Pabila Suami Diuji Dengan Diabetes Type 2 | Perubahan Kehidupan Norma Baharu
Pabila Suami Diuji Dengan Diabetes Type 2 | Perubahan Kehidupan Norma Baharu | Assalammualaikum dan selamat petang para pembaca. Setelah agak lama sepi tanpa berita, meh sini kita sambung ceritera bebelan blog picisan ini sementara dok ada napsu ni, he3.
Di dalam posting INI, saya telah berkongsi dengan pembaca tentang kronologi pabila encik suami disahkan menghidap Diabetes Type 2. Dan dalam entry awal itu juga saya ada maklumkan serba sedikit drastic action yang saya ambil untuk mengawal kandungan gula dalam badan encik suami kan. Makanya untuk entry kali ini, ianya merupakan kesinambungan dari entry yang pertama itu, iaitu kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua dengan lebih terperinci apakah langkah-langkah yang saya dan suami ambil dari aspek pemakanan dan kehidupan dalam memastikan kandungan gula dalam badan encik suami terkawal. Ini boleh dikatakan sebagai satu prubahan kehidupan norma baharu la untuk kami sekeluarga. Secara amnya, satu keluarga terus berubah, tetapi secara khususnya penekanan diberikan kepada encik suami la semestinya kan3. Seperti biasa saya lebih suka berkongsi ceritera secara bergambar la kan3, so ajiioomm layan bebelan bergambar saya di bawah.......
Since 1st day diagnose dengan Diabetes Type 2, terus order stevia dengan rakan sepejabat
Pssstt, sebenarnya, saya ni dah riki-riki stevia dgn kawan ofis berbulan sebelum tu dah tau3. Sebabnya masa tu intention untuk mengawal berat badan encik suami. Saya memang tahu antara faktor yang menyumbang kepada masalah berat badan encik suami adalah habit dia yang gemarkan minuman manis. Bukanlah manis sampai boleh potong kaki tu haaa, tapi still minuman manis, yang ada warna yang ada rasa gula, susu etc tu haaaa. Sebabnya encik suami ni pasti akan minum air manis 2-3kali dalam sehari (yang dibeli diluar la, sewaktu dia bekerja). Yang dibeli tu kan sah3 manisnya ituuuuu. Sebab kalau yang dibancuh dirumah oleh saya, semestinya saya akan kurangkan manis eh tu haaaaa. Tapi tu la, Allah sebaik-baik perancang, Dia datangkan niat untuk tujuan lain, dan Dia jadikan kenyataan dengan asbab yang lain. Apapun saya bersyukur kerana di masa itu saya dah tahu apa itu stevia, dimana dan macam mana untuk mendapatkannya. Makanya lebih mudah untuk saya terus cut direct sugar encik suami pada hari pertama itu, syukur Alhamdulillah
Set Glukometer bersama strip ujian, kapas beralkohol & jarum lanset
Pssstt, Haaaaa, ni pun wajib dibeli untuk memastikan pemantauan kadar gula dalam darah yang lebih berkesan. Alat ini pun saya terus pi beli masa 1st day diangnose tu tau3. Sebab saya kan sejenis yang cepat gabra. Saya lebih prefer untuk pantau sendiri dari rumah selain dari mengharapkan pantauan dan konsultasi dari doktor di klinik. Iyerla, kalau dengan doktor, masa awal-awal tu pun check up dalam seminggu sekali sahaja. Untuk lebih memaksimumkan pemantauan hasil dari kawalan yang telah mula dilakukan, makanya adalah lebih afdhal untuk saya pantau sendiri dari rumah. Ni nak habiiiaaqqq ni weeeeiiiii, saya check sugar encik suami sehari 2 kali tau. Tiap-tiap hari. Itu yang wajib la. Sebab saya nak pantau sugar dia sebelum makan dan 2 jam selepas makan. Tetapiiiii, bukan itu sahaja, akan ada additional check up kalau encik suami mengadu kaki dia rasa menyucuk-nyucuk ka, pinggang rasa sengal-sengal ka, dia rasa penat ka, dia rasa mcm lapar, ketar-ketar ka apa ka. Sebab itu semua tanda-tanda dia hyper atau hypo. So saya kena rekod semua tu secara details. Berapa bacaan, tarikh, time, details apa yang dimakan/dibuat sebelum/semasa bacaan dibuat. Sebab kena track bacaan dan try to know the reasons why bacaan itu tinggi atau rendah, gitchew. Dengan cara ini boleh plan diet encik suami dengan lebih baik dan memudahkan saya menyalurkan maklumat kepada doktor semasa consultation gitchew. Eh, lupa pula nak terang tentang alat glukometer yang saya beli ini ya he3. Ok yang ni brand eh Rightest Max Plus, masa beli hari tu memang set sekali dengan strip ujian, kapas beralkohol & jarum lanset, dan harga dalam RM150.00 kalau tak silap la, he3 (lama dah beli so lupa, tapi harga memang bawah RM200.00 gitchew). Yang best alat ni sebab dia sekali dengan online apps yang boleh install dalam telefon mudah alih kita. So segala ujian boleh simpan sebagai rekod, secara automatik selepas setiap kali test (bluetooth). Siap kita boleh buat graphical analysis secara mingguan/bulanan/tahunan mengkiut preference masing2 gitchew.
Ni ubat suami isteri sebenarnya :P
Psssttt, yang encik suami punya ada 2 jenis ubat diabetes dan satu jenis untuk kolestrol. Untuk puan isteri a.k.a diri sendiri ubat darah tinggi sejenis dan ubat kolestrol sejenis he3.
Ninjiiaaaaaaaa, antara perubahan dari aspek pemakanan harian kami sekeluarga yang sempat saya snap sebagai kenangan he3
Pssstt, selain TOTAL CUT of direct sugar (gula pasir, minuman & makanan manis) antara yang utama yang dapat saya perincikan adalah jenis beras, minyak, dan garam, serta perubahan dari aspek sumber karbohidrat, sumber protein, dan sumber serat. Matlamat utama untuk memastikan apa juga jenis makanan yang boleh menyumbang kepada kadar gula dan kolestrol dalam badan harus diminimakan. Ini termasuk juga sumber tenusu dan juga makanan ringan (biskut, roti, cornflakes etc). Aspek kaedah masakan juga totally bertukar kepada kukus, grill, panggang. Daging, ayam dan makanan laut kecuali ikan diminimumkan semaksima yang boleh. Buah-buahan dan sayuran juga dilebihkan dan dijadikan asas kepada bahan kudapan jika lapar.
Rasanya cukup dulu buat entry kali ini perkongsian dari saya. Nanti berkesempatan lagi saya akan bebel semula tentang hasil serta apa yang berlaku sesudah segala perubahan dilakukan naaaaa. So tungguuuuuuu....
~~~ The End ~~~
Amalan pemakanan sihat rupanya!
ReplyDeleteKena berdisiplin tinggi untuk kekalkan gaya hidup begini.
Saya tunggu apa kejadian selanjutnya.
Menarik!