Friday, October 9, 2020

Makan Kitchen, Double Tree Resort by Hilton Penang | Makan BEST Di Pulau Pinang

Makan Kitchen, Double Tree Resort by Hilton Penang | Makan BEST Di Pulau Pinang

Makan Kitchen, Double Tree Resort by Hilton Penang | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia, diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi dengan hari Jumaat penuh berkat. Walaupun dengan keadaan semasa isu COvid-19 yang semakin meruncing, yang mengganggu ketenteraman hati dan jiwa raga kita semua, tapi sebaiknya kita cuba bersangka baik dengan percaturan Allah. Adalah lebih baik kita hentikan menunding jari ke sana ke sini, dan adalah lebih wajar jika di kala ini, kita lakukan apa yang kita boleh untuk menyumbang, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk membendung penularan wabak ini kan3. Marilah kita bersama-sama, mendoakan kesihatan dan kekuatan para barisan hadapan kita, para pemimpin kita, yang sedari hari pertama berusaha dengan sebaik mungkin dalam menjaga keselamatan rakyat pada keseluruhannya. Allah, ya Allah, pelihara mereka semua ini senantiasa, amiinnn.


Baiklah, mari kita tune semula untuk kembali kepada perkongsian yang ingin saya buat bagi entry kali ini, iaitu review buffet dinner di Double Tree Resort by Hilton Penang. Sebenarnya untuk makluman pembaca semua, review ini dilakukan sebelum perlaksanaan PKP. Dan oleh kerana PKP, entry ini ditangguhkan. Tetapi pada hari ini saya tetap ingin berkongsi dengan para pembaca blog saya pengalaman saya sewaktu menikmati buffet makan malam di Makan Kitchen, Double Tree Resort by Hilton Penang. Tema yang diketengahkan ialah Seafood Market : Cook to Your Table. Nak tahu details, ajoomm layan ceritera bergambar di bawah.


Makan Kitchen, Double Tree Resort by Hilton Penang

Kami dua beranak yang setia memantikan ketibaan Ayah eh 

Tadaaaaaaaaaa, ninjiiaaaaa sampan makan laut dan bahan-bahan bakar eh
v
v
v
v
v
v
Antara item yang ada dan menjadi rebutan adalah, udang, isi ikan, ketam, daging, ayam, sosej, lamb shoulder, sayuran dan banyaaaakkk lagi

Ini pula cook station bagi makanan laut yang telah kita pilih

Pssttt, kiranya, anda pilih apa juga yang anda dambakan dari sampan, terus serahkan ke cooking station ini dan pilih jenis sos yang anda inginkan. Hidangan anda akan di bakar dan di grill bersama sos pilihan anda dan seterusnya dia hidangkan ke meja anda

Haaaaaa, yang bertingkek-tingkek di atas ini merupakan buffet spread lain yang terdapat pada malam kejadian selain daripada grill dan bakar section tadi tau3. Dari pembuka selera, ke hidangan utama sehingga pencuci mulut. Menu masakannya berasaskan masakan barat ada, masakan fusion ada, masakan tempatan melayu, cina dan india pun ada. Memang rambang mata memilih, makanya silalah pilih dengan berhemah haaa gitchheewww he3

Ninjiaaaaaaaa, seekali lagi, masih mengekalkan tema bertingkek-tingkek iaitu antara choosen plates kami tiga beranak di malam kejadian

Pssstt, through out the night memang saya rasa dalam 6-7 kali kami ulang ke grill dan bakar station tu tau3. Sehingga kini saya dan suami tidak boleh melupakan keenakan daging dan ketam grill ittuuuuuu. Boboboy seketul asyik ulang sosej grill sajaaa la he3

Nah upah sekeping gambar Boboboy seketul dengan menu penutup di malam kejadian he3



~~~ The End ~~~ 

4 comments: