34 Bishop | Makan Best Di Penang
34 Bishop | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, Pulau Pinang dihujani hujan Rahmat sedari awal pagi lagi. Sejuk, mendung suasana. Dikala musim hujan ini, semoga kita semua sentiasa berhati-hati, terutama di jalan raya.
Berbalik kepada entry kali ini, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan para pembaca sebuah lagi port untuk makan best di Pulau Pinang.
Pulau Pinang sudah pastinya sinonim dengan syurga makanan kan3. Bagi penduduk Pulau Pinang mahupan para pengunjung yang datang ke Pulau Pinang, sudah pastinya akan menerokai keenakkan masakan di negeri Pulau Mutiara ini kan. Sebagai satu pilihan terbaik yang boleh anda masukkan di dalam senarai jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang ialah 34 Bishop Cafe.
Haaaaaaaa, nak tahu lebih lanjut??? Jangan risau, meh sini saya kongsikan pengalaman saya bersama beberapa orang rakan blogger Pulau Pinang sewaktu menikmati hidangan makan tengah hari di 34 Bishop Cafe.
Pelbagai Menu Tempatan Dan Barat Dengan Sentuhan Istimewa Fusion | 34 Bishop
Pelbagai Menu Tempatan Dan Barat Dengan Sentuhan Istimewa Fusion | 34 Bishop | Cafe ini merupakan satu pit-stop terbaru bagi penggemar masakan yang bercirikan gabungan menu tempatan dan juga barat serta diberikan sentuhan istimewa Fusion. Mula ditubuhkan pada Januari 2019, serta terletak strategik di jalan utama di Pulau Pinang iaitu Jalan Bishop.
Interior di 34 Bishop yang sedap mata memandang
Simple, sweet dan selesa
Psssttt, cafe ini menerapkan ciri-ciri cafe yang mesra kanak-kanak serta menerapkan suasana 'cosy' dengan 'wall painting' yang cantik . Lukisan ini bercirikan alam sekitar (laut dan flora). Turut menerapkan ciri-ciri sebuah akuraium cafe, yang pastinya membangkitkan suasan tenang dan damai sambil menjamu selera
Puan blog bergambar di akuarium utama 34 Bishop
Pssstt, terdapaat pelbagai jenis ikan air tawar eksotik. Ada diantaranya yang sudah berumur lebih 30 tahun tau3. Memang satu tarikan pabila berjunjung ke 34 Bishop
Boboboy bersama Ibu yang sedang menantikan menu-menu terbaik dari 34 Bishop
Sebelum saya menersukan perkongsiaan menu menarik di 34 Bishop, sebaiknya saya memberikan pencerahan serba sedikit kepada para pembaca tentang status 34 Bishop ini. Sudah semestinya adalah penting untuk kita sebagai seorang Muslim untuk memastikan status Halal hidangan makanan bagi sesebuah cafe itu kan3. Untuk makluman, 34 Bishop merupakan 'pork free' cafe, dan ianya hanya menggunakan pembekal bahan mentah yang mempunyai sijil Halal yang sah. Ini adalah kerana pengusaha cafe memang ingin menjadikan cafenya mesra pelanggan Muslim serta boleh dikunjungi oleh semua lapisan masyarakt pelbagai bangsa serta agama.
Sebagai perincian, bahan berasaskan daging, seperti daging lembu, kambing, itik, ayam tempatan hanya diambil dari pembekal yang mempunyai sijil halal JAKIM. Antara pembekal adalah Perak Duck Food Industries Sdn. Bhd. (itik), Primabaguz Foods Sdn. Bhd. (smoked turkey), Golden Fresh Sdn. Bhd. (fish fillet/bites/nugget), BGS Trading Sdn Bhd. (kambing & lembu), dan Albatross Exim (M) Sdn Bhd (smoked salmon). Selain itu terdapat juga pembekal dengan sijil Halal antarabangsa dari negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Itali, Indonesia, Singapore serta Thailand, yang turut mempunyai sijil Halal rasmi dari kerajaan terlibat. Tidak dapatlah saya untuk menyenaraikan semuanya disini, tetapi untuk makluman anda, pihak 34 Bishop memang bersedia dengan segala sijil-sijil Halal yang berkaitan. Apa pun, ianya terpulang kepada pemahaman masing-masing. Diharap dengan pencerahan serba sedikit ini dapat memberi panduan kepada anda.
Baiklah, tanpa membuang masa lagi, jom bersama-sama saya melayari ceritera bergambar menu-menu pilihan kami di hari kejadian.
Mushroom soup & garlic toast
Pssstttt, memang kena dengan tekak saya rasa mushroom soup ini. Simple dan tidak terlampau 'over flavour'. Rasa asli dari cendawan yang tidak terlampau 'over power' rasa lemak dari cream/susu. Saling melengkapi. Dalam sekejapan sahaja Boboboy menghabiskan semangkuk he3. Tambah serasi pabila dicicah bersama roti bawang putih. Satu menu pembuka selera yang pasti akan membuka pintu selera anda he3
Buffalo wings
Psstttt, WIN weeeiiiii, memang WIN habiiisssssss. Macam ni cerita diaaaaaaaaaaa, dalam dok bertenang menikmati mushroom soup cicah roti bawang putih, saya ambil seketul kepak ayam Buffalo Wings ini, cicah di dalam dipping sos istimewanya itu, sekaliiiiiiiiii ngap didalam mulut.............Peerrrghhhhhhh, meletop-letop rasa di dalam mulut. Suapan kedua tak cicah dah, terus ngap, dan ngap lagi dan ngap lagi. Dalam sekejapan habis seketul. Sambung ketulan kedua. Ikutkan hati nak sambung lagi berketul2, tapi kusedar diri, toleh kiri kanan ada blogger-blogger lain he3 :p. Sedaaapppp weeeiiii, the BEST Buffalo Wings ever yang saya pernah rasa, Seriously, perapan dan sos dipermukaan kepak ayam itu memang TERBAIK. Compliment to the Chef. Pedas berapi, tapi anda pasti akan teruskan suapan hingga titisan terkahir. WAJIB and cuba
Golden crispy chicken finger
Psssttt, rangup diluar, 'moist & tender' didalam. Sangat sesuai untuk anak-anak
Smoked salmon salad
Psssttt, merupakan signature dish pembuka selera bagi 34 Bishop. WAJIB cuba untuk para penggemar salad
Haaaaaa, selain menu pembuka selera di atas, terdapat juga menu lain seperti garden greens salad, smoked duck salad, salted egg yolk crispy chicken finger, dan wasabi crispy chicken finger.
MENU UTAMA
Menu utama ini di letakkan di bawah beberapa kategori iaitu sandwich, rice, western&fusion, serta pasta. Dengan jumlah keseluruhan menu sehingga 43 jenis, sudah pastinya memberikan pilihan pelbagai yang pasti akan menarik selera anda
Signature fried rice with grill sambal chicken
Pssttt, merupakan menu signature dish 34 Bishop yang WAJIB anda cuba. Pedas weeiii, tapi sedap. Ngap sesudu nasi, ngap seketul isi ayam. TERBAIK. Memang sangat sesuai bagi penggemar masakan pedas
French duck confit with oriental plum sauce
Pssssttt, bahagian drumstick itik yang isinya sungguh lembut, didatangkan bersama sos istimewa tangy plum sauce, serta dilengkankan dengan potato wedges serta salad. WAJIB cuba bagi penggemar itik seperti saya. Sos plum yang memang cukup serasi bersama isi itik, melengkapi rasa secara keseluruhan. Merupakan signature dish 34 Bishop
Surf & turf
Psssttt, gabungan isi ayam tanpa tulang berperisa BBQ serta fillet ikan tempura yang rangup. Didatangkan bersama potato wedges serta salad. Sebuah lagi menu signature dish 34 Bishop yang WAJIB anda cuba
Salted egg yolk chicken chop
Psstttt, isi ayam bahagian paha tanpa tulang yang rangup diluar, berjus didalam. Didatangkan bersama kentang goreng serta salad. Menu chicken chop ini diberikan sentuhan istimewa dari chef dengan fusion twist gravynya yang berasaskan egg yolk. Unik dan tersendiri. Sebuah lagi menu signature dish 34 Bishop yang WAJIB anda cuba.
Braised lamb shank with garlic mash
Psssttt, tusiaaaaaaaaa. Sekali tengok sudah pasti anda ternganga kan3. Sudah terang lagikan bersuluh, menu signature dish 34 Bishop yang WAJIB anda cuba. Lamb shank yang dimasak secara 'gently braised' bersama pelbagai bahan (herba, bawang merah, bawang putih, rosemary). Gravy yang penuh rasa, enak dimakan bersama isi lamb shank. Hidangan ini didatangkan bersama garlic mash dan corn on cob.
Baked salmon with tomato salsa
Pssttt, salmon dibakar penuh rasa dan berjus serta dilengkapi dengan dressing tomato salsa dan didatangkan bersama potato wedges dan salad. Memang WIN dressing tomato salsa itu tau3. Pedas2, masam2, memang serasi dimakan bersama ikan salmon bakar. Peerrghhh, masih terasa lagi kesedapan menu ini tau3. Bagi penggemar salmon, WAJIB cuba
Piri-piri chicken
Pssttt, potongan isi ayam bersama nenas dan capsicum. Diperap, digrill serta didatangkan bersama sos piri-piri, potato wedges, salad dan jagung
Grilled honey lemon chicken with pasta marinara
Psssttt, SEDAP, memang sedap sungguh di tekak saya dan Boboboy. Kebiasaannya, sos marinara seoalah-olah terlampau rasa tomato, tetapiiiiii, sos marinara bagi menu ini memang terbaik. Rasa tomato yang original yang tidak 'over powering' serasi bersama rasa lemon dan madu, serta enak dimakan bersama spaghetti dan ayam grill itu. Walaupun tidak disenaraikan sebagai satu menu signature dish 34 Bishop, tetapi menu ini WAJIB anda cuba
Creamy fettuccine with chicken & assorted mushrooms
Pssstt, menu yang sangat sesuai untuk penggemar cendawan. Sebuah lagi menu signature dish 34 Bishop yang WAJIB anda cuba
MINUMAN PANAS / SEJUK
Iced lemon tea
Passion mint mojito
Iced premium chocolate latte
Iced matchapresso
Signature shakerato
Iced cafe latte
Pssttt, menu minuman sejuk dan panas yang lain bertingkek2 lagi ya kawan2. Pelbagai minuman panas dan sejuk berasaskan coffee, tea, chocolate, matcha, dan mocktail.
PENCUCI MULUT
Yang dinanti-nantikan telah tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Barisan pencuci mulut
Bananas foster french toast with vanilla ice cream
Psssstttt, WIN wweeeiiiii, WAJIIIBBBB. Sangaaattt WAJIB anda cuba. Tak namanya ke 34 Bishop la kalau anda tak mencuba menu pncuci mulut ini. TERBAIK dari chef. Serious, memang teringat2, terasa lagi keenakkannya sehingga ke saat ini. Cukup melengkapi, french toast itu, caramalised banana itu, vanilla ice cream itu, whipped cream itu, sos syrup itu. Kebaboooommmm untuk setiap suapan weeiii. Ingat tau WAJIB cuba
Brownie
Cheesecake of the day
Inilah dia barisan crew 34 Bishop yang bertungkus lumus memastikan menu pilihan para pelanggan disediakan serta dihidang dengan jayanya gitew
Kami blogger Penang bergambar kenangan bersama crew 34 Bishop
Wajah-wajah ayu kami kekenyangan di hari kejadian
Alhamdulillah
Alamat:
34, Bishop Street,
George Town, Malaysia 10200
Nombor telefon:
012-405 1784
Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM
FB :
IG :