Tuesday, July 9, 2019

Dashing Deo + Perfume Body Spray | Satu Semburan Deodoran & Wangian Badan Untuk Lelaki

Dashing Deo + Perfume Body Spray | Satu Semburan Deodoran & Wangian Badan Untuk Lelaki

Dashing Deo + Perfume Body Spray | Satu Semburan Deodoran & Wangian Badan Untuk Lelaki | Assalammualaikum dan selamat petang. Masalah bau badan?? Anda lelaki yang sentiasa berpeluh dan aktif?? Jangan risau lagi, kini hanya dengan satu semburan semua masalah bau badan lenyap.

Sebagai lelaki, sudah pastinya anda ingin memulakan hari anda dengan berasa segar serta wangi sepanjang hari. Ini penting untuk memastikan setiap lelaki dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harina dengan penuh yakin. Sebelum ini sudah pastinya, para lelaki perlu mengunakan deodoran terlebih dahulu, dan kemudiannya ditambah dengan pewangi badan secara berasingan. Tetapi untuk mengabungkan dua produk (deodoran dan pewangi badan), ianya adalah amat mencabar sebenarnya. Ini kerana adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabungkan dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan utuk mengatasi masalah bau badan sahaja. Ditambah dengan kos pewangi badan yang pada kebiasaannya lebih mahal, makanya sesetengah lelaki cenderung untuk hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu deodoran untuk mengatasi masalah bau badan mereka secara harian. 

Pastinya lebih bagus jika mempunyai semuanya dalam satu. Gabungan dua dalam satu bagi deodoran dan juga pewangi badan. Ringkas, mudah dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. Yaaaaa, tidak perlu menunggu dan mencari lagi, kini hanya dengan satu semburan sahaja. Iyaaaaa, betul. 

DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan dengan ini telah melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME. Satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

 Nindiaaaaa, jejaka seketul Ibu & Ayah terlebih excited dan gembira un-boxing parcel dari Dashing

Bertambah teruja la jejaka kecil seketul itu pabila melihat terbentang aneka bauan Dashing Deo + Perfume Body Spray 

Nindiaaaaaaaa Dashing Deo + Perfume Body Spray 

~ Dirumuskan dengan wangian DASHING Eau De Toilete, yang mana memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari
~ Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan
~ formula 100% deodoran yang amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, dan boleh tahan sehingga 146 hari (5 bulan)
~ Didatangkan dalam pek bersaiz 120ml, serta rekabentuknya yang ringkas dan menawan, pastinya mudah di bawa kemana sahaja

 Terdapat 4 haruman Dashing Deo + Perfume Body Spray :

👉 HATTRICK 
Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringn gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan catitan amber

👉 ULTIMATE KICK 
Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky

👉 SPEED 
Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kotemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky

👉 HITMAN 
Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia kemana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif


Kedua-dua lelaki kiriman Tuhan yang ceria, segar dan berbau harum di awal pagi untuk bersekolah dan berkerja
Terima Kasih Dashing Deo + Perfume Body Spray
Pilihan hati Boboboy seketul ialah haruman SPEED
Pilihan hati Ayah ialah haruman HATTRICK 

Dashing Deo + Perfume Body Sprayhadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20 sahaja. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta patform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari lama Facebook DASHING di https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment