Saturday, May 26, 2018

Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah sudah masuk minggu kedua kita berpuasa kan3. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan mulia ini diterima dan mendapat keberkatan Amiiinnnn.

Bagi entry ini, saya akan berkongsi sebuah lagi venue menarik yang menawarkan promosi buffet Ramadhan. Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, sudah pastinya Berjaya Penang Hotel tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta didalam memeriahkan lagi Ramadhan dengan menawarkan buffet Ramadhan dengan temanya Selera Ramadhan.


Buffet Ramadhan 2018 di Berjaya Penang Hotel dengan bertemakan Selera Ramadhan


Seleksi Pembuka Selera | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Seleksi Pembuka Selera | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Sebagai permulaan, mari saya mulakan entry ini dengan menjamu mata anda (dan mata saya sekali lagi he3), dengan selekdia menu pembuka selera yang ditawarkan di Berjaya Penang Hotel.

Seleksi pembuka selera yang bertemakan 'Selera Ramadhan'
Pelbagai jenis sambal, ulam, keropok, kerabu dan lain-lain

Ulam ulaman tempatan

Pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal kicap, sambal cencalok, air asam)


Kerabu ayam & soun, kerabu mangga dan tauhu sumbat


Pasembor & Gado gado


Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Beralih ke seleksi hidangan utama, pilihan yang disajikan pastinya akan menambat selera anda yang memang meminati hidangan tradisional Melayu asli. Tanpa melengahkan masa lagi, jom layan ceritera bergambar saya dibawah ini.


Barisan buffet bagi menu utama di Berjaya Penang Hotel

Pilihan nasi putih dan nasi briyani


Kari ikan bawal
Gulai nangka muda dengan ikan bilis


Kambing kurma


Daging rendang
Ayam masak merah


Sambal udang petai
Belitung goreng bercili


Bendi goreng pedas
Daun asin-asin masak lemak


Sup Dan Bubur Lambuk | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Sup Dan Bubur Lambuk | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Seperti sudah menjadi satu kemestian apabila berbuka puasa, antara menu yang menjadi menu WAJIB adalah sup tulang dan bubur lambuk kan3. Jangan bimbang, kerana di Berjaya Penang Hotel, menu ini juga terhidang untuk anda nikmati sehingga puas gitew.


Sup tulang lembu


Bubur lambuk


Seleksi Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Seleksi Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Di Berjaya Penang Hotel, barisan seleksi bagi menu gerai aksinya adalah pelbagai. Dari item grill/bbq, ke shawarma, ke ABC, ke laksa johor dan banyaaaakkk lagi. Tanpa melengahkan masa jom layan ceritera yang lebih jelas dan terang mata hati #eh3 dengan ceritera bergambar dibawah.


Chicken shawarma

Grill & bbq
Dengan seleksi udangm ikan, daging, kambing, ayam dan mussels
Terdapat juga ikan bawal goreng panas-panas.

Disempurnakan dengan sos pencicah


Uncle yang sentiasa tersenyum dengan mesra sambil mengrill menu pilihan para pengunjung

ABC dan aiskrim


Laksa Johor

Rojak buah-buahan, salad dan jeruk


Seleksi Pembuka Selera | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Seleksi Pembuka Selera | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Pencuci mulut yang dibariskan di malam kejadian juga tidak kurang hebatnya. Anda pasti akan rambang mata dengan seleksi puding, kek, kuih muih tradisi dan juga buah-buahan.

Barisan buffet bagi pencuci mulut


Buah buahan tempatan dan antarabangsa


Pelbagai jelly dan puding


Pelbagi jenis kek dan puff

Pelbagai jenis kuih muih tempatan

Bubur kacang dan pisang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Setelah menjamu anda semua dengan menu menu yang bertingkek-tingek, makanya sudah tiba masanya untuk saya berkongsi pula menu pilihan dari hati seorang blogger.

Antara pinggan mangkuk dan gelas/cawan kami suami isteri pada malam kejadian

Psssstt, masih mengekalkan konsep wajib merasa semaksima yang boleh menu masakan yang ditawarkan untuk berkongsi rasa dengan para pembaca gitew. Setelah berhempas pulas merasa, menghirup, mengunyah dan menghadam, maka dengan ini saya ingin berkongsi beberapa menu yang telah berjaya menambat hati kami suami isteri, iaitu ...................
v
v
v
v
v
v
Grill item terutamanya daging dan udang

Pssttttt, daging tu memang lembut ya ampun. Isinya sungguh berjus. Boleh tujuk gambar di atas, Aduuuiiiii, dugaan sungguh bagi seorang blogger apabila menaip entry review di kala berpuasa, sob3. 

Pelengkap dan juga merupakan satu item yang merupakan pencetus kepada ke-WIN-an item di bahagian grill adalah sos pencicahnya seperti diatas. Saya paling suka dengan sos lada hitam itu. Dari tahun lepas membawah ketahun ini, memang bahagian inilah yang menjadi dambaan hati saya. 


Laksa Johor

Pssttttt, saya sukaaaaaa, suka sangat-sangat, tersangat sukaaaaaaa dengan laksa Johor ini. Ini merupakan pertama kali saya melihat, merasai dan menikmati laksa johor. Tapi meeeemaanng sangat-sangat sedap laksa Johor di Berjaya Penang Hotel. Teringat-ingat sehingga sekarang. 


Inilah kunci rahsia kesedapan laksa Johor di Berjaya Penang Hotel

Pssttt, kuahnya cukup pekat likat lemak pedas dan wangiiiiiiiiiiii. Alaaahaaaaii, mengidam dah ni haaaaaaa, tolong tolong tolong. Memang WAJIB tau untuk anda rasai apabila berkunjung disini, Ingat tau WAAJIIIBBBB he3.

Kurma kambing dan rendang daging juga WIN bagi saya

Pssttt, kedua-dua menu ini memang terasa seperti masakan dari air tangan Ibu. Rasanya terserlah dengan keunikan masakan melayu asli. WINlah.


Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Berjaya Penang Hotel | Sebagai rujukan untuk anda semua, bolehlah merujuk perincian seperti dibawah bagi maklumat lanjut buffet Ramadhan di Berjaya Penang Hotel.



Buffet Ramadhan Berjaya Penang Hotel

Tema
Selera Ramadhan

Tarikh
19 May 2018 - 13 Jun 2018

Lokasi
The Cafe
Level 1

Harga
RM58.00 nett/dewasa, RM45.00 Warga Emas, RM30.00 nett/kanak-kanak 

Laman sesawang

Facebook

Instagram




~~~ The End ~~~
2

Tuesday, May 22, 2018

Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Salam Ramadhan Ya Karim. Semoga Ramadhan kali ini memberikan limpah kurnia Rahmat dan kesejahteraan kepad kesekian alam AMIIINNNN.

Kali ini, mari saya berkongsi sebuah lagi pilihan untuk berbuka bersama keluarga tersayang. Tidak lain dan tidak bukan buffet Ramadhan di Vistana Penang.


Kami tiga beranak a.k.a tuan blog / Ibu + Opah + Boboboy di media Review, buffet Ramadhan Vistana Penang


Bertemakan 101 Resipi Tok Wan | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang

Bertemakan 101 Resipi Tok Wan | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Vistana Penang masih mengekalkan lokasi bagi buffet Ramadhannya iaitu di dewan utamanya (Grand Ballroom). Ini kerana bagi menimbulkan suasana berbuka puasa bersama keluarga, kenalan dan rakan secara meriah seolah-olah sedang berhari raya gitew.

Tanpa melengahkan masa lagi jom bersama-sama saya melayari kemeriahan di malam media review buffet Ramadhan di Vistana Penang yang bertemakan 101 Resipi Tok Wan.

Antara barisan buffet di malam media review buffet Ramadhan di Vistana Penang yang bertemakan 101 Resipi Tok Wan

Table sitting di dalam dewan utama (Grand Ballroom) Vistana Penang

Boboboy merasmikan pentas sebelum persembahan professional dimulakan gitew


Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang

Seleksi Hidangan Utama | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Sungguh unik konsep yang ditampilkan oleh Vistana Penang, yang mana hidangan utamanya dipersembahkan dengan memfokuskan hidangan asli masakan Melayu kampung. Untuk perincian hidangan yang anda boleh nikmati, sila membaca entry ini seterusnya.

Ikan keli bakar
Ayam panggang percik
Daging rendang

Pajeri terung ala kampung
Udang masak lemak pucuk paku
Sayur goreng soohon dengan pucuk bersama pedal ayam
Kacang buncis goreng

Kailan goreng belacan
Tauhu dengan sos telur
Siew pak choy dengan kulit tauhu dan sos cendawan enoki
Sambal tempe ikan bilis


Ayam masak merah
Asin asin labu masak lemak
Patin tempoyak
Gulai lemak talang ikan masin

Seleksi Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang

Seleksi Gerai Aksi | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Barisan gerai aksi yang ditawarkan pada buffet Ramadhan Vistan Penang juga tidak kurang hebatnya. Dijamin akan menambat hati anda.

Warung kambing panggang dan sate

Warung yong tau fu

Warung bubur
Menawarkan pelbagai seleksi bubur antaranya bubur hitam, bubur kacang hijau, bubur gandum dan pengat pisang

Warung nasi kerabu


Warung buah-buahan


Warung asam laksa


Warung nasi ayam dan daging gulai


Warung sup dan bubur lambuk

Warung ABC dan aiskrim malaysia

Warung murtabak

Warung minuman sejuk dan panas

Terdapat jugak seleksi pilihan kerepek/keropok, jeruk buah serta rojak buah


Seleksi Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang

Seleksi Pencuci Mulut | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Meriah dan berwarna-warni sungguh seleksi hidangan pencucui mulut yang ditawarkan pada malam kejadian. Memang menepati tema asal yang diketengahkan oleh Vistana Penang.
 
Barisan buffet bagi seleksi hidangan pencuci mulut di Vistana Penang

Kepelbagaian jenis jelly dan puding yang ditawarkan

 Kepelbagaian jenis kuih muih yang ditawarkan

Kurma dan bread butter pudding


Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang

Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Baiklah, diantara barisan menu-menu yang bertingkek-tingkek yang saya perincikan di dalam entry di atas ini, maka dengan ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca menu manakah yang terpahat dan melekat di hati saya.

Sebahagian kecil pinggan dan mangkuk pilihan saya pada malam kejadian

Psssttttt, WIN sungguh nasi tumis itu dimakan bersama kambing panggang. Ditambah pula dengan sos blackpepper dan sos mushroom peergghhhh, terangkat he3. Haaaaaa, turut dalam senarai top bagi saya adalah sateeeeeeeeeee. WIN ok. Laksa jugaaaaaaaa. #eh3 kalau nak diikutkan banyak yang nak disenaraikan :P, tapi kutahan jugak jebat :P.

Selain dimakan bersama kambing, nasi ini juga memang sungguh enak pabila dimakan bersama ..........
v
v
v
v
v
Ayam panggang percik

Haaaaaa, tak kiraaaa
Nak senaraikan jugaa yang ini
Iyeerrlaa, iyeerrlaaa, saya janji yang ini last he3
Memang kena sungguh ditekak saya menu patin tempoyak. Aternya kata orang perak yer dop yong mestilah suka masak tempoyak he
WAJIB cuba ok

Akhir sekali saya belanja gambar dua ketul kesayangan saya a.k.a Opah eh dan Boboboy eh menjamu selera di malam kejadian


Maklumat Buffet dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang

Maklumat Buffet dan Lokasi  | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Di bawah ini saya kongsikan bersama untuk rujukan para pembaca yang telah berminat dan akan berminat untuk turut serta merasai buffet Ramadhan di Vistana Penang.


Tema
101 Resipi Tok Wan

Tarikh
16 May 2018 - 13 Jun 2018

Lokasi
Grand Ballroom,
Vistana Penang

Harga
RM70.00 nett/dewasa, RM30.00 nett/kanak-kanak 


Laman sesawang



Facebook



Instagram






~~~ The End ~~~
0