'Festive Delight' Bersempena Sambutan Krismas Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang
'Festive Delight' Bersempena Sambutan Krismas Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Seperti biasa saban tahun, semestinya Olive Tree Hotel akan turut sama memeriahkan lagi musim perayaan hujung tahun ini dengan menawarkan buffet makan malam yang pastinya menambat hati pengunjung.
Entry kali ini saya akan share dengan semua para pembaca tawaran terkini "Festive Delight" dari Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel Penang. BTW, tawaran ini sebenarnya bermula 4 hari sebelum perayaan Krismas tau3. Seterusnya disambung dengan Christmas Eve serta semestinya semasa hari perayaan Krismas itu sendiri. So, tanpa melengahkan masa lagi, ajiiooomm bersama-sama saya melayari ceritera bergambar serba sedikit the best menu yang ada.
Pokok Krimas tersergam indah penuh bercahaya di lobby hotel Olive Tree Hotel Penang dan bertambah meriah pabila diiringi dengan nyanyian Krismas caroling
Pssttt, "christmas caroling" ini akan dipersembahkan oleh kumpulan berpengalaman dari Reservoir Garden Baptist, Penang Cheshire Home, Air Itam Gospel, Wesley Methodist Church Penang, Mayson Music Station dan juga Persatuan Kebajikan Jiran Baik Pulau Pinang
Barisan buffet line yang ada termasuk pilihan menu dari pembuka selera, menu utama, kaunter aksi dan juga pencuci mulut di Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel Penang
PEMBUKA SELERA
Antara menu yang ditawarkan sebagai pembuka selera adalah seperti aneka jenis kerabu (kerabu kaki ayam), aneka jenis salad bersama dressing (pesto pasta salad, classic waldorf salad, fresh salads and condiments), aneka jenis sushi & maki, aneka jenis buah-buahan, cheese/cold platter termasuk smoked salmon, & smoked salmon
Pssstt, semestinya kapal sushi dan maki itu menjadi tumpuan selain daripada cheese & cold platter la kan sebagai mukadimah a.k.a pembuka selera
MENU UTAMA
Barisan menu utama dibarisi dengan butter rice, chicken scaloppini, slow cooked beef stew, roasted lamb with tarragon sauce, grilled salmon with corriender salsa, baked half shelf cheesy scallop, deep fried prawns oriental pepper sauce, crispy spinach with shrimp paste, potato au gratin, sauteed zucchini with garlic almond, creamy udon noodles with black truffle, serta classic minestrone soup
Pssttt, seriously untuk barisan menu utama ini anda perlu cuba dan nikmati kesemuaaaaa menu yang dibariskan tau3. dari menu berasaskan ayam, daging lembu & kambing, ikan, makanan laut, sayuran dan juga sup. Semuaaaa sedap2 belakaaaaaaaaa weeii. Compliment to the chef, kerana semestinya bertungkus lumus untuk memastikan barisan menu yang terhasil sebegini rupaaaaaaa. Setiap satunya memang terbaik, sehinggakan saya tidak dapat memetik satu dua tiga menu yang the best. Semuaaaaalah the best
KAUNTER AKSI
Seafood live cooking dengan pilihan makanan laut segar seperti slipper lobster, flower crabs, udang dan mussels dengan pilihan masakan panas seperti sos kam heong ataupun mongolian sauce
Psssttt, haaaa, ini satu lagi menu panas di malam ituuuuu. Sudahlah barisan makanan laut segar-segar belaka, dengan pilihan masakan yang ditawarkan itu dua-dua sedaaaaaaapppppp weeeiii. seriously memang kena try dua2 jenis sos taaauu. Pilih bahan makanan laut, sua bagi chef masak. Perrrghhhhh, makan panas-panas. Teringat-ingat sampai sekarang
Carving section dengan barisan menu seperti roasted turkey (raisin & chestnut stuffing), honey glaze turkey squeare bersama pineaple serta pilihan gravy gilbert & cranberry sauce serta semestinya blackpeper sauce
Pssttt, menu wajib setiap kali Krismas semestinya ayam turki la kan3
Kids corner dengan barisan menu seperti spaghetti bolognese, chicken pop corn, sweet potato fries dan juga mini hawaian pizza
PENCUCI MULUT
Barisan penculi mulut seperti red velvet cake, chocolate brownies, fruit cake, strawberry creme brulee, crrot cake, strawberry cheese cake, chocolate tart, festive cheese cake, rose bandung pudding, chocolate moist pudding, chocolate fountain bersama assorted dipping sepeti buah-buahan (strawberry, grape), & marshmallow
Aiskrim perisa coklat, vanila dan strawberry serta aiskrim potong
Pilihan minuman panas dan sejuk
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment