signature Salad

Psssttt, haaaaa hat ni memang sedap. Simple, rangup, fresh serta dressingnya meletop. Memang menjadi rebutan kami semuaaaaaa di petang kejadian tau3

Aglio Olio Pasta with Shrimp

Psssttt, ini merupakan menu pujaan hati Ibu yang terbaru tau3. Sekali rasa terus jatuh cinta gitew. Sudah pastinya kunjungan selepas2 ini, menu ini merupakan menu WAJIB pilih tau3

Pesto Range Pasta with Grilled Chicken

Milo Float Ais

Teh O Longan AIs

Ribena Longan Ais

Ribena Soda Float Ais

Smoothie Greek Yogurt Avocado

Fresh Strawberry Milkshake

Honey Lemon Panas

Browned Butter Banana Dessert

Classic New York Cheesecake

Boboboy seketul menikmati puuuujaaannn hati eh the Milo Float

Bagi anda yang berminat untuk mencuba roti bakar kacang phool Penang style, memang WAJIB untuk mengunjungi Nazzeeras'. Untuk makluman, cawangan utama di Tanjung Tokong ditutup sementara kerana sedang diubahsuai. Dengan ini, untuk sementara waktu, anda boleh mengunjungi cawangan di Penang Science Cluster Branch. Maklumat lanjut boleh rujuk perincian dibawah:

Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool Penang
Kompleks Desiran Tanjung, Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong
Tanjong Tokong, Pulau Pinang, Malaysia 10470

Nazzeeras' Penang Sciences Cluster Branch
37, Gat Lebuh China
George Town, Malaysia 10200
FB : Nazzeeras





~~~ The End ~~~
1

Instagram