Selera Timur Di Ascott Gurney Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang
Selera Timur Di Ascott Gurney Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah kita telah memasuki minggu kedua berpuasa di bulan Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu kan3.
Saya masih belum habis berkongsi dengan pembaca semua lokasi-lokasi menarik buffet Ramadhan untuk berbuka puasa bersama keluarga yang tersayang bagi tahun 2023 ini. Untuk entry kali ini, dengan sukacitanya saya akan berceritera tentang sebuah lagi hotel di Pulau Pinang yang turut menawarkan buffet Ramadhan yang menarik. Ianya merupakan sebuah hotel berkonsepkan hotel dan service apartment yang baru dibuka sejurus selepas PKP berkahir, iaitu Ascott Gurney Penang. Tema yang diketengahkan adalah Selera Timur. Nak tahu apakah yang ada yang menarik, yang unik, ajiiooomm layan ceritera bergambar saya dibawah.
Interior Timur Coffee House di Ascott Gurney Penang yang menawarkan buffet Ramadhan bertemakan Selera Timur
Psstt, dari saat pertama menjejakkan kaki ke dalam kawasan lobi Ascott Gurney Penang, mata saya sudah terpukau. Unik dan elegant. Segala dekorasi, fittings and furnitures-nya, didalam kelas yang tersendiri
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera seperti seafood on ice, aneka ulam-ulaman dan sambal, rojak buah, salad bar dengan aneka jenis kerabu, salad, condiments dan dressingnya serta aneka jenis buah-buahan segar
Pssstt, ohemgeeeeee rojak buah tu wajib cuba taaauu. Seriously kuah rojaknya dia pekat likat melekat, sebiji macam traditional kuah rojak tu tau3. Cukup rasa manis, pedas, dan rasa belacan/udang kering eh tau3. Alaaaaa kan kuah rojak traditional memang ada rasa tengik2 sedap dua bahan ni kan3, barulaaaahh kick kan3. Dengan buah-buahannya yang segar, memang layan sungguh nyicah weeeii. Kau ader nyicah dalam hotel kerlasss he3
Terdapat juga lemang dan ketupat bersama serunding, kuih raya, jeruk buah, telur masin, ikan masin dan tempe goreng
Pssttt, lemang itu sedaps wweeeii. Sehinggakan boleh plup, kunyah ianya begitu sahaja he3
MENU UTAMA
Barisan menu utama seperti nasi putih, nasi hujan panas, daging masak hitam manis, sotong goreng nestum, ikan siakap tiga rasa, ayam masak rose, lala kam heong, kari udang kerisek, dan bendi goreng
Pssstttt, pertama kali saya melihat dan merasa sendiri sotong goreng nestum. Memang kena sungguh dengan tekak saya. Ni nak bagitau, biasanya udang goreng nestum, kita kena dok jiat kulit eh untuk menikmati rasa enak salutan rempah dan nestum tu kan3. Lepas tu bila kopek, baru nikmati udang togel eh tanpa rasa kan3. Atau kalau nak rasa kena dok cicah asing isi udang togel tu kan3. Haaaaaa, yang ini tak payah weeeeiii. Heaven betul terus ngap dan terus boleh rasa rempah ratus dan nestum itu bersama sotongnya. Sedap sunggu, memang wajib cuba kalau ke Ascott Hotel Gurney
KAUNTER AKSI
Panggang corner dengan kambing panggang bersama sos mint dan lada hitam, serta isi ikan siakap, mussel dan udang bersama sambal kicap dan air asam
Pssstt, ninjiaaaa the best corner malam itu he3. dengan kambing panggang eh yang juicy, dicicah bersama gabungan sos lada hitam dan mint, layaaaaaannn. Kemudian udang tu memang terbaik. Segar dan perapan panggang yang digunakan tu menusuk sungguh. Bukan sekadar menusuk kelubang hidung tapi turut kedalam isi udang dan memberikan rasa terbaik. Enak dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal kicap eh
Satay ayam dan daging bersama nasi impit, timun bawang dan kuah kacang
Sup gear box serta aneka roti, bubur lambuk, mushroom soup serta ayam tandoori
MINUMAN PANAS DAN SEJUK
Pilihan minuman sejuk dan panas seperti coffee and tea, teh tarik, air bandung, air cincau, dan air limau asam boi
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis kek, jelly, puding, kuih muih tempatan, sago gula melaka, bread butter puding, bubur kacnag merah, ABC dan aiskrim
Tadaaaaaaaaaaaa, pilihan kami dimalam kejadian
Psssttt, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri tau3 buffet Ramadhan di Ascott Gurney Penang
Buffet Ramadhan Selera Timur Di Ascott Gurney Penang
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment