Mee Kari/Kicap Ipoh Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang
Mee Kari/Kicap Ipoh Di Bayan Baru | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Berkesinambungan dari entry Staycation Di Eastin Hotel Penang dan Makan Best di Penang, entry kali ini saya akan review secara details satu lagi port sarapan best di Penang. Secara spesifiknya, lokasi port ini terletak di kawasan Bayan Baru. Menu killer eh adalah Mee Kicap Ipoh. Sebelum ini, kalau saya nak menikmati mee kicap yang kena dengan tekak saya, tudiiaaaaa kena lajak sampai ke Ipoh nuuuunnn. Baruuuulah cravings' satisfied. Tetapiiiiiiiiiiiii, sekarang ini, sudah tidak perlu lagi. Hanya perlu ke Bayan Baru he3. Dekat sesungguh tau3.
Sebenarnya. gerai ini dah lama daaahhh wujud. Dahulu lokasinya betul-betul tepi jalan, bertentangan dengan pintu masuk utama Masjid Besar Bayan Baru. Tetapi sekarang ini, ianya telah pindah di lokasi lain. Masih di jalan yang sama, cuma gerainya sekarang terletak bertentangan dengan Hotel Seri Malaysia Bayan Baru pula. Baiklah ajiom layan ceritera bergambar dibawah.
Tadaaaaaaaaa, THEEEEEEE Mee Kicap Ipoh di Bayan Baru, Penang
Lokasi gerai betul-betul di tepi jalan besar
Pssstt, tuuu dalam gamabr di atas, dapat lihatkan bumbung Masjid Besar Bayan Baru kan3. Kiranya gerai ini dibahagian jalan yang bertentangan. Gerai Dibahagian kanan jalan, bertentangan dengannya betul-betul (a.k.a sebelah kiri jalan) adalah Hotel Seri Malaysia, dan kedepan sedikit akan jumpa simpang untuk ke Pasar Besar Bayan Baru (disebelah kiri jalan), dan kedepan lagi akan jumpa Masjid Besar Bayan Baru di sebelah kiri jalan juga
Gerai Mee Kicap Ipoh, Bayan Baru
Pssttt, tuuu dapat tengok sendiri list menu yang ditawarkan di gerai ini. Kita ada Mee Kicap, Mee Kari, dan Mee Kerang (goreng). Bagi mereka yang tidak makan mee, jangan ghisaaaauuu, anda boleh ja request untuk tukar mee itu kepada bihun atau ko teow naaa. Jenis masakan masih sama cumanya tukar jenis eh tu sajia
Ninjiaaaa Mee Kicap Ipoh eh
Pssttt, tediaaaa, ampa boleh tengok serving portion eh memang bapaaaakk banyak. Actually ni memang sharing portion tau3. Sudahlah mee banyak, taugeh banyak, fillinganeka bebola dlm sup tu pun banyak tau3. Walaupun di hari kejadian kami habis licinkan sepinggan seorang, tapi elok setel memang kenyang tersandor, tak boleh buat apa dah. So it is advisable order satu set sahaja, barulah boleh try bersama menu yang lain dan taklah over floated perut masing-masing kan3. Btw, bagi yang tidak pernah melihat dan merasa apakah itu mee kicap, meh sini saya terangkan serba sedikit. Mee kicap ni merupakan satu menu mee yang digaul dengan kicap, dan diletakkan pes pekat kari, bersama taugeh dan daun bawang & sup di dalam satu pinggan. Kemudian ianya didatangkan bersama semangkuk clear sup yang berisi aneka bebola. Kedua-duanya perlu dimakan bersama-sama naaaa. Tidak kiralah terus dituang dan digaul bersama semuanya, ataupun dihirup terus atau dicicah terus. Yang penting masa masuk dalam mulut dan tekak tu semuaaaaanyaa bersama-sama he3 :P
Mee Kari Ipoh eh
Pssttt, ini kejadian berbeza on our 2nd visit tau3. Hat ni pun kena sangat-sangat dengan tekak kami tau3. Pekat elok, penuh rasa, cumanya yang kurang kepedasan eh sikit. Sebab saya suka mee kari yang didatangkan bersama topping seperti sambal secoet tu haa. Sebagai penambah pedas gictheewww. Dan sekali lagi the serving portion memang besar dan penuh isi
Koay Teow Kerang spesial eh
Pssstt, hatni pula on our 3rd visit he3. Tu nampak dop betapa meriahnya koay teow kerang spesial ituuuuu. Bukan takat ada kerang di dalamnya, ada juga bermacam jenis bebola tau3. Siap telur mata diatasnya haaaaa. Secara total memang rekemen untuk semua cuba semuaaaaaa menu di gerai ini tau3
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment