Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul
Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul | Assalammualaikum dan selamat pagi. Sebelum ini saya telah membuat satu entry food eview di #Penang Uptown @Bukit Jambul, dan untuk entry kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca Majlis Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian Uptown yang telah berlangsung pada tanggal 25 Ogos 2019.
Ketibaan YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Luar Malaysia
Ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato' Ahmad Razif Hamzah, Ketua Eksekutif #Penang Uptown @Bukit Jambul
Ucapan perasmian oleh YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Luar Malaysia
Penyampaian sijil penyertaan kepada yang terlibat
Majlis gotong royong penyediaan kenduri rakyat
YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya turut tidak melepaskan peluang turun padang dalam menyediakan gulai kawah batang pisang
Suasana kemeriahan di hari Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Antara lauk pauk kenduri rakyat di majlis Gotong Royong Kenduri Rakyat & Perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul
Pssstttt, ini barulah betul2 kenduri rakyat. Menu yang disajikan bertemakan masakan kampung. Antara yang terbaik adalah gulai kawah daging lembu dan batang pisang, ulam-ulaman tempatan, sambal belacan dan air asam. Perrrghhhh, sehingga kini saya masih lagi terkenang-kenang gulai kawah ituuuu, memang terbaiklah
Aneka minuman panas dan sejuk juga disediakan
Persembahan artis jemputan Mawi dan Pak Long
Acara menandatangani 'plague' perasmian #Penang Uptown @Bukit Jambul
Gambar dari FB page uptownbukitjambul
Pelbagai jenis gerai makanan, pakaian, aksesori serta macam-macam lagi yang terdapat di #Penang Uptown @Bukit Jambul
Ibu dan Boboboy menanti untuk dikendurikan #eh3, menanti untuk makan lauk kenduri :p
Last but not least, meh sini Ibu belanja pinggan Ibu dan Boboboy di hari kenduri gitew
Pssssttttt, meleleh lagi air liur Ibu eh weeeeiiiiiiiii. Seriously memang sedap nak matiiiikkkkk gulai kawah daging batang pisang ni taaauuuuu. Tiga kali tambah Ibu tau3
Bersempena dengan ketibaan hujung minggu ini, adalah amat sesuai untuk berkunjung ke #Penang Uptown @Bukit Jambul bersama keluarga serta sahabat handai. Selain dari pelbagai gerai makanan/pakaian/aksesori dan lain2, pihak pengurusan Uptown juga kerap membuat aktiviti-aktiviti untuk memeriahkan lagi suasana. Untuk perincian lebih lanjut, boleh rujuk maklumat di bawah:
FB : uptownbukitjambul
Waktu Operasi : 6.00pm keatas
ohsem nyer lauk!
ReplyDeleteterbaik ni...
if aida & anak2 dtg, sure berpinggan2 :)
lagi 2-3 minggu aida nak jejak Penang. best nyer!!!