Merasai Nikmat Kembali Ke Era Klasik dan Penuh Budaya di Areca Hotel Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang
Merasai Nikmat Kembali Ke Era Klasik dan Penuh Budaya di Areca Hotel Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Kali ini saya akan berkongsi pengalaman terkini saya bersama keluarga menginap di sebuah hotel di Pulau Pinang yang penuh dengan sejarah dan budaya asal dahulu kala. Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah di Areca Hotel Penang.
Lokasi Areca Hotel Penang memang strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown dan merupakan kawasan penampan Warisan Dunia UNESCO. Para pengunjung yang menginap di sini sudah semestinya akan disajkan dengan pengalaman kembali ke zaman silam dan bersejarah yang penuh dengan budaya masyarakat tempatan Pulau Pinang. Untuk makluman, nama Areca Hotel ini sebenarnya berasal daripada nama Areca Palm (Areca Catechu), ataupun turut dikenali sebagai pokok Pinang yang merupakan asalnya nama Pulau Pinang itu sendiri tau3.
Areca Hotel Georgetown Penang
Pssstttt, terserlah rekabentuk lama yang pastinya menggamit setiap mata yang memandang kan3
Areca Hotel Georgetown Penang sebenarnya terletak didalam deretan rumah kedai lama (zaman pra perang) yang telah diubah suai. Ianya dahulu dimiliki oleh Mr Khoo Sian Ewe, yang merupakan ahli perniagaan yang terkaya di Pulau Pinang. Nama jalan terletaknya hotel ini juga dinamakan sempena namanya iaitu Khoo Sian Ewe Road. Memang penuh bersejarah kan3. Pemilik Areca Hotel Georgetown Penang mengekalkan keunikan sejarah dan juga budaya asal yang sedia ada demi tatapan para pengunjung sehingga ke hari ini. Nak tahu lebih lagi keunikan dan keistimewaan pabila menginap di sini???? Ajooommmm layan ceritera seterusnya di bawah
Ninjiaaaa Boboboy seketul dah bersedia untuk meneroka sejarah dan budaya di Areca Hotel Georgetown Penang
Ruangan lobi, kaunter pendaftaran masuk/keluar serta ruang menunggu di Areca Hotel Georgetown Penang
Pssstttt, sekali lagi terserlah hiasan dalamnnya yang klasik dan penuh budaya zaman dahulu kala. Dari pemerhatian saya, sejarah dan budaya yang cuba ingin ditampilkan adalah lebih kepada cina atau peranakan cina tau3. Daripada perincian rekabentuk lantainya, sehinggalah kepada perabot, serta bahan perhiasan yang digunakan. Menarik, unik serta sekali lagi akan membuatkan anda seolah-olah kembali ke zaman silam
Ruangan untuk ke bahagian lif serta bahagian dalam hotel yang menempatkan bilik penginapan serta cafe
Pssttt, lif hidraulik disediakan untuk para pengunjung. Makanya tidak perlu risau jika bilik anda berada di tingkat 2 atau pun 3 tau3. Tapi jika yang sihat segar bugar tu, apa salahnya menggunakan tangga kan3 :P Lebih sihat gittcchheeewww
Bahagian ruang rehat/santai di tingkat bawah
Pssttt, ruang rehat/santai ini terletak di koridor, iaitu di hadapan bilik-bilik penginapan di tingkat bawah. Memang terbuntang biji mata pabila pertama kali melihat kawasan ini tau3. Penuh kehijauan, klasik dan menenangkan. Untuk makluman, kebanyakan barang perhiasan dan perabot antik adalah dahulunya merupaka koleksi peribadi pemilik hotel tau3. Apabila membuka Areca Hotel Georgetown Penang, koleksi ini dipamerkan sebagai halwa mata para pengunjung hotel. Terbaiklah kan3
Ruangan koridor di tingkat atas juga mengekalkan konsep kehijaun yang sama
Heritage Room di Areca Hotel Georgetown Penang
Psssttt, ini merupakan bilik penginapan kami 3 beranak untuk 2H 1M. Sekali lagiiiii memang terserlah ciri-ciri pada zaman dahulu yang penuh klasik dan budaya kan3. Memang luas dan selesa. Kagum betul dengan rekabentuk serta dekorasi bilik, dari lantai sehingga kebumbung. Dari corak tiles lantai, ke rekabentuk tingkap dan pintu, ke ketinggian dinding/siling bilik yang tinggi kerana ini merupakan bangunan lama, sehinggakan kepada jenis perabot dan hiasan di dalam ruang inap (katil, meja solek, side kabinet, meja makan, meja tulis, almari, lampu meja, tempat penyangkut baju dan rak kasut) serta hingga ke ruang tandas juga. Meh sini saya belaja gambar zoom satu persatunya seperti di bawah ini.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Terpegun kan3
Chill and relax dua beranak di Areca Hotel Georgetown Penang
Psstt, time ni Ayah eh belum tiba, so kami dua beranak ja la ber-landing2 di atas tilam yang empuk gitchew he3
Sebelum itu Ibu dah mula sesi posim memosim :P
Tu diaaaaaa kereta kami bebetui dapat park depan bilik hokeyh. Buka ja tingkap teruih nampak kereta he3
Untuk makluman di Areca Hotel Georgetown Penang, terdapat 4 jenis bilik iaitu Heritage Room (seperti yang telah saya perincikan di atas tadi), Garden Room, Heritage Loft dan juga Family Suite. Boleh rujuk serba sedikit gambar bilik-bilik yang lain di bawah ini naaaaa.
Garden Room
Heritage Loft
Bagi bilik Heritage Loft dan Family Suite, ianya mempunyai ruang bilik persalinan yang khas serta ruang tandas terletak bersebelahan dengan pintu masuk. Boleh rujuk gambar di bawahv
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Bilik persalinan khas (pintu terbuka tu haaaaaa) yang mempunyai ruang solek serta persalinan yang tertutup
Tandas (pintu tertutup disebelah pintu masuk yang terbuka tu haaaaaa)
Harga bilik yang ditawarkan adalah dari serendah RM100/bilik serta disertakan sekali komplimentari minum petang. Pengunjung juga boleh menambahkan pakej sarapan ke dalam tempahan masing-masing. Untuk review F&B (pakej minum petang dan juga sarapan) di Areca Hotel Georgetown, sila nantikan entry seterusnya naaaaa.
Bilik permainan untuk kanak-kanak
Nampak dop Boboboy dok pulun main sorang-sorang. Bilik itu dia yang punya pada petang kejadian itu he3
Bilik mesyuarat
Ruang perpustakaan mini dan computer lounge
Ninjiaaaaaa port WAJIB posim pabila berkunjung ke Areca Hotel Georgetown Penang
Psssstt, memang merupakan port bergambar tau3. Kira macam port famous untuk instafamous gitchew. Walaupun tidak menginap di Areca Hotel Georgetown Penang, tetapi pengunjung yang datang ke Pulau Pinang pasti memasukkan lokasi ini sebagai port wajib untuk bergambar tau3
Untuk tempahan secara langsung denga Areca Hotel Georgetown Penang boleh klik link di bawah :
https://app-apac.thebookingbutton.com/properties/arecahotelpenangdirect
Areca Hotel Georgetown Penang
No 5, Jalan Khoo Sian Ewe,
George Town, 10050 Penang
Email : info@arecahotelpenang.com
Phone : +604 261 0050 FAX:+604 261 0088
Laman Web : www.arecahotelpenang.com
FB : arecahotelpenang
IG : arecahotelpenang
~~~ The End ~~~