Penang Uptown @ Bukit Jambul | Makan BEST Di Penang

4:21:00 PM

Penang Uptown @ Bukit Jambul | Makan BEST Di Penang

Penang Uptown @ Bukit Jambul | Makan BEST Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Untuk hari ini, jom kita sambung lagi entry blog kesayangan saya dengan sebuah lagi port makan BEST di Pulau Pinang iaitu di Penang Uptown @ Bukit Jambul.


Model seketul Ibu di big banner Penang Uptown @ Bukit Jambul 

Pelbagai Pilihan Gerai Makanan Usahawan Melayu Tempatan| Penang Uptown @ Bukit Jambul

Pelbagai Pilihan Gerai Makanan Usahawan Melayu Tempatan | Penang Uptown @ Bukit Jambul | Sekarang ini, di dalam pulau Pulau Pinang sudah mempunyai UPTOWN tau3. Lokasinya terletak berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul, iaitu betul-betul bersebelahan dengan PETRON Bukit Jambul serta berhadapan dengan PICC.

Apa yang menariknya disini adalah stall-stall makanan yang diusahakan oleh pengusaha Melayu tempatan yang berkonsepkan makanan dari pelbagai menu. Ada menu makanan tempatan, ada menu makanan barat, ada menu makanan Arab, ada menu makanan Korea, ada menu makanan Jepun serta pelbagai lagi. Untuk kali ini, saya akan berkongsi beberapa stall yang dapat saya rasai pada malam review bersama beberapa rakan Blogger Pulau Pinang.


HOTSTUFF ~ Korean street food


Pssstttt, stall ini merupakan sebuah stall makanan yang berkonsepkan 'Korean Street Food'. Ianya menawarkan pelbagai menu Korea seperti ayam goreng Korea (sambal chicken cube, salted egg chicken cube, mushroom chicken cube, black pepper chicken cube, original chicken cube), lunch box (sambal lunch box, kimchi lunch box, kimchi fried rice), serta kimchi home made yang dijamin Halal

Black pepper chicken cube

Sambal chicken cube


Kimchi lunch box

Psssttt, untuk menu ayam korea itu memang kena dengan tekak saya dan juga Boboboy seketul. Bagi saya secara personal saya paling suka black pepper chicken cube. Untuk makluman, walaupun menu sambal chicken cube, tetapi ianya masih boleh dimakan oleh kanak-kanak. Boboboy merupakan seketul kanak-kanak yang tidak makan pedas langsung ya, tapi dia masih boleh menikmati dengan gembiranya menu sambal chicken cube itu. Ini kerana pabila ayam sambal itu dinikmati bersama-sama dengan sos putih istimewa hasil resipi tersendiri pemilik stall, ianya seakan-akan meneutralkan rasa pedas pada ayam itu. Haaaaa, paham ke tidak??? Adalah lebih baik untuk anda merasainya sendiri untuk mengetahui apakah yang saya bebelkan sebentar tadi :P he3. Menu di stall ini memang murah, iaitu bermula dari harga serendah RM7.00 sehingga RM14.00 sahaja. Portion makanan juga sebenarnya adalah untuk 1-2pax tau3


NASI GORENG PAK MAT ~ Masakan panas/goreng tempatan


Tadaaaaaaaa, barisan menu pilihan dari stall Nasi Goreng Pak Mat


Mee kuah


Nasi goreng ayam


Nasi goreng udang


Nasi goreng daging

Pssstttt, kalau kita rujuk FB page Uptown Bj Night Market, pastinya kita akan mengetahui bahawa nasi goreng stall Pak MAt ni memang LEGEND. Ini terbukti pabila nasi goreng ayam sepinggan itu berjaya Boboboy habiskan seorang diri he3. Bagi diri saya secara  personal, saya cukup menyukai mee kuah dari stall Pak Mat. Nampak simple dan tiada apa yang menarik, tetaaapiiiiiii cukup rasaaaaaaaaaaa. Macam masakan dirumah tau3. Menu di stall ini juga memang murah, iaitu bermula dari harga serendah RM4.00 sehingga RM10.00 sahaja



SYAWINS JIDDAN CAFE ~ The best taste of Arabic & western

FB : Syawins

Menu kami dimalam review ituuuuuuuuuuu

Nasi Mendi Combo (3-4 orang makan, nasi mendi, ayam, daging kambing, sup, sambal dan salad)
v
v
v
v
Pandangan sisi kambing serta pandangan sisi ayam gitew

Psssttttt, addduuiiiilaaa, baru menikmati semalam, dah teringin semula. Isi kambing yang lembut, isi ayam yang cukup rasa perapannya, nasi yang lembut, wangi serta cukup rasa rempah mendi. Kalaulah arwah Opah masih ada, ini pastinya menu kesukaan hati arwah. Al-Fatihah, Norsiah binti Dahanan. Harga menu nasi mendi ini berbeza-beza mengikut bilangan pax bagi hidangan tau3. Ada set personal, serta combo. Yang pastinya harga yang ditawarkan adalah mampu bayar serta berbaloi2 dengan hidangan yang ditawarkan. Sebagai contoh bagi set combo yang kami nikmati diatas harganya hanya RM35.00 sahaja utk 3-4 orang makan

Spaghetti meatball bolognese cheese


Baked meatball cheesy

Pssstttt, seriously saya memang suka meatball dari stall ini. Kedua-dua menu diatas yang berasaskan meatball memang kena dengan selera saya. Bagi menu masakan barat stall ini, harganya bermula dari serendah RM10.00 sehingga RM15.00 sahaja


M&JOE GOURMET ~ Masakan barat


Dua ketul menu barat yang penuh bercheeeeseeeeeeee


Aglio olio seafood

Flaming cheezy wedges

Pssttttt, saya menyukai rasa cheese yang memang ummpphhh dari menu flaming cheezy wedges. Portionnya juga meriah dan tidak berkira. Puas makan. Untuk menu aglio olio, penuh rasa seafoods didalam spaghetti. Manis dan haruman seafoods meresap kedalam spaghetti itu, sedap3. Menu di stall ini juga mengekalkan kadar harga mampu beli, iaitu bermula dari harga serendah RM5.00 sehingga RM25.00 sahaja


BONDA DELIGHT ~ Takoyaki dan Okonomiyaki


Takoyaki

Pssstttt, menu takoyaki ini terdapat 5 perisa/filling yang berbeza iaitu plain, udang, ketam, sotong dan ayam. Harga bermula dari RM5.00 sehingga RM10.00. Dari gambar diatas anda sudah dapat melihat betapa meriahnya menu ini kan3. Penuh pinggan serta meriah dengan topping flakes ituuuuuuu

 Okonomiyaki

Psssttt, ini merupakana pertama kali saya mendenar serta merasai menu okonomiyaki ini tau3. Seperti penerangan penuh berhemah puan punya stall, menu ini merupakan dari Osaka style. Rasa menu ini berlainan dari takoyaki, yang mana ianya lebih lembut serta lebih crunchy. Ini kerana bancuhan adunan okonomiyaki berbeza dari takoyaki, serta menu ini penuh dengan sayur-sayuran didalamnya. Kalau nak tahu lebih jelas, silalah cuba sendiri yerrr he3



THE MAC'S PENANG ~ Mac & cheese


FB : themacspng

Mac & cheese

Psstttt, menu ini dimakan bersama nachos. Penuh rasa cheese. Sudah semestinya dapat memenuhi selera penggemar mac & cheese. Menu di stall ini, kadar harganyabermula dari harga serendah RM9.00 sehingga RM16.00


Bersempena dengan kedatangan hujung minggu, bolehlah anda mencuba sendiri menu-menu di stall Penang BJ Night Market. Yang pasti ini akan menjadi sebuah lagi port makan BEST di Penang untuk para pengunjung dalam serta luar Pulau Pinang.



Waktu operasi :
Bermula 6.00pm


~~~The End ~~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati