Friday, October 20, 2023

Eastin Hotel Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang

Eastin Hotel Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang

Eastin Hotel Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sekali lagi saya kembali dengan staycation review, tempat penginapan menarik di Pulau Pinang. Kali ini saya akan berkongsi dengan semua para pembaca tentang sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang telah lama bertapak di Pulau Pinang. Terletak tidak jauh dari pusat bandar, iaitu secara lebih tepat ianya terletak ditengah pusat kawasan Queensbay, di ufuk lautan Selat Melaka, serta berdekatan pantai Pulau Jerejak. Terkenal dengan gelaran sebagai sebuah "hotel kelas perniagaan terkemuka" sehingga kini. Tidak lain tidak bukan semestinya Eastin Hotel Penang.


Untuk makluman, Eastin Hotel Penang baruuuu sahaja diubah suai semula dengan fresh, classy and elegant look tau3. Dengan jumlah keseluruhan bilik yang ditawarkan sebanyak 328 unit, yang terdiri daripada beberapa jenis bilik iaitu deluxe, deluxe seaview, club deluxe, soho duplex, soho suite, eastin deluxe suite, family freindly dan eastin suite. Haaaaa, tediiaaaa mai pilih, mai pilih, mai pilih, he3


Untuk entry kali ini, saya akan share dengan semua pembaca secara detail, tidak sekadar luar dan dalaman bilik, tetapi termasuk juga atas dan bawah bilik ini :P. Ini kerana bilik ini merupakan sebuah unit yang mempunyai pecahan tingkat berbeza tau3. Keluasannya adalah 38 meter persegi dan bilik ini sangat-sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga ataupun yang datang secara berkumpulan (max 4pax). Masih tidak dapat bayangkan paras rupa yang menawan bilik ini kan3? Jangaaannn risaaaauuuu, saya akan terang lebiiihh lagi secara bergambar semestinya. Barulah jelas dan nyata kan3. So ajiioooom terus layan ceritera saya dibawah..........


Ruangan lobi dan menunggu di Eastin Hotel Penang


Pssttt, luuuaaaasss dan tenang mata memandang kan3. Anda tidak akan pernah rasa semak, sesak ka apa ka kalau orang ramai sementara menunggu untuk mendapatkan bilik anda disini semestinya. Dan jangan risaaauuuu, servis kaunter Eastin Hotel Penang memang tip top tangkas pantas kebaboooommm


The Lounge di Eastin Hotel Penang


Pssstt, para tetamu boleh juga berehat dan menikmati welcoming drink disini sementara menunggu bilik semasa check-in. Selain itu inilah juga merupakan lokasi jika anda ingin menikmati minuman dan snack di petang hari serta makan malam anda. Memang chiil dan relax sungguh pabila duduk disini tau3


Ruangan lif untuk ke tingkat atas


Ruangan koridor menuju ke bilik


Pssssstt, penuh dengan ciri keselamatan tau3. Selain pintu elektronik individu disetiap bilik, Eastin Hotel Penang juga telah menambah ciri keselamatn extra untuk para tetamu yang menginap. Iaitu setiap wing pada setiap level, akan ada satu pintu kaca yang hanya boleh di access dengan menggunakan room access card. Memang terbaaiiikkkk


SOHO DUPLEX
Keluasan 38meter persegi
Dua ruang/tingkat berasingan
Twin bed di tingkat bawah
Queen size bed di tingkat atas
Tandas berasingan untuk tingkat bawah dan atas
Almari baju berasingan untuk tingkat bawah dan atas
TV berasingan untuk tingkat bawah dan atas
Kemudahan iron board, mini fridge, tea & coffee di tingkat bawah

View ruang masuk ke bilik soho duplex, Eastin Hotel Penang


View keseluruhan ruang tingkat bawah di dalam bilik soho duplex, Eastin Hotel Penang


Pssttt, sememangnya spacious.  Ditambah dengan high-wall design, sememangnya membuatkan bilik soho duplex, Eastin Hotel Penang ini menjadi bertambah spacious tau3. Luas mata memandang serta menjanjikan keselesaan yang maksima. Kelengkapan yang disediakan juga serba serbi lengkap. Haaaaaaaa, tu ampa mesti nampak that SPECIAL BIRTHDAY DECO tu kaaaaannn????? Segala on bed balloons, hanging helium balloons, wall deco segala tu. Cantiiikkssss kan3. Memang wajib anda request untuk meraikan mereka yang tersayang di hari istimewa tau3. Tidak kiralah hari ulang tahun kelahiran ka, hari anniversary ka, bachelorettes party ka, apa-apa sahajalah yang istimewa untuk yang tersayang. Jangan malu jangan segan, terus sahaja hubungi pihak Eastin Hotel Penang. Dijamin akan puas hati 150% he3


Bilik air di tingkat bawah soho duplex, Eastin Hotel Penang


Ruangan mini fridge dan coffee & tea facilities bersama komplimentari snacks and drinks


Garden view yang boleh di dapati dari high glass window di tingkat bawah soho duplex, Eastin Hotel Penang


View dari ruangan bawah ke ruangan atas yang berasingan di dalam bilik soho duplex, Eastin Hotel Penang


Pssstt, kan dah dimaklumkan tadi bilik soho duplex Eastin Hotel Penang ini ada dua level yang berasingan kan3. Sooooooo, view level atas dan bawah adalah seperti gambar di atas ni naaaaa. See through gitcheewww. Bukanlah tertutup sepenuhnya sebuah lagi bilik yang asing. Ianya cuma level berasingan. So kalau datang bersama keluarga, Ibu Bapa di tingkat atas, anak-anak di tingkat bawah. Mudahlah kita nak pantau anak-anak kan3. Petir ja dari atas terus dengar sampai kebawah, he3 :P


View dari ruangan atas ke ruangan bawah yang berasingan di dalam bilik soho duplex, Eastin Hotel Penang


View keseluruhan ruang tingkat atas di dalam bilik soho duplex, Eastin Hotel Penang


Psstt, ruang atas ini pun lengkap dengan kemudahan sama seperti tingkat bawah tau3. TV ada, almari baju ada, peti keselamatan ada, bilik air ada, telefon ada, desk & stool ada


Bilik air di tingkat atas soho duplex, Eastin Hotel Penang


Kolam renang di tingkat 3, Eastin Hotel Penang


Psssttt, iyeeeerrrr Eastin Hotel Penang memang ada kemudahan kolam renang taaauuu. Terletak di tingkat 3, iaitu jika anda menginap di bilik soho duplex, ianya hanya dipenghujung level bilik anda tau3. Terdapat ruang kolam dewasa yang berkedalaman 1.2meter, dan juga kolam kanak-kanak yang berasingan disebelahnya. Kemudahan lain yang ada di level kolam renang ini adalah sitting area dengan sunlougerchair, pebble wash bench, kerusi meja garden style, bilik menukar pakaian, serta tuala mandi. Di level ini juga terdapat satu garden kecil dihujunnya tau3

Eastin Hotel Penang merupakan sebuah hotel dengan lokasi yang strategik. Dengan hanya 5-10minit berjalan kaki ke Quensbay Mall (antara lokasi membeli belah terbesar dan popular di Penang), Queens Waterfront (lokasi pilihan untuk riadah petang di tepi pantai serta melihat matahari terbenam), Kidsville Waterfront (lokasi idaman anak-anak untuk bermain sepuasnya), serta Dataran Pantai Queensbay (one stop centre medan selera pelbagai menu halal berkonsepkan gerai kecil dan open air). Selain itu tarikan lain yang terdekat ialah Pantai Teluk Bayubawah JK2PP, dan War Museum. Makanya, tidak kiralah percutian anda itu diatas dasar urusan rasmi (kerja/perniagaab), mahupun di atas dasar peribadi (percutian bersama keluarga ataupun rakan), sila jadikan hotel ini di dalam pilihan penginapan anda tau3. 


Baiklah untuk entry kali ini cukup setakat ini dahulu perkongsian saya. Entry seterusnya, saya akan sambung pula dengan entry khas kemudahan DINING di Eastin Hotel Penang. Psstt, kena entry berasingan sebab loooottsss to share weeeeeiiiiii. Oppssss, sebelum tu, saya taaauuuu ramai dok tungguuuuuuuu entry ini kan3. Dengan ini, saya ada satu kejutan untuk para pembaca setia blog ini, iaituuuuuuuu tawaran menarik penginapan di Eastin Hotel Penang.............................................

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Promosi penginapan istimewa untuk hujung minggu di Eastin Hotel Penang

Dari serendah RM458+

Tawaran sah dari 20.10.2023 - 31.12.2023

Promosi untuk weekend naaa, maksudnya check in pada hari Jumaat atau Sabtu

Tempahan boleh dibuat dari laman web Eastin Hotel Penang, dan jangan lupa masukkan promo kod (KISAHKASEH) tu naaaaaa

Sooooo jangan tunggu lagiiiiii, tempah bilik anda dengan segera!!!!

Dijamin akan puas hati 150% he3


~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment