Daseo Malaysia, Queensbay Mall | Makan Best Di Penang

11:52:00 AM

Daseo Malaysia, Queensbay Mall | Makan Best Di Penang

Daseo Malaysia, Queensbay Mall | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Yiippiiieeee, it's Friyaayyyyy. So, apa plan bersama tersayang dihujung minggu????

Kali ini saya seperti biasa ingin berkongsi satu port makan best di Pulau Pinang bersama pembaca kesayangan saya. Peminat makanan Korea, mahupun bagi yang bukan peminat, jangan lepaskan peluang jika berkunjung ke Pulau Pinang, silalah merasai keunikan yang ditampilkan oleh Daseo Malaysia. Untuk perincian, jom sambung layan ceritera saya dipetang Jumaat ini.


Saya bersama rakan-rakan blogger Penang di Daseo Malaysia, Queensbay Mall

Barisan Menu Korea Yang Panas Dan Berkeju | Daseo Malaysia, Queensbay Mall

Barisan Menu Korea Yang Panas Dan Berkeju | Daseo Malaysia, Queensbay Mall | Seperti satu 'trend' semasa, menu masakan Korea menjadi kegilaan ramai. Ini terutamanya bagi anak-anak remaja. Dahulunya di Pulau Pinang agak sukar untuk mendapatkan menu seperti ini, tetapi kini tidak perlu risau lagi. Daseo Malaysia yang terletak di dalam sebuah pusat membeli belah terkemuka di Pulau Pinang pastinya akan menjanjikan satu pengalaman yang unik dan memenuhi citarasa Korea anda, he3.


Sebelum saya meneruskan perkongsiaan menu menarik di Daseo Malaysia, sebaiknya saya memberikan pencerahan serba sedikit kepada para pembaca tentang status HALALnya kan3. Perkara ini sudah semestinya adalah penting untuk kita sebagai seorang Muslim. Untuk makluman, Daseo Malaysia merupakan 'pork free' restoran. Ianya hanya menggunakan pembekal bahan mentah  tempatan (daging, ayam) yang mempunyai sijil Halal JAKIM yang sah. Sirap minuman (diimport dari Taiwan) serta cheese (diimport dari UK & Belgium) yang digunakan oleh pihak Daseo Malaysia juga mempunyai halal JAKIM. Untuk bahan-bahan lain yang diimport dari Korea (kimchi, topoki dan sos gochujang), ianya telah dikenalpasti tidak mempunyai sebarang unsur alkohol mahupun 'lard'. Diharap dengan pencerahan serba sedikit ini dapat memberi panduan kepada anda. Walaubagaimanapun, pengakhirannya masih terpulang kepada setiap individu tersebut. Bagaimana penerimaan dan pemahaman anda secara peribadi. Tepuk dada tanya selera.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, jom bersama-sama saya melayari ceritera bergambar menu-menu pilihan kami di hari kejadian di Daseo Malaysia, Queensbay Mall.

Seafood shimson stew with spicy soup base & glass noodle

Kimchi shimson stew with classic soup base & ramyeon


Army stew with handmade noodle

Pssstt, tak namanya berkunjung ke Daseo la kalau tak mencuba menu STEWnya tau3. WAJIB anda cuba. Ini merupakan signature dish Daseo Malaysia. Pada asasnya terdapat dua jenis stew, iaitu army stew dan juga shimson stew. Setiap jenis stew ini boleh dibahagikan kepada enam jenis berbeza pula (classic, kimchi, tofu vegetable, clam, prawn, dan seafoods). Jenis sup bagi stew pula terdapat 3 jenis (chicken, classic dan spicy). Untuk makluman, shimson stew merupakan kombinasi army stew bersama spicy stir fried topokki chicken dan cheese. Pilihan hati saya sah-sahlah shimson stew dengan spicy soup base. Stew yang agak pedas, dimakan panas2, ditambah dengan cheese lekat melekat bersama topokki chicken, memang layaaaann slurp, slurp. Recommended untuk anda cuba tau3.

Cheese fried chicken wings with Daseo sauce

Cheese fried chicken cube with Daseo sauce


Pssstt, sekali lagi, tak namanya berkunjung ke Daseo la kalau tak mencuba menu cheese fried chicken ini tau3. WAJIB anda cuba dan sekali merupakan signature dish Daseo Malaysia. Beza kedua-dua menu ini adalah satu dalam bentuk kepak ayam (chicken wings) dan satu lagi dalam bentuk isi ayam (chicken cube). Secara peribadi, saya lebih menggemari chicken wings, tetapi bagi kanak-kanak, adalah lebih sesuai chicken cube kerana tanpa tulang gitew. Ayam goreng yang disalut dengan sos istimewa Daseo, disalut sekali lagi dengan cheese  yang cair didepan mata dan terus dimasukkan kedalam mulut, peerrrghhhhhh, feel terus sampai ke Korea he3 :P. 


Chicsy lava ball

Psssttt, merupakan menu terbaru Daseo Malaysia. Pasti akan menjadi HIT seterusnya. Dimakan panas-panas, meleleh-leleh cheese di dalamnya. Memang berhantu cheese sungguh kalau berkunjung ke Daseo Malaysia ini tau2. Untuk melihat secara live kejadian sewaktu menikmati menu ini, anda boleh berkunjung ke IG atau FB saya. Hampir2 sahaja Boboboy berpusing 360darjah kerana cheese itu, he3. Seronok sungguh melihat anak seketul itu menikmati Chicsy lava ball. WAJIB cuba tau3

Korean classic lunch box

Yuzu salmon dosirak

Psssttt, maksud dosirak adalah Korean Lunch Box. Menu ini perlu dogoncang-goncang terlebih dahulu sebelum dinikmati. Haaaaaaaa, video goncangan itu pun anda boleh rujuk IG & FB saya ya. Menarik dan sedap rasanya.

Korean fried chicken wings with honey mustard sauce

Psssttt, merupakan menu terbaru juga. Memberikan variasi pilihan rasa kepada Korean fried chicken wings di Daseo Malaysia, yang mana sebelum ini mempunyai flavour signature Korean spicy. Korean fried chicekn wings with honey mustard sauce ini memang tidak pedak langsung dan sangat sesuai untuk anak-anak. Terutamanya jenis yang tidak makan pedas langsung, seperti Boboboy seketul itu.

Topokki croquettes

Korean creamy carbonara

Kimchi fried rice

Anchovy rice ball

Rainbow slush

Yuzu jelly tea

Lychee jelly tea

Lychee mojito

Aneka pilihan ice blended bersama bubble

Pssstt, yang paling win dihati saya adalah perisa strawberry




Niniddiiiaaaaa, Boboboy beraksi silat menikmati chicsy lava ball

Masih lagi aksi Boboboy menikmati hidangan di Daseo Malaysia

Nindiaaaaa, Ibu pulop beraksi he3


Pssstttt, sedaaappp weeeiiii. Seriously, bagi peminat cheese, bagi peminat stew, bagi peminat makanan Korea, anda perlu cuba

Daseo Malaysia

Alamat: 
Queensbay Mall,
2F-50/51,
Persiaran Bayan Indah, 11900, Bayan Lepas, Penang

Nombor telefon:
04-618 0009

Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM


IG :



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

1 comments

  1. Nampak sedap semua makanan..terliur pulak malam-malam tengok makanan sedap-sedap. Kalau ke Penang nanti bolehla Yaya berkunjung ke Daseo..terima kasih berkongsi info

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati