Friday, August 16, 2019

1,000,000 a.k.a Sejuta PV | 5 Tahun www.aryshafayyadh.blogspot.com

1,000,000 a.k.a Sejuta PV | 5 Tahun www.aryshafayyadh.blogspot.com

1,000,000 a,k.a Sejuta PV | 5 Tahun www.aryshafayyadh.blogspot.com | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah, di pagi hari Jumaat yang penuh berkat ini, setelah genap 5 TAHUN usia blog picisan iols ini AKHIRNYAAAAAAAAA, telah mencapai 1,000,000 a.k.a SEJUTA PAGE VIEW weeeiiiiiii. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.


Tanggal 16 Ogos 2019
1,000,000 a.k.a SEJUTA page view


Bersempena dengan meraikan 'benchmark' blog kesayangan saya pada ini, akan terpahat dalam ingatan tanggal 16 Ogos 2019. Dengan ini, saya ingin mencoret dan mengenang kembali sejarah permulaan blog kesayangan saya ini.

Bermula dari hanya sekadar seorang silent reader blog, sehingga terjun menjadi seorang blogger juga (pada Ogos 2014). Alkisah sesi terjebak sebagai blogger ini kerana pabila bercuti-cuti bersama keluarga di Medan, Indonesia dan secara kebetulan bertembung dengan blogger Ida (idabaharum.com). Teruja time tu, dan dengan tak malunya saya menyapa Ida. Haaaaa, blogger Idalah yang mencetuskan kenginan untuk turut sama mempunyai blog saya sendiri, he3. 

Blog ini pada permulaannya hanya sekadar diari persendirian secara atas talian (cecewaaaaaaahhh, baku sangat bahasa iola :P). Banyak mencoretkan kenangan-kenangan peribadi bersama keluarga, saudara mara dan kawan2. Dari kisah makan-makan, ke kisah percutian, ke kisah anak seketul, ke kisah Opah eh, ke kisah Mr Hubby dan banyaaaakkkk lagi.

Kemudian terjun pula ke bidang review. Mula bergerak secara persendirian kemudiannya bergerak secara berkumpulan (la konon keeenn :P), kemudian kembali bergerak sendiri semula. Bermacam pengalaman, bermacam drama, bermacam ragam manusia bernama blogger saya hadap. Makanya hari ini, di kala ini, saya masih lagi bergelar seorang blogger. Alhamdulillah.

Sekarang saya lebih selesa bergerak sendiri. Saya juga sudah mempunyai tanda aras tersendiri sebagai seorang MEDIA BLOGGER. Sudah pastinya jika ada peluang dan ruang, saya akan turut berkongsi rezeki dengan rakan-rakan blogger yang IKHLAS dan masih bersama saya sehingga kini. 



~~~ The End ~~~

3 comments: