Riadah Di Tepian Pantai di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

10:00:00 AM

Riadah Di Tepian Pantai di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Riadah Di Tepian Pantai di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Riadah Di Tepian Pantai di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entry hari ini berkesinambungan dari entry Cuti-cuti Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy ke Pulau Pangkor. Dah nama pun ke pulau kan3, sudah pasti 'PANTAI' pasti akan ada dalam senarai. 

Oleh kerana kami sekeluarga hanya bermalam satu malam sahaja di Pulau Pangkor, maka sesi riadah di tepian pantai adalah agak terhad. Tambah-tambah dengan anak seketul ni yang kalau berjumpa dengan pasir dan pantai kaaaaaaaa, memang berjam-jam tak akan cukup he3. Jadinya, tanpa melengahakan masa jom layan ceritera kami sekeluarga di tepian pantai Pulau Pangkor atau dengan lebih tepat lagi pantai di Teluk Nipah.


Ibu, Ayah & Boboboy di tepian pantai Teluk Nipah

Pantai Memutih, Ombak Menderu | Riadah Di Tepian Pantai di Teluk Nipah

Pantai Memutih, Ombak Menderu | Riadah Di Tepian Pantai di Teluk Nipah | Walaupun kami tinggal di Pulau Pinang dan 'pantai' memang bersepah-sepah, tapi manakan sama pantai di Pulau Pinang dan pantai di tempat lain kan3. Sudah tentulah pasirnya lain, ombaknya lain, air lautnya pun lain. Tak percaya?????? Haaaaa, meh sini saya tunjukkan bukti bergambar :P.


Pemandangan tepian pantai Teluk Nipah yang tenang di kala awal pagi

Psssstttt, pasir pantai yang halus, air laut yang jenih. Walaupun jika hendak dibandingkan pantai di Langkawi paling WIN, tetapi pantai di Teluk Bayu ini juga sudah cukup mengujakan ye.

Deretan bot-bot yang bersidai di tepian pantai

Kami tiga beranak :)

Splash..splash...splash
Kami tiga beranak sudah mula berendam dilautan Teluk Nipah

Nampak tak Opah????
He3
Tuuuuuu, disebelah kanan tu haaaaa
Sakan Opah pulun nak tangkap ikan sampai telajak jauh :p

Nampak tak ikan-ikan kecil berenang di sekeliling ayah eh???
Memang banyak tau3
Sebenarnya yang bersaiz sederhana pun ada tau, cumanya dia tidak akan datang dekat manusia la kan3 :p

Sesi riadah di tepian pantai ini sebenarnya ada dua, iaitu sebelah petang pada hari pertama, serta sesi di awal pagi pada hari kedua. Cumanya semasa sesi pertama, ianya hanya melibatkan aktiviti bermain pasir bagi Boboboy seketul tu sahaja. Iyerla, masa tu sudah agak lewat petang dan memang saya sudah menjadualkan sesi penuh riadah di tepian pantai pada awal pagi hari kedua he3. Tetapi sekali lagi agak menduga juga sesi riadah tepian pantai di awal pagi itu kerana cuaca agak mendung dah menunjukkan tanda-tanda hujan lebat nak turun. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah sempat la juga Boboboy melempiaskan nafsu bermandi manda di tepian pantai he3.


Selesai sahaja sesi beriadah di tepian pantai, jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 11.00 pagi. Maka kami sekeluraga pulang semuala ke chalet dan bersiap-siap untuk check out. Next entry nanti saya akan kongsi pengalaman menaiki bot Pulau Pangkor pula yer.



~~~ To Be Continued ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati