Thursday, December 28, 2023

Laksa Kuah Pekat Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang

Laksa Kuah Pekat Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang

Laksa Kuah Pekat Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Entry hari ini ringkas sahaja, yang mana saya nak berkongsi sebuah port laksa sedap di Bayan Baru, Penang. Dah lama saya tahu tentang gerai ini tau3, sedari ianya di lokasi yang lama. Tetapi dok bertangguuuuhh sahaja, dan akhirnya pabila ianya buka di lokasi yang baru ini, barulah saya berkesempatan untuk berkunjung.


Saya ni sebenarnya dah agak lama tak makan laksa di Penang ni tau2. Sebabnya dah tak ada kedai laksa yang kena dengan selera saya. Ada yang rasanya sedap, tapi kuah tak cukup pekat. Ada yang sememangnya rasa kelaut dalam dengan kuah tu cair broiii weeeeii. Dulu-dulu mudahnyaaa la haaiii nak dapatkan laksa sedap, bersepah gerai tepi jalan la, pasar malam la kan3. Lagi satu kalau nak diikutkan dalam Penang ni ramai dok jual jenis asam laksa tu. Saya tak berkenan jenis tu. Saya lebih menyukai laksa biasa tu haaaa. Sama ada yang seperti yang di Kedah atau Perlis atau Perak tu haaaa. Bukan asam laksa naaa. Nak tahu apa bezanya silalah buat penyelidikan google sendiri he3 :P. Baiklah ajiom kita terusnkan perkongsian dengan pengalaman saya menikmati juadah di Laksa Kuah Pekat, Bayan Baru, Penang.


Laksa Kuah Pekat, Bayan Baru, Penang


Pssttt, gerai ini betul-betul terleta di jalan utama Shunshine Square Bayan Baru. Interior kedai ok lah. Seating area di dalam agak sempit dan terhad, tetapi jangan risau, di bahagian luar kedai ada lagi seating area tambahan (outdoor) berpayung. Konsep order adalah self service, bernombor. Kiranya bila datang tu, silalah terus kekaunter, tengok menu, order, bayar dan ambil nombor. Bila nombor naik sila ke kaunter untuk pick up makanan anda sendiri dan bolehlah menikmatinya di meja masing-masing. Sepertimana yang saya katakan tadi, ini merupakan pertama kali say kesini, makanya agak blur dengan sop segala ni la. Dahtu, staff yang ada dekat kaunter tu memang baik, tapi sama naik blur macam saya yang menjadi masalahnya. Seolah-olah dia pun pertama kali layan order pelanggan. Saya lepas tengok menu, order, then nganga la tunggu sebelah tepi. Dah few seconds baru budak tu cakap kena bayar dulu. Dah bayar, nganga lagi tepi tu, dah lepas 1/2minit baru budak tu cakap duduk dulu, nanti nombor naik baru datang semula ambil makanan. Then duduk la kan3. Lepas 10mnt macam tu budak tu ckp dari kaunter, order dah siap. Saya buat tak tahu ja la, sebab tak nampak pun dia tengok muka saya ka, dia ada panggil saya ka, nombor tikam saya naik ka. Then lepas 1/2minit baru budak tu panggil saya dengan memandang muka saya dan beritahu makanan saya dah siap. Aduduuiiiiiiiiii. Kelaut dah servis macam ni. Self servis tu untuk memudahkan kedua-dua pihak dan mempercepatkan proses, tetapi ni dah menyusahkan dan melambatkan jaaaaa jadinya


Menu pilihan kami dua beranak
Laksa sarang RM9
Nasi ayam RM9
Milo tabur RM3 (taburnya nan hadooooooo)

Psssttt, taste wise, semua menu sedap. Laksa tu tu memang tip top. Kuah pekat giler, telur sarang pun besar tau2. Laksa tu diletak dalam mangkuk claypot, mulanya nampak kecil mangkuk tu, ingatkan sikit la. Sekali bila makan tak habis-habis. Siap kena bungkus bawa baliklah saya masa tu. Nasi ayam tu pun Boboboy suka. Ayam dia wangi perapan kicapdan saiz pun besar juga tau3. Cuma part milo tu ja agak terkilan sebab nan hado taburnya


~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. Sedapnya kalau kuah pekat baru puas makan.

    by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

    ReplyDelete