Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Review by #projekbloggerutara

9:15:00 AM

Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Review by #projekbloggerutara

Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Review by #projekbloggerutara

Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Review by #projekbloggerutara | Assalammualaikum & Selamat Pagi Uols. Meh sini iols nak ceritera tentang tour Thomas Town yang sedang berlangsung di Pulau Pinang sekarang ni.


Alhamdulillah sekali lgi #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk turut serta dalam acara Perasmian Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour di Gurney Paragon Mall pada 1 Oktober 2016.


Pengembaraan Di Pulau Pinang | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016

Pengembaraan Di Pulau Pinang | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Thomas Town, Puteri Harbour, dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia lebih awal dengan Thomas Town ‘Mini & Mighty’ Malaysia Tour yang berlangsung pada 1 hingga 16 Oktober 2016.


Berlatar belakangkan Pulau Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang. Perasmian dengan penuh ceria telah dilaksanakan dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, barisan tetamu kehormat dan diserikan dengan para pengunjung Gurney Plaza mall.



Tapak pameran yang berlatar belakangkan Pulau Sodor di Gurney Paragon Mall

Perasmian oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng & barisan tetamu kehormat


Let's The Fun & Joy Begins | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016

Let's The Fun & Joy Begins | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Di tapak tour ni, kanak-kanak la yang gumbira gitew. Memang akan berlaku pelbagai aksi bekejor kesan dan sini. So para Ibu Bapa harusla aktif dan peka yer he3. Mana taknyer, kat sini terdapat pelbagai aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride, Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak Thomas & Friends, iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour, Johor hokeyh.




Nampak dop Boboboy dok sebok maen dengan choo choo train tu haaaaaa

Ini satu lagi tarikan yang menjadi rebutan a.k.a Thomas Maze Challenge

Terdapat juga persembahan pentas yang sungguh menarik dengan tarikan utamanya sudah tentulah Sir Topham Hatt

Istimewanya juga, buat pertama kali di Penang, para peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin Thomas & Friends setinggi satu meter. Menerusi pameran yang merupakan replika siri televisyen popular Thomas & Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular seperti Thomas, Percy, James,dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang dihias dengan tema istimewa seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.

Boboboy dengan sebahagian dari barisan 70 buah enjin Thomas & Freinds

Muka teruja my Boboboy yang tak sabor nak naek train ride gitew 

Ibu & Opah pun nak tompang posim dengan Thomas he3




Meh iols belanja bideo abam Fayyadh & Aqil enjoying their choo choo train ride gitew

Thomas Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat dengan membawa kanak-kanak kedunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli tiket pada harga promosi iaitu RM 99 untukdua pas masuk (harga asal RM 170), tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini & Mighty’ Tour.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.

Suka-suki Weols Di Hari Perasmian | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016

Suka-suki Weosl Di Hari Perasmian | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Selain aktiviti2 menarik, dekat tapak tour ni pun ada pelbagai jualan produk Thomas & Freinds tau3. So bolehla uols nak menambahkan koleksi2 gitew.



Haaaaaaa....sila tebalkan sikit poket untuk gumbirakan hati anak tersayam gitew he3

Tapi jangan risau, terdapat tawaran diskaun intimewa hokeyh

Asai dapat seketoi pun jadikla he3

Ibu, Ayah & Boboboy wefie gitew

Alhamdulillah, sesi luncheon di Jhonnys Rocket


Penang Tour Programme (1-16 October 2016) | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016

Penang Tour Programme (1-16 October 2016) | Thomas Town : Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 | Jangan lepaskan peluang untuk turut serta merasai sendiri keseronokan bersama anak-anak di Mini & Mighty Tour Pulau Pinang. So uols boleh rujuk jadual program di bawah yer :).




Thomas & Freind Train Ride

10.00am - 12.00pm
1.00pm - 6.00pm
7.00pm - 9.00pm


1 October, 2016
5.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet Session On-Stage
6.00pm Thomas Town Maze Challenge
8.00pm Thomas Town Track Challenge
9.00pm Thomas Town Trivia


7 & 14 October, 2016
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
4.00pm Thomas Town Trivia Contest
8.00pm Thomas Town Track Challenge


8 & 15 October, 2016
12.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
3.00pm Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm Thomas Town Track Challenge
7.00pm Thomas Town Storytelling Session
9.00pm Rusty & Dusty Meet & Greet


2,3,9 & 16 October, 2016
12.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
3.00pm Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm Thomas Town Track Challenge
7.00pm Thomas Town Storytelling Session



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

4 comments

  1. seronok tgk fayyad aktif kemain pada hari kejadian

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa... kalau dekat nak terjah jugak.. :)

    ReplyDelete
  3. laa..lagi seminggu..nak bodek encik suami laa kut2 dia nak banjer

    ReplyDelete
  4. seronoknyaa... nak naik cho cho train jugakkk

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati