Thursday, March 12, 2020

Menu Terbaru Di 34 Bishop | Makan BEST Di Pulau Pinang

Menu Terbaru Di 34 Bishop | Makan BEST Di Pulau Pinang

Menu Terbaru Di 34 Bishop | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan. Allahu, keadaan sekarang di Malaysia dan termasuk juga di Pulau Pinang sudah semakin terasa bahang kerisauan dek kerana COVID-19. Mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T, amin.

Dalam dok risau pun kena makan juga, kena isi perut juga kan3. Makanya moh la kita kembali kepada motif utama entry kali ini, iaitu berkongsi sekali lagi tentang makan BEST di 34 Bishop. Bagi anda yang terlepas keretapi #eh3, terlepas entry pertama saya pengalaman menjamu selera di 34 Bishop, boleh rujuk di SINI.

Baru-baru ini saya mendapat informasi risikan dalaman, yang menyatakan terdapat menu terkini dan WAJIB untuk dicuba di 34 Bishop, makanya saya segera membariskan angkatan pejuang 'food tester' a.k.a 'food blogger' Pulau Pinang a.k.a rakan subahat gitew :P. Meh sini saya berkongsi peristiwa terindah di petang kejadian he3.

Tadaaaaaaaaa..........
Penuh meja panjang kami dengan menu terbaru, terkini, terangkat gitew

MINUMAN

Romantic Yuzu

Virgin Mojito

Iced Lemon Tea

Chocolate Mint Latte

Gula Melaka Matcha

Psstttt, antara kesemua minuman yang terbaris di atas ini, yang paling WIN dihati saya ialah Virgin Mojito dan Romantic Yuzu. Sekali hirup terus terasa kesegaran dan 'potong' habis segala rasa kenyang tedahak ka, mual ka, makanya boleh terus sambung makan dan makan dan makan he3 :P. Memang sangat rekemen untuk anda pilih dua minuman ini pabila berkunjung ke 34 Bishop


PEMBUKA SELERA




Chili Beef Fries


Buffalo Wings

Cheesy Chicken Wings

Psssttt, sejak dari dahuluuuuuuu lagi saya memang sudah jatuh cinta dengan Buffalo Wings dari 34 Bishop. Seriously weeeeiii menu WAJIB order, menu WAJIB cuba. Tak namanya ke 34 Bishop la kalau tidak mencuba Buffalo Wings eh tau3. Rasa tersendiri, memang merupakan signature 34Bishop, kerana bagi saya rasa yang dihasilkan memang tidak akan dapat di tempat lain tau3. Kombinasi yang cukup, lengkap dan seimbang bagi pedas, manis, masin, serta berempah. Saya memang akan menjilat2 weeii pabila menikmati menu ini. Cumanya bagi anak-anak kecil mungkin tidak sesuai kerana agak pedas. Tapiiiiiiii, jangan risaaauuu. Terdapat menu pembuka selera yang baru yang pastinya sangaaaattt sesuai dan akan disukai anak-anak serta dewasa iaitu Cheesy Chicken Wings


HIDANGAN UTAMA

Chili Lime Pasta With Salmon

Spaghetti Al Limone With Prawn Tempura

Spicy Seafood Thai Style Pasta

Honey Stung Chicken Chop

House Special Cheesy Chicken Chop

Grilled Chicken Burger With Black Pepper Sauce

Signature Braised Lamb Shank

Superstar Beef Burger With Chili Beef

Salmon With Moroccan Cream

Psssttt, banyak yang hendak diperkatakan sehingga tidak tahu nak mula dari mana he3. Secara keseluruhannya, keSEMUA menu utama di atas memang BEST. Tetapi yang paling melekat di hati saya secara peribadi adalah Salmon With Moroccan Cream, dan juga Superstar Beef Burger With Chili Beef. Gravy dari menu salmon memang 'kena' sungguh pabila dimakan bersama isi salmon, dan juga mashed potato itu. Thumbs up and compliment to the chef kerana berjaya menghasilkan sebuah karya ceceeewaaah gravy yang tersendiri and it's own signature. Bagi beef burger pula, memang puaasss ya amaaatt. Patty yang tebal dan ditambah dengan chili beef, peeerrrghhhh, layaaannn


PENCUCI MULUT

Bananas Foster French Toast

Chocolate Sundae Special

Psssttt, sekali lagi sejak dari dahuluuuuuuu lagi (sepertimana al-kisah buffalo wings eh), saya memang sudah jatuh cinta dengan Bananas Foster French Toast dari 34 Bishop. Menu WAJIB order, menu WAJIB cuba. Tak namanya ke 34 Bishop la kalau tidak mencuba Bananas Foster French Toast eh tau3

Boboboy enjoying his aquarium moments


Alamat: 
34, Bishop Street,
George Town, Malaysia 10200

Nombor telefon:
012-405 1784

Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM

FB :

IG :




~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. meriah btul menu2 tu...tgh puasa tgk gmbr makanan ni trus laparrrr

    ReplyDelete