Friday, October 12, 2018

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat petang. Masih berbaki satu hutang entry. Kali ini saya akan berkongsi event terakhir yang saya hadir bersama Boboboy dan arwah Opah eh, iaitu Royale Affair Wedding Showcase di Royale Chulan Penang. Event ini juga berlangsung pada bulan July. Bulan terakhir kami sekeluarga bersama arwah Opah eh. 


Al Fatihah
Norsiah Binti Dahanan

Saya dengan ini ingin menyusun seupuluh jari dan meminta maaf kepada pihak Royale Chulan Penang, terutama sekali Ms Vaysnavee kerana terlewat (sangat terlewat sebenarnya) untuk mencoret entry di dalam blog picisan saya ini. Saya juga amat terharu dan berterima kasih kerana pihak Royale Chulan Penang sangat memahami situasi semasa saya pada ketika itu.

Berbalik kepada entry ini, pihak Royale Chulan Penang telah menjemput saya untuk hadir sama memeriahkan bulan promosi bagi Royale Affair Wedding Showcase. Jom bersama saya menerokai serba sedikit pengalaman pada hari kejadian.



Royale Affair Wedding Showcase
Royale Chulan Penang


Hari Perasmian Dan Pembukaan | Royale Affair Wedding Showcase

Hari Perasmian Dan Pembukaan | Royale Affair Wedding Showcase | Hotel Royale Chulan Penang merupakan sebuah hotel yang terletak di dalam kawasan Tapak Warisan Georgetown World Heritage. Bersesuaian dengan tema dan juga seni reka bangunan hotel ini, ianya memang merupakan salah sebuah hotel yang menjadi pilihan bagi para bakal raja sehari untuk mengabadikan hari istimewa meraka. Maka selari dengan ini, pihak hotel telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu showcase bagi memberikan peluang dan ruang pada yang berminat untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Royale Chulane Penang. Ini merupakan peluang keemasan bagi bakal raja sehari untuk mendapatkan promosi menarik dengan harga terbaik.

Tanpa melengahkan masa, jom kita bersama-sama melayari kemeriahan pada hari perasmian Royale Affair Wedding Showcase di Royale Chulan Penang.


Ucapan aluan dan perasmian dari pihak pengurusan Royale Chulan Penang

Red carpet menuju ke ruang pameran Royale Affair Wedding Showcase


Sungguh anggun busana pengantin dan hiasan-hiasan di hari istimewa raja sehari

Kenangan Boboboy bersanding dengan arwah Opah eh


Boboboy menikmati kemeriarahan di hari perasmian 

Sebagai penutup, kami dijamu dengan hidangan yang menyelerakan


Pihak Royale Chulan Penang turut menawartkan pakej untuk raja sehari berserta Bridal Suites

Walaupun showcae ini telah tamat, anda tidak perlu bimbang. Ini kerana anda masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk mendapatkan promosi dan diskaun istimewa terkini. Jika anda berminat sila jangan segan silu untuk menghubungi terus pihak hotel.


Royale Chulan Penang
No 1 & 2, Pengkalan Weld
Georgetown,
103000, Penang

No. Tel. : 04 259 8888
Fax : 04 250 1111

FB : royalechulanpenang

IG : royalechulanpenang

Website : www.royalechulan-penang.com





~~~ The End ~~~

2 comments: