Thursday, June 22, 2017

Tempat Makan Best & Menarik Di Perak | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Tempat Makan Best & Menarik Di Perak | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Tempat Makan Best & Menarik Di Perak | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Tempat Makan Best & Menarik Di Perak | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. AKHIRnya, sampai jugak ke entry penutup untuk Cuti-cuti Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor. Secara dasarnya percutian kali ini selama 3H2M iaitu semalam bermalam di Pangkor In Chalet, Pulau Pangkor dan semalam lagi di Marina Island Pangkor Resort & Hotel, Lumut. Setelah check out dari Marina  Island Pangkor Resort & Hotel, makanya sudah tiba masanya untuk pulang ke pangkal jalan #eh3 pulang ke Pulau Pinang he3.

Sebagai suami yang sungguh memahami isteri eh, Mr. Hubby telah mencadangkan untuk mencuba satu lagi port terakhir di dalam list JJCM cuti-cuti pada kali ini. Kiranya Restoran ini terletak 'on the way' dalam perjalanan pulang kami. Nama restoran adalah Restoran Razak Rasaria. Nak tahu apa yang menarik dan tertarik di restoran ini????? Jom Layan ceritera selanjutnya dari saya.


Restoran Razak Rasaria, Pantai Remis, Perak a.k.a Restoran 3R


Restoran Razak Rasaria, Pantai Remis | Tempat Makan Best & Menarik Di Perak

Restoran Razak Rasaria, Pantai Remis | Tempat Makan Best & Menarik Di Perak | Haaaaaaaa, Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang best dan menarik di restoran ini kan3. Nampak macam biasa sahaja. Untuk makluman anda, restoran ini selalu FULL yer. Alhamdulillah memang rezeki kami, kami sampai awal dalam lebih kurang jam 4.30pm. memang kosong lagi restoran ini. Elok kami duduk sahaja dah mula satu persatu kereta yang masuk dan parking untuk menikmati hidangan di restoran ini.

Suami saya ni memang jenis yang tak suka tempat yang crowded dan ramai orang. Sesak katanya, tak selesa. Tapi kerana isteri eh nan seketoi dia redhakan sahaja he3. Ok3, saya sudah tak mahu bebel panjang, nak tahu keistimewaan restoran ini, jom kita layan ceritera bergambar di bawah.

Restoran Razak Rasaria ini menghidangkan makan laut
TETAPI yang istimewanya adalah menu makanan lautnya yang lain iaitu UDANG KETAK a.k.a UDANG LIPAN

Pssssttt, inilah motip utama Mr. Hubby sanggup redah tempat yang crowded demi wifey eh. Saya ni peminat tegar udang lipan yer. Memaaaannngg minat sangat2 he3

Barisan menu yang dihidangkan di Restoran Razak Rasaria 

Tadaaaaaaaaa
Menu pilihan kami sekeluarga pada petang itu
Nasi Goreng Udang Lipan, Platter Udang Lipan Celup Tepung, Bihun Sup Udang Lipan dan Nasi Goreng Kicap+telur mata

Pilihan minuman kami
Sirap suam, teh tarik dan Ice Blended Kelapa

Menu WIN pada petang kejadian adalah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Platter Udang Lipan Celup Tepung
dan
v
v
v
v
Nasi Goreng Kicap

Pssstttt, sampai sekarang masih teringat-ingat kesedapan kedua-dua menu ini. Udang lipan celup tepung tu walaupun digoreng, isi dalamnya masih juicy dan manis. Faktor utama dah tentu sebab udang itu fresh la kan3. Yang nasi goreng kicap tu pun penuh dengan makanan laut tau (udang dan sotong). sedap, sedap, sedap :)


Untuk minuman WAJIB cuba Ice Blended Kelapa 3R tau3

Lokasi dan Maklumat Perhubungan Restoran Razak Rasaria, Pantai Remis | Tempat Makan Best & Menarik Di Perak

Lokasi dan Maklumat Perhubungan Restoran Razak Rasaria, Pantai Remis | Tempat Makan Best & Menarik Di Perak | Saya memang rekemen kalau anda berpeluang ke Pantai Remis, silalah terjah restoran ini. Unik, murah dan sedap. InsyaAllah anda tidak akan menyesal. Untuk lokasi dan maklumat berkaitan, boleh rujuk google maps dan perincian di bawah yer. Harap dapat membantu he3.


Restoran Razak Rasaria
Alamat : Kampung Ujong Pasir, 34900 Pantai Remis, Perak
No. Tel : 05-677 3340



~~~ The End ~~~

1 comment: