Majlis Amal Tahunan Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim & Asnaf | Raikan Kegembiraan Hari Raya Bersama
Majlis Amal Tahunan Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim & Asnaf | Raikan Kegembiraan Hari Raya Bersama | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Bertarikh 28 Jun 2019, yang lepas, saya & beberapa blogger Pulau Pinang, telah diberikan ruang dan peluang untuk sama-sama meraikan kegembiraan rumah terbuka hari raya bersama anak-anak yatim dan asnaf. Program ini adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh NSRomancinta Empire Wedding's dengan kerjasama beberapa penganjur yang lain.
Antara penganjur bersama yang terlibat termasuklah Julie Wedding's Coture, Teratak Kasih Wedding's, Bling-bling Bridal, Min corner Corber Event Management, Auto-City Management dan McDonald's Juru Auto-City.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan meraikan rasa gembira dalam meyambut bulan bulan Syawal yang mulia ini bersama-sama dengan mereka yang memerlukan. Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh pihak penganjur.
Selain pelbagai menu hari raya yang ditawarkan dimalam kejadian, turut menyerikan serta memeriahkan majlis adalah pelbagai persembahan yang disusun atur dimalam sambutan hari raya terlibat. Jom bersama-sama saya melayari ceritera bergambar untuk suasana di malam kejadian yang kan terus terpahat di memori saya.
Majlis Amal Tahunan Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim & Asnaf yang bertempat di Smart Hall, Auto-city, Juru
Belanja sekeping gambar puan blog di pentas persembahan Majlis Amal Tahunan Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim & Asnaf
Para tetamu jemputan utama yang diraikan di malam itu, iaitu anak-anak Yatim & Asnaf
Pssstt, terdapat lebih kurang 60 orang anak-anak yatim & asnaf yang dapat hadir pada malam majlis. Alhamdulillah
Barisan kaunter makanan yang ada di malam majlis
Psssttt, memang meriah sungguh menu-menu hidangan yang ditawarkan dimalam majlis. Antaranya adalah nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, roti jala, lemang, ketupat, nasi impit, pelbagai rendang (ayam dan daging), kuah kacang, kuah lontong, mee kari, mee udang, laksa, pelbagai jenis kerepek, kuih muih, kek serta biskut raya. Turut menawarkan air coffee Starbuck dan air jus oren Mc Donald serta terdapat juga kaunter aiskrim.
Rakan-rakan blogger yang semeja
Nindiaaaaaaa hidangan yang penuh meja kami he3
Terdapat persembahan badut yang menceriakan kanak-kanak
Persembahan tarian dari penari cilik
Persembahan nyanyian artis jemputan
Persembahan khas dan istimewa dari anak-anak yatim dan asnaf
Syukur, kegembiraan dan keceriaan terpancar diwajah anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan dimalam itu
Tu diaaaaaaaaa
Nampak dop Boboboy dok melayan adik dari rumah anak-anak yatim dan asnaf
Seronok sungguh anak-anak bermain dan bergaul mesra
Terdapat juga persembahan run-away busana pengantin
Ini adalah barisan model bersama pakaian pengantin yang digayakan di malam majlis
Barisan penaja
Anak-anak yatim & asnak bergambar kengan bersama para penganjur
Alhamdulillah, majlis yang direncanakan, berlangsung dengan jayanya pada malam itu. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus serta yang menaja majlis. Majlis ini patut diteruskan lagi untuk tahun-tahun berikutnya, kerana memberikan impak yang positif. Selain kita yang serba ada, adalah perlu untuk kita tidak melupakan serta meminggirkan mereka yang kekurangan serta memerlukan kasih sayang serta perhatian daripada kita iaitu anak-anak yatim & asnaf. Sekali lagi syabas dan tanniah kepada semua penganjur serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak lagsung untuk menjayakan majlis amal tahunan ini. Sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput, kami blogger Pulau Pinang untuk turut serta di dalam majlis ini.
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment