Monday, October 5, 2020

F&B Room Service, Sunway Hotel Georgetown | Makan BEST Di Pulau Pinang

F&B Room Service, Sunway Hotel Georgetown | Makan BEST Di Pulau Pinang

F&B Room Service, Sunway Hotel Georgetown | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang Isnin semua pembaca. Sambungan dari ceritera dari City Staycation di Sunway Hotel Georgetown, untuk entry kali ini sebagai pelengkap saya akan berceritera pula tentang menu, hidangan dan makanan, yang kami sekeluarga nikmati sepanjang staycation ini. Sudah semestinya apakah nilainya sesebuah percutian itu jika tidak dilengkapi dengan makanan yang enak kan3. Jika anda menginap di Sunway Hotel Georgetwon, tidak perlu risau dan gundah gulana memikirkan lokasi ataupun menu apakah yang boleh melengkapi keinginan anda sekeluarga sepanjang bercuti. Just chill dan relax di dalam bilik anda, pilih dan tempah, kemudiannya nantikan menu pilihan anda di hantar terus ke atas meja di dalam bilik anda.


Kami sekeluarga benar-benar terharu dengan service yang diberikan sepanjang kami menginap di Sunway Hotel Georgetown. Sedari awal ketibaan, kami telah dikejutkan dengan complimentary welcoming fuits and card. Rasa sangat dialu-alukan kedatangan kami semua tau3. Ajoommmm layan ceritera bergambar di bawah.


Complimentary welcoming fruits and card

Ninjiaaaaaaa Boboboy seketul terbaring penuh gaya mutu keunggulan disebelah buah-buahan ittuuuuuu he3

Room service menu dan juga set breakfast menu 

Psssstt, hanya perlu pilih, buat pesanan melalui telefon bilik dan tungguuuuuu. Dalam kesekejapan sahaja pilihan makanan anda akan tiba di muka pintu, dan dihidangkan di atas meja bilik anda tau3. Mudah, cepat dan berbaloi tau3

Ini merupakan pilihan menu untuk makan tengah hari kami 3 beranak di hari ketibaan (check in)

Pssstttt, meh sini nak layurkan lebiiihhhh terperinci lagi satu persatu menu eh yang menambat hati kami
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Cheesy chicken burger 

Psssttt, menu ini memang menambat hati. WAJIB cuba. SIMPLE yet sooooo DELICIOUS. Isi ayam yang sangat berjus dan tebal ditengah-tengah antara dua bun gebus, bersama sekeping cheese dan sayuran segar. Tak cukup seketul sebenarnya, sebab sedap sangat, he3

Signature fried rice

Psssttt, nasi goreng rasanya pedas sedikit tapi memenuhi pilihan rasa tekak saya dan suami. Kalau dilihat penuh pinggan kan3. Nasi goreng dengan chicken wings eh, dengan keropok ikan eh, dengan telur mata eh, dengan udang eh dengan sayuran eh. Udang nalaaaa besor.

Mushroom soup

Pssstt, sup ni betul2 creamy tau3

Cheesecake and tropical fuits

Psssttt, kesemuaaaaaaa buah-buahan ini fresh dan manisssss. Tak terasa makan habis sepinggan tau3

Ini merupakan pilihan menu untuk makan malam

Pssstttt, bawah ni detailsnya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Cheesy chicken burger 

Psssttt, sebab sedaaaaapppp sangat kan3. So untuk dinner Ayah dan Boboboy order burger sorang satu

Hat ni Ibu punya Char Koay Teow

Psssttt, tak Penang la weeii kalau tak makan CKT masa cuti-cuti Penang kan3 :P Sedaaaappp3. Kena dengan tekak Ibu. 

Akhir sekali, ini merupakan pilihan menu untuk sarapan pagi di hari kedua (check out day)

Pssstttt, bawah ni detailsnya
v
v
v
v
v
v
v
v
Set A Local Set

Pssstt, set ini merupakan set makanan tempatan, iaitu set nasi lemak. Ianya didatangkan bersama telur rebus, kepak ayam goreng, ikan bilis, timun dan semestinya sambal

Set B Local Set

Pssst, set kedua juga merupakan set menu tempatan, iatu mee goreng bersama telur mata dan kepak ayam goreng

Set C Western Set

Psssttt, set terakhir ini merupakan set menu barat. Ianya didatangkan bersama telur (kaedah masakan boleh dipilih sama ada hard boiled, half boiled, sunny side up, scramble, over easy atau emelette), sosej, baked beans dan juga potato wedges

Kesemua set untuk sarapan ini memang didatangkan bersama roti, butter &jam, buah-buahan tempatan serta pilihan minuman teh atau kopi

Haaaaaaa, macam mana perasaan anda setelah dijamukan dengan bertingkek-tingkek menu makanan di atas ni haaaaaa??? Semua menu ini kami sekeluarga nikmati DI DALAM BILIK. Iyyeeerrrrr, kami memang tak keluar bilik langsung untuk mencari makanan atau untuk menikmati makanan tau3. Saya hanya angkat ganggang telefon, dah membuat pesanan, kemudian tungguuuuuu di atas katil. Bukanlah tunggu atas katil tak bangun dan makanan tu terus pihak hotel hidang atas katil sebelah saya naaaaa, melampau sangat la kan kalau macam tu :P. Saya tunggu atas katil, tak sampai 20minit loceng bilik berbunyi, saya bangun, pakai tudung dan jalan mengesot ke muka pintu pengadilan, buka pintu dan benarkan staff hotel untuk masuk dan meletakkan hidangan di atas meja. Kemudian kami anak beranak boleh terus seerrrbuuuuu he3. 

Muuddaaahhhh sangat2 tau. Ini baru betul2 staycation. Totally chill dan relax di dalam bilik. Tidak perlu bersesak-sesak, tidak perlu turun untuk mengambil pesanan. Makanan pun sedap sehingga menjilat jari. Totally RECOMMENDED. So jangan lepaskan peluang, segeralah menempah pakej percutian City Staycation anda di Sunway Hotel Georgetown. Maklumat lanjut boleh rujuk ENTRY saya sebelum ini.


~~~ The End ~~~

4 comments:

  1. Replies
    1. Betul3
      paling WIn burger itu
      tu yang dok ulang tu siang ke malam he3

      Delete
  2. Saya pun ikut rasa seronok melihat gambar-gambar di hotel ini. Biliknya nampak selesa sangat, kemas dan bersih. Makanan-makanan tu...aduhai...menggoda selera betul! Bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah, memang best
      seronok spend time bersama keluarga
      kalau mai Penang, bolehlah try booked Sunway Hotel kan3

      Delete