Pabila Suami Diuji Dengan Diabetes Type 2 | Ujian & Rahmat Dari Allah
Pabila Suami Diuji Dengan Diabetes Type 2 | Ujian & Rahmat Dari Allah | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sebenarnya sudah agak lama saya teringin berkongsi ceritera tatkala Mr Hubby disahkan menghidapi penyakit Diabetes Type 2. Lebih kepada untuk memahat kenangan buat diri sendiri dan mungkin boleh juga dijadikan rujukan untuk para pembaca. Walau jika tidak banyak, diharap walau sedikit pun ianya tetap boleh memberikan manfaat kan3. Makanya saya beri amaran siap-siap naaaa, entry ini akan penuh dengan kata-kata yang panjang berjelaaaaaaaaaaaa, he3.
Baiklah, kisahnya bermula pada tahun 2021. Dalam bulan April macam tu. Mr Hubby kerap mengadu mudah berasa penat, hilang selera makan, kerap buang air kecil dan sentiasa berasa dahaga. Tidak kira diwaktu siang, mahupun malam. Pada ketika itu kami berasakan kerana Mr Hubby kerap minum air, makanya kerap la buang air kecil kan3. Kemudian kerja harian Mr Hubby juga melibatkan fizikal, sebab itu dia kepenatan. Dan bila dah penat dan minum air banyak, maka Mr Hubby jadi kurang berselera untuk makan la kan3. Saya pun ketika itu cubalah pelbagaikan menu masakan, nak bagi Mr Hubby berselera makan. Sebenarnya, Mr Hubby memang makan, cumanya makan sekadar untuk mengelakkan rasa lapar sahaja, dia macam takda nafsu. Teringin nak makan itu ini, tapi bila makan, tak banyak. Semakin lama semakin ketara semua simptom itu (mudah penat, sentiasa dahaga, kerap buang air kecil, hilang selera makan). Dan paling ketara diwaktu malam, sehinggakan tidur terganggu kerana sekejap-sekejap kena bangun buang air kecil dan minum air.
Sehinggalah pada penghujung April, Mr Hubby sendiri menyuarakan hasrat untuk serah diri buat full medical check up. Saya ketika itu masih belum syak apa-apa yang serius. Selepas check up, Doktor maklumkan esok baru boleh tahu result dan klinik akan call semula untuk consultation. Tunggu punya tunggu tiada panggilan. Saya pun telefon la ke klinik dan dimaklumkan result mungkin lagi sehari. Makanya saya suruh mereka call saya jika dah dapat result. Esoknya tu dalam waktu tengah hari, semasa saya di pejabat, saya dapat panggilan. Doktor yang call saya terus dari his personal handphone number. Doktor bertanyakan suami saya ada bersama saya ka, saya maklumkan suami kerja asing. So Doktor terus kata kena call dan ajak Mr Hubby ke klinik SEKARANG. Tak boleh tunggu petang sikit ka, malam sikit ka apa ka. SEKARANG juga saya kena bawa suami ke klinik untuk consultation kerana dia baru sahaja terima report full medical check up Mr Hubby. Masa itu, saya jadi blur, macam di awang-awangan. Pelik mungkin, tak faham pun mungkin. Terus terdiam, tak terkata. Doktor panggil, tanya saya masih di dalam talian ka. Baru saya respon kembali, ya. Saya mula bertanya kenapa sebenarnya ni. Saya perlu tahu serba sedikit kerana saya dan suami perlu maklumkan pihak majikan untuk emergency leave ka apa ka kan3. Then Doktor terus maklumkan result full medical check up Mr Hubby sangat2 tidak cantik, semua tak kena, Mr Hubby boleh collapse at any time. Haaaaaa, meremang terus bulu roma, terketar2 tangan dan lutut dah. Doktor maklumkan kena consult face to face untuk further action. Then saya terus cakap ok.
Selepas tu saya terus call suami. Bagitahu report dah keluar, dia kena datang ke ofis saya SEKARANG dan kami berdua kena ke klinik, Doktor dah panggil. Dekat sejam jugalah baru suami sampai dan kami terus ke klinik. Bila masuk bilik Doktor, muka Doktor serius. Terus dia buka report dan terang satu2. Memang result darah dan air kencing Mr Hubby, berterabur semua. SEMUA ya. Bukan setakat reading glucose dia, segala reading ion la, potasium la, choloestrol la, entah apa lagi entah, semua dalam paras reading BAHAYA, tunggang terbalik habis. Rasanya macam hemoglobin reading ja yang ok. Untuk makluman, bacaan gula dalam darah dari report tu stated 32.4 weeeeiiiiii. Doktor maklumkan report dapat lambat, sebab dia suruh lab repeat semula test semalam sebab tak percaya 1st report yang lab hantar. Tu yang jadi lewat sehari tu. Doktor sangat concern yang suami bukan sahaja ada diabetes, tapi apa yang doktor paling risau adalah, ada perkara lain yang menyebabkan diabetes itu tinggi sehingga tahap itu, dan penyebabnya adalah yang lebih serius. It can be his pankreas, kidney, atau lain-lain. Seperkara lagi, apa yang Doktor maklumkan, dengan bacaan seperti itu, macam mana Mr Hubby masih boleh bekerja seperti biasa dan masih boleh berdiri dengan sendiri. Sepatutnya dengan reading seperti itu Mr Hubby memang dah collapse dan sudah terbaring lembik longlai dah. Doktor memang betul-betul rasa HAIRAN.
Dengan itu, sebagai langkah seterusnya Doktor menasihatkan Mr Hubby untuk to be warded that instant juga, tak boleh tunggu2. Ini kerana Mr Hubby perlu melalui details check up di hospital bagi mengenalpasti punca dan penyakit sebenar (yang lain jika ada la). Jenuh Doktor dok pujuk Mr Hubby weeeeeeiii. Mr Hubby senyap tanpa sepatah kata, cuma geleng. Saya pun dah mula la nak menitik air mata, kutahan juga Jebat oi. Saya turut sama pujuk Mr Hubby untuk setuju dan dengar nasihat Doktor. Untuk makluman, kami dengan Doktor ini dah dekat 10 tahun dah tau3. Sedari Mr Hubby mula bekerja dengan IWK, memang kami sekeluarga hanya akan pergi untuk mendapatkan rawatan di 2 buah klinik panel sahaja. Satu yang inilah, iaitu Klinik Pearl, dan satu lagi Klinik Sri Pinang & Surgery. Dan jika di Klinik Pearl, kami hanya akan check up dengan owner klinik iaitu Dr. Kanthan atau Dr Saravanan. Manakala di Klinik Sri Pinang & Surgery pula kami hanya akan check up dengan owner klinik iaitu Dr Ganesh. Memang tak akan pergi check up dengan Doktor ganti atau selain dari 3 org Doktor ini, atau ke klinik panel yang lain. So bagi saya Doktor ini memang tahu condition kesihatan Mr Hubby yang sebelum-sebelum ini. Atas sebab itu dia risau.
Akhirnya, setelah lebih sejam consultation, Mr Hubby pun berikan persetujuan dan Doktor proceed dengan refferral letter. Plannya nak ke Pantai Hospital Penang. Taaaapiiiiiii, elok keluar dari klinik, dan nak naik motor, terus Mr Hubby kata TAK MAHU warded. Berkerut dah muka saya herot-petot time tu. Dok peluk pujuk, hampir2 nak meraung menangis geram dan sedih tepi jalan dah time tu. Mr Hubby pujuk dan tenangkan, baru dia terang, dia nak kami proceed untuk 2nd opinion di Klinik Sri Pinang & Surgery dulu. Kalau yang kali ni pun suruh warded, then only dia setuju. Dia kata time tu la macam tu kan3 :P. So, kami terus ke Klinik Sri Pinang & Surgery. Niat nak jumpa Dr Ganesh la, tup2 kaunter pendaftaran kata petang tu Dr Saravanan, shift Dr Ganesh dah habis. Terkejut dalam kegembiraan kami dua orang, he3. Sebenarnya, kami agak lama tak dapat berjumpa Dr Saravanan di Klinik Pearl, memang syak dia dah berhenti, cumanya tidak tahu dia ke mana. Rupa-rupanya ke Klinik Sri Pinang & Surgery. Setel pendaftaran, tunggu Dr. Saravanan, tup2 Dr Ganesh masuk. Dia baru habis shift dekat klinik so just nak clear table dia ja sebelum balik. Dia nampak kami suami isteri, terus dia panggil masuk bilik consultation. So saya pun terus cerita semua dari A sampai Z (dari mula rasa tak sihat, ke medical check up, ke keputusan check up dan suggestion Dr Kanthan, dan akhirnya ke decline decision Mr Hubby), dan Doktor check semula result medical report. Doktor bagitau sememangnya result tu teruk dan membahayakan Mr Hubby. Dia juga setuju dengan Dr. Kanthan untuk suami proceed warded for further details check up. So dia tanya sekali lagi suami mahu ka tak mahu, dan suami masih kata tak mahu warded. Dr Ganesh ni pun lama dah dengan kami sekeluarga, so dia kata, boleh kalau tak mahu warded, tapi kena proceed dengan medication diabetes untuk turunkan dulu paras gula yang terlampau tinggi tu. Then only kita tengok tentang masalah yang lain pula. Saya dan suami setuju dengan cadangan tu. So Dr. Ganesh inform, just tunggu Dr Saravanan sekejap, bincang pula dengan dia, dan esok pagi Dr Ganesh akan jumpa Dr. Saravanan untuk discuss medication apa yang sesuai sebagai permulaan. So bila kami jumpa Dr. Saravanan, saya ulang sekali lagi segala yang saya cerita dengan Dr. Ganesh, dari A sampai Z, bagi medical check up report dan bagitau apa yang Dr. Ganesh cakap segala. Dr. Saravanan setuju untuk proceed diabetes medication dahulu, dan esok dia akan call semula untuk prescribe ubat. Kedua-dua Doktor (Dr. Ganesh & Doktor Saravanan) memang tenangkan saya, suruh saya jangan risau, bagitahu diorang akan sama-sama cuba tolong Mr Hubby, walaupun Mr Hubby decline untuk warded dan dapatkan rawatan di hospital. Baruuuuuuuuuuuu la perasaan saya lega dan dapat bawak bertendang bertenang sekejap.
Bermula dari hari itu, iaitu hari pertama dapat tahu baacan gula Mr Hubby 32.4, memang saya dah TOTAL CUT & FULL STOP semua pengambilan gula (dalam makanan mahupun minuman) untuk Mr Hubby. Terutama gula putih, susu pekat, coklat, buah-buahan, dan apa-apa sahajalah yang ada kandungan gula. Pada hari itu juga saya terus beli Stevia dengan office mate untuk Mr Hubby. Ini kerana main concern dengan Mr Hubby adalah dia memang tak boleh tak minum benda berwarna dan manis. So Stevia is the best on the spot solution la kan3. Actually dah lama nak belikan stevia untuk Mr Hubby, tapi dok bertangguh, last2 dah jadi macam ni, lajuuuuu pula beli kan3. Itulah, kita tak akan menghargai kesihatan sehingga kita diuji, sob3.
Pagi esoknya tu, Klinik call maklumkan untuk datang sebelah petang bagi medication consultation dengan Dr. Saravanan. Kami berdua bekerja seperti biasa pada hari berkenaan, makanya balik dari kerja baru kami bersama-sama ke klinik. Syukur dah setel bab ubat. Doktor bagi ubat untuk tempoh seminggu, dan akan buat pemeriksaan untuk meneliti tahap keberkesanan dan kesesuaian ubat dengan Mr Hubby.
So dari hari kedua, bermulalah tugas saya untuk deep research tentang penyakit diabetes, kesannya, what does and don't, dan lain-lain. Saya juga mula bertanya dengan saudara mara dan kenalan yang menghidapi penyakit ini untuk lebih memahami. Ikutkan nak betul-betul faham dekat 2 minggu juga weeeiiii. Memang ianya merupakan satu UJIAN pabila suami didiagnose dengan diabetes Type 2, tetapi kami suami isteri juga melihat perkara ini sebagai RAHMAT dari Allah kerana memberikan kesedaran awal dan melorongkan untuk kami menjumpai jalan penyelesaian. Sememangnya, Allah tidak akan menguji umatnya di luar kemampuan umat itu kan3. Untuk next entry saya akan share pula perubahan dari segi gaya pemakanan dan kehidupan kami sekeluarga demi menjadikan bacaan gula Mr Hubby ke paras yang lebih baik. So, kalau sudi tungguuuuuuuuuu naaaaaa.
~~~ To Be Continued ~~~
No comments:
Post a Comment