Friday, June 16, 2017

Perkhidmatan Feri & Jeti | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Perkhidmatan Feri & Jeti | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Perkhidmatan Feri & Jeti | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Perkhidmatan Feri & Jeti | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Berkesinambungan dari entry INI, dengan ini untuk kali ini saya akan berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kemudahan pengangkutan untuk pergi/balik dari/ke Pulau Pangkor. Pengangkutan yang boleh digunapakai semasa di Pulau Pangkor saya dah up dalam entry INI. Selain van pink kemudahan motor sewa jugak ada yer. So jangan risau. 

Baiklah, dah nama pun 'PULAU'kan3, makanya sudah tentu memerlukan feri dan jeti sebagai pengangkutan utama. Seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Redang, serta pulau-pulau yang lain. Jom kita layan ceritera selanjutnya.


Jeti Marina Island Pangkor | Perkhidmatan Feri & Jeti


Jeti Marina Island Pangkor | Perkhidmatan Feri & Jeti |  Untuk ke Pulau Pangkor, kami memilih untuk menaiki feri dari Marina Island. Ini adalah kerana selepas bermalam di Pulau Pangkor kami akan bermalam di Marina Island Pangkor Resort & Hotel.


Sebenarnya plan asal kami berniat untuk park kereta dalam kawasan hotel dan berjalan kaki ke jeti yang bersebelahan hotel sahaja. Malangnya apabila tiba di lokasi, memang telah ada nota dari pihak pengurusan yang menyatakan parking hotel hanya untuk guest hotel sahaja. Memanglah kami ni bakal guest, tapi pada hari kejadian belum lagi jadi guest kan3. Takut pulak nanti kereta diclamp he3. So lebih baik kita park kereta di kawasan yang dibenarkan. Makanya kami pun park la kereta di kawasan parking jeti. Kami memilih untuk park di kawasan berbumbung. Harga memang jauh lebih MAHAL berbanding dengan parking kereta ke Pulau Langkawi. Ini adalah kerana kaedah pengiraan itu yang membuatkannya menjadi mahal. Kalau tak silap saya, RM15.00 untuk satu slot waktu. Slot waktu ini dikira dari 7.00am-7.00pm, dan 7.00pm-7.00am. Makanya untuk kes kami kena bayar RM30.00 la (dua slot waktu), kerana akan bermalam di Pulau Pangkor. Jom layan ceritera bergambor sekitar Jeti Marina Island Pangkor.



Kami :)

Kawasan menunggu di Jeti Marina Island Pangkor yang luas dan selesa

Jadual feri yang untuk ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island Pangkor

Feri ke Pulau Pangkor | Perkhidmatan Feri & Jeti

Feri ke Pulau Pangkor | Perkhidmatan Feri & Jeti | Sewaktu kami bercuti tu memang bukan waktu peak seasons, maksudnya bukan time cuti sekolah mahupun cuti umum. Makanya memang TIADA ORANG la kan3. Heaven ja rasa. Kami sekeluarga ni memang kalau nak bercuti akan pilih tarikh orang lain tak bercuti he3. Baru la tenang dan aman nak kemana-mana. Maklumla memang rimas kalau nak bersesak-sesak ni. Jom layan ceritera bergambar kami sekeluarga menikmati trip feri ke Pulau Pangkor.

Tadaaaaaaaaaaaa
Nampak dak memang KOSONG
Hanya kami sekeluarga bersama abam-abam feri he3 :P

Pssstttt, sewaktu kami menaiki bot ini memang SEJUK ya amat. Mungkin kerana faktor tiada orang. Nasib baik la tempoh perjalanan memang singkat sangat. Kalau tak silap saya tak sampai 10minit pun he3.

Ibu, Ayah, Opah & Boboboy 

Boboboy melayan perasaan melihat air laut 

Tak cukup dalam bot, kat luar bot pun Ibu selfie

Pssttt, untuk makluman anda, terdapat ruang outdoor di bahagian belakang bot. Penumpang dibenarkan untuk menikmati deruan ombak dan bergambar di sini. Cumanya kawasan ini kecil, makanya kalau orang ramai saya rasa memang tak boleh duduk lama la kan3.

Jeti  Pangkor | Perkhidmatan Feri & Jeti

Jeti  Pangkor | Perkhidmatan Feri & Jeti | Bagi Jeti Pangkor, ianya juga selesa walaupun saiz adalah lebih kecil berbanding Jeti Marina Island Pangkor. Jom layan ceritera bergambar sekitar kawasan jeti.


Entrance ke Jeti Pangkor

Psssttt, nampak tak Opah eh yang lajuuuuuu menuju ke jeti tu he3. Dah tak sabar-sabar nak naik feri :p

Antara feri yang berlabuh di Jeti Pangkor

Psssttt, kalau dari tanah besar, terdapat dua jeti yang menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor iaitu di Jeti Lumut atau Jeti Marina Island Pangkor. Tetapi feri-feri dari kedua-dua jeti ini akan berlabuh di tempat yang sama di Pulau Pangkor iaitu Jeti Pangkor.


Kawasan menunggu di Jeti Pangkor

Terdapat juga kemudahan surau dan tandas

Sila peka apabila memilih lauan feri anda di Jeti Pangkor yer
Kiri adalah ke Jeti Lumut
Kanan adalah ke Jeti Marina Island

Tiket feri



~~~ To Be Continued ~~~

No comments:

Post a Comment