100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang
100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang
100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk kembali menjunguk serta mencoret di ruangan blog ini. Agak lama menyepikan diri. Cuba menenerima kenyataan, cuba mengatur kembali langkah hidup, cuba memulakan kembali. Sehingga kini masih lagi dalam proses mencuba. Kehilangan yang sungguh terkesan. Satu-satunya insan yang sentiasa disisi MAK a.k.a OPAH eh.
Al-Fatihah
Norsiah Binti Dahanan
Sebelum pemergian arwah Opah eh, saya berkesempatan untuk membawa Opah untuk review '100 Days New Malaysia' Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel By The Beach Penang. Apakan daya, saya tidak sempat untuk mencoret di dalam blog pengalaman kami tiga beranak menikmati buffet terlibat. Saya sangat berterima kasih dengan Encik Mokhtar diatas jasa baik beliau yang sangat memahami keadaan saya ketika itu. Walaupun pada ketika itu saya tidak mampu berkongsi pengalaman menikmati buffet lunch di Flamingo Hotel By The Beach Penang, tetapi pada hari ini saya tetap ingin mencoret serba sedikit.
Nak tahu apakah istimewanya?? apakah kelainannya?? dan apakah yang menjadikannya WAJIB untuk anda mencuba sunday buffet lunch di Flamingo Hotel By The Beach Penang??? Jom baca entry saya seterusnya.
Pelbagai Seleksi Makanan | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang
Pelbagai Seleksi Makanan | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Barisan menu yang diketengahkan oleh pihak Flamingo Cafe, Flamingo Hotel By The Beach Penang memang cukup meriah. Untuk makluman anda, Flamingo Cafe memang sentiasa mempelbagaikan menunya untuk hidangan para pengunjung. Hotel ini merupakan antara pilihan utama saya untuk menikmati buffet, tidak kiralah untuk makan tengah hari mahupun makan malam. Ini kerana harga yang ditawarkan sudah pastinya berbaloi-baloi dengan hidangan yang disajikan. Sejak dari dahulu lagi (back to the year 2009), memang menjadi port wajib saya bersama keluarga dan rakan-rakan untuk buffet Ramadhannya tau3.
Bagi promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini, ianya jauh lebih meriah. Sudah seperti satu acara keraian besar-besaran tau3. Dari seleksi pembuka selera, ke seleksi hidangan utama, dimeriahkan lagi dengan seleksi gerai-gerai aksi, dan diceriakan dengan seleksi pencuci mulut. Nak tahu lebih lanjut, jom ikut saya melayari pengalaman dihari kejadian 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamigo Cafe, Flamingo Hotel By The Beach Penang.
Seleksi pembuka selera
Pasembur, sotong kangkong, roasted chicken platter, ulam-ulaman dan sambal, kerabu dan acar, chinese cold cut platter, samosa dan banyak lagi
Hidangan utama
Nasi putih/beriani, stir fried clam with black pepper and curry leaf, kurma ayam, otak-otak, sweet potatoes & baby carrot with curry leaf salad, barley bean curd, beef cooked with spiced & tomato paste, boiled egg with spiced and soy, japanese tofu stick with shimeji mushroom, salted fish bone curry with bean puff cockies, stir fried crispy buttered chicken with salted eggs, stir fried nyonya jiu hy char and chili paste, and stir fried seafood mee sua with chive
Pelbagai jenis puding, kek serta kuih muih tempatan, koktail serta bubur
Gerai aksi Mee Goreng & Rebus
Gerai aksi Pondok Panggang/goreng
Gerai aksi Crispy Fried Fritters
Gerai aksi Yam Cake
Gerai aksi Hokkein Mee
Gerai aksi Murtabak
Gerai aksi Ayam Golek
Gerai aksi Hor Fun & Shang Mee
Bread, butter & soups
Gerai aksi Aiskrim Goyang
Oleh kerana sambutan yang memang hangat, pihak pengurusan turut menyediakan ruang tambahan di ballroom selain di Flamingo Cafe
Antara seleksi makanan yang menjadi pilihan kami tiga beranak dihari kejadian
Last but not least, saya nak kongsi juga gambar kami tiga beranak pada hari kejadian.
Psssttt, walaupun gambar Opah eh kabur tapi ianya jelas nyata di mata dan hati saya, sob3. Ini merupakan review makanan terakhir yang saya sempat bawa Opah, sob3.
Maklumat Buffet dan Lokasi | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang
Maklumat Buffet dan Lokasi | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Sebagai rujukan untuk anda semua, bolehlah merujuk perincian seperti dibawah bagi maklumat lanjut lunch buffet di Flamingo Hotel By The Beach Penang.
Flamingo Cafe
Flamingo Hotel By The Beach Penang
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: rsvn@flamingo.com.my
website :
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment