Monday, October 7, 2019

I'm Yours : Wedding Showcase 2019 | Royale Chulan Penang

I'm Yours : Wedding Showcase 2019 | Royale Chulan Penang

I'm Yours : Wedding Showcase 2019 | Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. It's October yiipiiiieee. Bulan Oktober sudah menghampiri cuti panjang pada bulan Disember kan3. Pada ketika itu sudah pasti ramai yang berebut-rebut untuk melangsungkan majlis perkahwinan kan3. 

Haaaaaa seperti tahun-tahun sebelum ini, (boleh rujuk entry saya tahun lepas di SINI), sekali lagi Royale Chulan Penang mengadakan wedding showcasenya bagi memberikan pilihan dan penerangan yang lebih terperinci bagi bakal raja sehari. Ini kerana sebagai sebuah hotel yang bercirikan 'heritage', Royale Chulan merupakan pilihan popular bagi raja sehari sebagai lokasi kenangan terindah di hari bersejarah mereka. 

Saya sekali lagi, diberi kesempatan untuk turut serta di dalam majlis perasmian I'm Yours : Wedding Showcase 2019, di Royale Chulan Penang


I'm Yours : Wedding Showcase 2019,
Royale Chulan Penang


Hari Perasmian Dan Pembukaan | I'm Yours : Wedding Showcase 2019

Hari Perasmian Dan Pembukaan | I'm Yours: Wedding Showcase 2019 | Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, pihak Hotel Royale Chulan Penang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu wedding showcase. Ini adalah untuk memberikan peluang dan ruang kepada yang berminat untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Royale Chulan Penang. Ini merupakan peluang keemasan bagi bakal raja sehari untuk mendapatkan promosi menarik dengan harga terbaik.

Showcase ini akan berlangsung selama sebulan iaitu bermula dari 28 September 2019 sehingga 31 Oktober 2019. Lokasi showcase terletak di aras satu, Boustead Hall, ianya telah ditransformasikan menjadi sangat indah dengan membariskan pelbagai pilihan nasihat serta perkhidmatan dalam menyempurkan majlis perkahwinan idaman. Ini termasuklah dari segi photobooth, perkhidmatan jurufoto perkahwinan, florist, hiasan dalaman, pelamin, baju kahwin, juru mekap perkahwinan, hiasan meja, booth ice cream dan pelbagai lagi. Ini adalah hasil kolaborasi bersama rakan hotel itu sendiri.

Tanpa melengahkan masa, jom kita bersama-sama melayari kemeriahan pada hari perasmian I'm Yours : Wedding Showcase 2019 di Royale Chulan Penang.


I'm Yours : Wedding Showcase 2019, di Royale Chulan Penang

Antara barisan rakan hotel yang menjayakan I'm Yours : Wedding Showcase 2019, di Royale Chulan Penang adalah Glory Florist, Hassan Abu Bakar Bridal Gallery, Vimas Beauty Studio, LAVA by Vivian Lee, Venus Florist Sdn Bhd, The Wine Shop, Say Cakes, Love Sweeteners, Merry Me Ice Cream, Yin Photobooth, Jenny Chin Make Up Artist, 911 Production, Sunnysan Photography, Mangroove Band and Ray Eoh Photography

Acara perasmian penuh ceria dan gilang gemilang I'm Yours : Wedding Showcase 2019 yang diadakan bersama-sama Royale Chulan Penang serta rakan hotel



Antara barisan persembahan bridal show oleh Venus Florist Sdn Bhd, Hassan Abu Bakar Couture serta LAVA by Vivian Lee

Tediaaaaaa Boboboy seketul terkesima dengan barisan kakak-kakak yang manis2 belaka di dalam busana perkahwinan :P

Ms Vivian Lee turut mengadakan persembahan menghasilkan dress makan malam secara live dihadapan para pengunjung malam itu tau3

Akhir sekali nindiaaaaaa, selfie sekeping Ibu dan Boboboy di Royale Chulan Penang he3 :P

Untuk makluman, selain dari mendapatkan panduan nasihat serta promosi terkini perkahwinan, para pengunjung juga secara automatik akan memenangi pelbagai voucher istimewa apabila mengambil pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Royale Chulan Penang. Ini termasuk voucher penginapan 2hari 1malam di Royale Chulan Penang, voucher Royale Spa, Clarena Facial, seta diskaun intomewa dari Diamond & Paltinum, The Wine Shop dan Say Cakes.

Jika anda berminat, sila jangan tunggu lagi, segeralah mengunjungi I'm Yours : Wedding Showcase 2019 di Royale Chulan Penang. Gunakanlah peluang keemasan ini untuk grab tawaran promosi serta diskaun menarik sempena hari bahagia anda. Sila jangan segan silu untuk menghubungi terus pihak hotel Royale Chulan Penang.

Program yang disusun atur sepajang minggu promosi I'm Yours : Wedding Showcase 2019

28 September 2019 - 31 Oktober 2019
11.00am - 6.00pm
Royale Chulan Penang
No 1 & 2, Pengkalan Weld
Georgetown,
103000, Penang
Fax : 04 250 1111





~~~ The End ~~~

1 comment: