Friday, October 16, 2020

Set Minum Petang dan Sarapan Pagi Di Areca Cafe, Areca Hotel Georgetown Penang | Makan BEST Di Pulau Pinang

Set Minum Petang dan Sarapan Pagi Di Areca Cafe, Areca Hotel  Georgetown Penang | Makan BEST Di Pulau Pinang

Set Minum Petang dan Sarapan Pagi Di Areca Cafe, Areca Hotel Georgetown Penang | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat semuaaaaaaa. Seperti mana yang telah saya petik di dalam ENTRY sebelum ini , makanya kali ini saya akan kongsi pula komen bagi pengalaman kami 3 beranak sewaktu menikmati menu minum petang dan sarapan pagi di Areca Cafe, Areca Hotel Georgetown Penang.


Areca Cafe turut mengekalkan konsep klasik, cosy dan garden, sepertimana yang diketengahkan Areca Hotel Georgetown itu sendiri. Sitting area terbahagi kepada dua iaitu outdoor (garden) dan juga indoor. Bagi yang inginkan suasana penuh kehijauan sewaktu menikmati hidangan, eloklah pilih garden area naaa. Bagi yang inginkan persekitaran berhawa dingin dan lebih privacy bolehlah memilih area indoor, haaa gitchew. 


Untuk makluman, untuk stay in guest, sekarang ini pihak Areca Hotel Georgetown Penang tengah mengadakan promosi istimewa iaitu untuk setiap bilik akan menerima komplimentari minum petang tau3. Dan set minum petang ini adalah termasuk dengan komplimen chendol dari Penang Road Famous Teochew Chendul. Bagi menu sarapan pagi pula, selain pelbagai seleksi menu sedia ada yang betemakan fusion, terdapat MENU BARU, iaitu Canai Cheese Bolognese.


Inilah Areca Cafe, Areca Hotel Georgetown Penang

Set minum petang untuk kami 3 beranak di petang hari kejadian

Pssttt, set minum petang ini berbeza ya setiap hari. Untuk hari kejadian, menu yang kami nikmati ialah popia goreng, butter cake, pau kaya pandan serta biskut. Bersama set ini disertakan sekali pilihan minuman sama ada teh ataupun coffee. Tambahan lagi bagi promosi seperti yang telah saya katakan di awal tadi, kami turut dihidangkan dengan Penang Road Famous Teochew Chendul. Tidak perlu bersesak-sesak atau bersusah payah beratur untuk mendapatkan chendol terkenal di Pulau Pinang ini tau3. Terbaiklah

Haaaa, maneh dop puan blog posim goyang-goyang atas 'rocking chair' sebelum minum petang ???

Psssttt, memang lain feel dia tau, bila lepak, chill dan rilex di ruang santai hadapan bilik sambil menikmati hidangan. Rasa layaaaannnn ja. Si Boboboy masa time ni dok main di dalam kids room, yang terletak sebelah ruang santai ini sahaja. Sambil posim, sambil makan, sambil rilex, sambil minum, sambil scroll fb, sambil makan lagi. Tidak perlu risaukan anak sebab selamat bermain di dalam kids room itu. Haaaaa, nikmat dunia kan3 he3

Ini pula menu untuk sarapan pagi di Areca Cafe, Areca Hotel Georgetown Penang

Canai Cheese Bolognese

Pssstt, ninjiiaaaaa menu terkini, hiburan sensasi dari Areca Cafe. Hanya RM8.99, anda akan dihidangkan set ini bersama secawan teh tarik kaaawwwww. Memang wajib cuba dan berbaloi tau3

Ini pula set menu sarapan pagi yang kami pilih dari In House Guest Breakfast Menu

Pssttt, secara total jumlah menu yang anda boleh pilih adalah sebanyak 10 jenis tau3. So meh sini kita ushar satu persatu menu pilihan kami 3 beranak pada pagi kejadian
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Breakfast Udon Noodle Soup

Areca Breakfast

Smoked Salmon Scramble

Pssstt, secara total, memang kenyang tersandar kami 3 beranak pagi itu, he3. My own personal liking will be the smoked salmon scramble tu la kan3. Boboboy seketul tetap dengan set menu yang ada hot dog itu a.k.a set Areca breakfast, manakala encik suami tersayang suka kesemuanya he3


Untuk maklumat lanjut promosi terkini, boleh terus klik link di bawah ni naaaaaaa :
v
v
v
v

Open Monday to Sunday from 7:30am – 10:00pm (Last order 9:30pm).Serving Breakfast, Lunch & Dinner

Address : No.27 Jalan Khoo Sian Ewe, George Town, 10050 Penang, Malaysia

Telephone : +604 261 0050

Email : info@arecahotelpenang.com



~~~ The End ~~~

4 comments:

  1. wahh...sedapnya makanan semua. Belum pernah lagi sampai penang

    ReplyDelete
  2. nak komen outfit jeans tu, cantik sangat3! sesuai betul dengan sis, nampak manis je :D

    ReplyDelete

Instagram