Senandung Rasa by The Sea Di The Tamarra by Irama Dining | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang
Senandung Rasa by The Sea Di The Tamarra by Irama Dining | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan. Entry kali ini adalah yang sering dinanti-nantikan anda semua kan3. Dari hari saya up strories buffet Ramadhan Senandung Rasa by The Sea Di The Tamarra by Irama Dining, tak henti-henti semua pakat dok tanya details kan3. Haaaa, meh sini layan ceritera saya meh......
The Tamarra by Irama Dining
Sitting area outdoor di The Tamarra by Irama Dining
Pssttt, tahun ini sitting area outdoor ditambah lebih banyiiiaaaakk lagi berbanding tahun lepas. Semestinya dek kerana sambutan hebat hangat tahun lepas la kan3. The Tamarra juga ada sitting area indoor yang berhawa dingin tau3. Port OOTD baruuuuu pun ada tau3 :P. Sememangnya pemandangan yang memukau mata yang memandang sentiasa terbentang di hadapan anda sambil anda menikmati juadah enak berbuka puasa
PEMBUKA SELERA
Aneka jenis kerabu (kerabu kerang, kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu suhun, kerabu pucuk paku), sambal (sambal bilis, sambal tempoyak, sambal belacan, sambal hitam, sambal hijau petai, acar buah, , salad bersama dressing-nya, aneka jenis keropok (papadom, keropok udang, keropok ikan). ikan masin, telur masin, lemang, ketupat, rendang kerang dan juga serunding
Pssstt, tak namanya ke The Tamarra la kalau anda tidak menikmati kerabu eh weeeeiii. Memang wajib tau, sebab memang orginal classic flavour setiap satunya. Original kerisik, oroginal velacan, original kelapa parut, dan itulah yang membuatkan semua kerabu eh itu thorbaeeekkkk
Nasi kerabu udang lagenda bersama solok lada
Psssttt, haaaa ninjiaaaaaa yang dikejarkan saban tahun. Nasik kerabu dengan udang galah tu weeeeiii. Sememangnya nasi kerabu eh secukup rasa, bertambah kick bila dimakan bersama solok lada, telur masin, kelapa parut eh dan juga sambal budu eh tu haaaaaa. Tu sila tengok ada mangkuk asing kelapa parut eh tu haaa, haaa, boleh tambah ikut tekak masing2. Saya memang sejenis kalau nasik kerabu ni suka sayur2 dan kelapa parut tu lebih, baru lagi best he3. Dah tu siap ada udang galah weeeii. Udang galah naaaaaa, bukan udang harimau ka, udang geragau ka tau3 :P. . Nalaaaa punya besor haaaa dan semestinya fresh taaauu. Dia punya teloq ka otak dekat kepala tuuuuuuu, sedapnya la haaaiii. Isi pun gemoks dan manissssss. Cicah budu, makan dengan nasi kerabu, terbaaiiikkk.
Pasta corner dengan carbonara spaghetti dan juga mini fish&chip bersama tartar sos
MENU UTAMA
Barisan menu utama yang terdiri daripada nasi kuning kacang dhal, nasi putih harum kasturi, ayam goreng 7 rempah, ayam bakar berempah pokok asam, udang bawang masala ubi, sotong goreng kunyit, ketam gulai nenas tok ma, sayur campur, terung berlada merah, pajeri nenas, tempe ikan bilis goreng petai dan yang paling dinantikan saban tahun dan juga merupakan signature dish The Tamarra iaitu.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Masak lemak cili api itik salai
Pssstttt, haaaaaaaa memang barisan menu utama eh wajib cuba taaauuu. Terutama sekali si itik salai masak lemak cili api eh tu la haaaaa. Seperti yang saya katakan dari tahun-tahun sebelum ini, tak namanya ke The Tamarra la kalau anda tidak menikmati itik salai eh haaaaa. Saban tahun, ini menu yang pertama saya akan terpa, dan wajib tambah taaauu. Rasanya tak pernah berubah, sesedap dan secantik rupa eh naaa. Bau dan rasa salai memang harum sehingga ke dalam isi eh. Memang ngam sungguh dengan masakan masak lemak cili api itu, cukup pekat, cukup rasa lemak santan kunyit segala. Selain itu dua lagi menu yang menjadi dambaan saya secara peribadi kali ini adalah terung berlada merah, dan tempe ikan bilis goreng petai. Seriously The Tamarra memang terbaik tau kalau bab-bab masakan melayu asli ni tau3. Setiap satunya pasti akan rasa seperti masakan original klasik tok2 dan mak2 kita dirumah tau
Nasi Briyani Kambing bersama abe dollah raitar & mint chutney
Pssttt, tu nampak dak tu betongkol-tongkol lamb shank atas nasi tu haaaaaaaa. Memang meresap bau kambing dalam nasi briyani tu tau3. Ngam pabila dinikmati bersama raitar & mint chutney ituuuu
KAUNTER AKSI
Kambing golek bersama sos lada hitam, kepak ayam panggang, serta hotdog & fishball skewers, satay ayam & daging bersama nasi impit, timun, bawang dan kuah kacang,
Mee/bihun kari dan sup
Kebab ayam
Kari kepala ikan
Apom balik
Psstt, ada lagi kaunter aksi lain yang saya tak sempat snap gambar seperti Char Koay Teow, ABC dan cendol durian. Semestinya yang wajib cuba ialah kambing golek la kan3. Chicken wings panggang dia pun best. Selain itu, sah-sah la anda wajib cuba ABC dengan cendol durian eh hoooiiiii. Durian fresh dia bubuh taaaaauuuuu. Baaauuuuu peeerrrghhh, meresap terus kedalam cendol dan ABC he3
MINUMAN PANAS DAN SEJUK
Minuman panas sepeti coffee,tea, dan teh tarik serta minuman sejuk seperti air jagung, sirap pandan,
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut yang bertingkek-tingkek di buffet Ramadhan Senandung Rasa by The Sea Di The Tamarra by Irama Dining
Pssstt, antara yang dapat saya senaraikan disini ialah aneeeeeeekaaaaaaa jenis kuih muih tempatan (seperti kole kacang hijau, kuih seri muka, bengkang ubi kayu, pulut inti, kuih lapis, onde-onde, cucur keria, karipap, popia goreng, kuih cara berlauk), aneka jenis kek (kek batik indulgence, brownies, kek buah), aneka jenis jelly&pudding in a cup, cheese tart, fruits tart, bubur kacang hijau durian, pengat pisang, buah-buahan tempatan, rojak buah, jeruk buah, dan semestinya aiskriiiimmm. Tuddiiiaaaaa jenuh senarai satu-satu, punyalaaaa banyaaaakkk. Nampak dak dalam senarai tu paling banyak ialah kuih muih tradisi Melayu kan3. Memang setiap satunya menarik betul tau3. Tetapi signature kuih Melayu eh yang wajib dicuba ialah kole kacang tau3. Sedaappssss la haaaiii. Yang modern dessert pula, saya jatuh hati dengan kek batik indulgence eh tu haaaaa. sedaappsssss jugaaaa hooiii. Then bubur kacang hijau durian dengan pengat pisang pun kesukaan weeei
Menu pilihan di malam kejadian
Psssttt, nampak dak dalam banyak-banyak pinggan mangkuk itu, ada menu yang diulang-ulang :P. Sah-sah la itik eh, dan juga nasik kerabu eh kan3 :p
Sambil menikmati hidangan enak dengan pemandangan yang memukau, kita juga akan didendangkan dengan persembahan lagu melayu dari live band taauuu
So jangan tunggu lagi, terlepas tahun ni kena tunggu tahun depan pula nuunn untuk menikmati buffet Ramadhan di The Tamarra ni tau3
v
v
v
v
Senandung Rasa by The Sea Di The Tamarra by Irama Dining
~~~The End ~~~
No comments:
Post a Comment